alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalamualaikum & Salam Online,
Bros’ & Sis,
Makanan ruji/utama kita di Malaysia ialah nasi, kan? Asalnya dari beras/padi, kan?
OK, kali ini terfikir nak bercerita dan omong2 berkenaan BERAS.
Mungkin kita biasa mendengar usikan kawan2 berkenaan ‘seloroh’/usikan daripada mereka yang berketurunan darah Jawa, mengatakan begini ;
…’’Ada BERAS dan KERAS boleh lah bernikah/berkahwin’’…
Mesti kita pernah dengar usikan ini, kan?
Maksudnya, asalkan seseorang lelaki itu mempunyai harta/aset yang membolehkannya memberikan nafkah makan minum (merujuk kepada BERAS) dan juga mempunyai alat sulit yang normal dan boleh digunakan (merujuk kepada KERAS), maka dia sudah boleh bernikah dan memikul tanggungjawab berumahtangga.
Hahaha…sempoi jer, kan??
OK, sebenarnya saya nak bertanya, anda makan beras apa?
Beras ni banyak kategori dan jenama.Ada beras Padi Malinja, ada beras Poni atau Herbal Poni, ada beras hancur, ada beras separuh hancur, ada beras ST (Super Tempatan), ada beras Super Special dan macam2 lagi lah.Kalau nak lebih details rujuk lah FAMA ker atau MARDI ker, Ok.
Saya sudah banyak cuba beras berbagai jenama sehinggalah saya tetap kepada satu jenama saja sekarang.Iaitu Beras Faiza Emas Super Tempatan.Beras ini rasanya kategori beras biasa, separuh hancur kot.Entahlah.
Saya bukan orang kategori kaya dan mewah, oleh itu beras kategori Poni atau Herbal Poni memang saya tidak mampu untuk membelinya.
Dulu, macam2 jenama beras saya pernah cuba seperti Beras Jasmine, Beras Cap Rambutan, Beras Cap Takraw dan lain2 lagi.
Anda pula makan atau guna beras jenama apa?
Anda perlu tahu, kalau mengikut sukatan/ukuran sebenar, jika kita membayar zakat fitrah, kita perlu melihat kepada jenis beras apakah yang kita makan.Itulah yang lebih afdhal.Jika kita orang kaya dan mewah dan makan pun guna beras gred A1 dan dilabel sebagai beras terbaik, apatah lagi jika terbaik dan diimport, kita sebenarnya perlu membayar lebih untuk diri kita dan tanggungan kita sebagai zakat fitrah setiap tahun.
Contohnya di Selangor, RM7.00 (pada tahun 2014) telah ditetapkan sebagai bayaran Zakat Fitrah kepada setiap orang Islam dan juga kepada setiap tanggungannya.Ini hanyalah secara purata dan juga secara asas (basic) sahaja.Ia ditetapkan dan dipersetujui oleh Pusat Zakat, Jabatan Mufti dan juga Sultan.
Namun, jika kita orang kaya kategori mewah dan makan beras yang terbagus/paling baik/paling mahal harganya, maka seharusnyalah kita mesti mengeluarkan Zakat Fitrah yang lebih banyak nilainya berbanding RM7.00 seorang.
Pengiraannya begini :
‘’ Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak Malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .
Rujuk di sini :
Pengiraan Zakat Fitrah
Jadinya, kita perlulah menurut dan berdasarkan jumlah cupak beras yang kita makan.Namun jika sekadar untuk mengikut kadar ditetapkan oleh pemerintah, tidak menjadi masalah tetapi digalakkan kita yang kaya dan mewah agar melebihkan bayaran kerana mana tahu kalau2 jumlah bayaran diisytiharkan itu kurang dari apa yang patut kita bayar sebagai zakat fitrah.
Iyalah kan, ketetapan jumlah tersebut dibuat secara purata sahaja merujuk kepada jenis beras atau kualiti beras yang biasa dimakan oleh orang kebanyakan.Bukannya mengambilkira beras yang dimakan oleh orang2 kaya dan mewah, betul tak?
Jadi, normal lah, orang yang kaya dan mewah perlulah berzakat lebih berbanding orang yang biasa2/kebanyakan saja.Ini untuk mendapat rahmat dan redha Allah.
Lantaran itu, barulah harta kita bersih dan berkat.
Akhir sekali, saya bertanya, anda makan beras kategori apa? Jenama apa?
Bersyukurlah jika anda berada dalam kategori orang kaya dan mewah.
Alhamdulillah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan