Iklan Nuffnang

HUDUD : Kita Bukan Penjenayah, Apa Yang Nak Ditakutkan?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Asalamualaikum & Salam Ceria ;

Hai Girls & Guys…

Awal2 saya beritahu ni, kali ini saya bawa topic berat.Iaitu berkenaan HUDUD.
So, jangan main2 Ok.

Saya cuba mencoretkan mengenai Hudud secara agak santai tetapi bukannya sindiran atau satira, ya.


Saya bukannya Aisyah BFM nak sindir2 Hudud ni.Tak de masa nak buat2 video Youtube apa bagai semua tu, semata2 nak menyindir orang.

Saya cuma Blogger yang minat menulis artikel berdasarkan pemikiran saya dan juga pendirian saya.

Ok, secara tuntas dan ‘straight to the point’ nya saya sokong pelaksanaan Hudud di Malaysia atau pun di mana2 negara di dunia ini.

Ok, habis lah.Itu saja nak beritahu.Sekian, Wassalam.


…………….Eh, tidak habis lagi, ada lagi ni, saja bergurau………………

..........................................................................................................

Ok, alamak berapa kali OK dah ni,….

Sebenarnya begini rakan2 sekalian;

Beberapa ketika saya sengaja menaip ‘stone to death’ di carian google image, dan memaparkan banyak gambar2 hukuman Hudud berkenaan ‘stone to death’ (direjam dengan batu hingga mati).Ini ialah hukuman Hudud untuk pesalah/penzina yang telah berkahwin.Gambar2 nya begitu menggerunkan dan sangat2 menakutkan bila melihatnya.

So, mesejnya jelas, jika hukuman itu menakutkan dan menggerunkan serta disaksikan orang ramai ketika pelaksanaan hukumannya, memang akan wujud penurunan/pengurangan kadar jenayah.

Memang tidak boleh dinafikan, bukan?



Oleh itu, apa yang nak dibimbangkan sangat sekalipun Malaysia akan melaksanakan hukum Hudud? Jiran negara kita, negara Brunei Darussalam tak ada apa hal pun isytihar melaksanakan hukum Hudud.Relaks jer.Tak ada apa2 terjadi pun.

Bahkan dikatakan dan diberitakan, selepas saja Brunei laksanakan Hudud, negara mereka dikurniakan tuah yang besar apabila Brunei menemui satu kawasan minyak yang begitu lumayan nilainya sebagai sumber hasil negara itu.Itulah berkatnya mentaati dan menjalankan hukum Allah.


Cuba kita fikirkan rakan2;

Hukum ini tidak wajib dan tidak bersabit/tidak berkenaan pun dengan orang bukan Islam (Non Muslim).Mereka yang bukan Muslim jika melakukan jenayah, tetap dihukum namun boleh memilih sama ada dihukum dengan Hudud atau secara undang2 bukan Hudud (secular/civil law).Tak ada sebab orang bukan Muslim untuk takut, risau atau merasa gelabah.


Islam ini mudah.Jika ia melarang sesuatu perkara (mengharamkan), maka ia diganti dengan pelbagai alternatif (option/pilihan lain).

Sebagai contoh, lihat beberapa analogi atau pun perbandingan2 ini :

1.Manusia normal inginkan nikmat hubungan seks.
Jadinya jangan suka2 berzina, Islam berikan pilihan lain, dibenarkan berkahwin dan boleh menikmati seks secara halal.Kalau dah kuat/ketagih seks sangat, dibenarkan lelaki berkahwin dan memiliki sehingga 4 orang isteri.

2.Manusia memilih minum arak / minuman keras.
Kenapa nak minum juga, begitu banyak minuman halal sebagai pilihan dibenarkan, kenapa arak juga dicarinya nak dibuat minum?Sebagai contoh, Air jus tembikai yang power ‘juices’ nya lagi sedap dari arak.Atau pun juice tembikai susu (honey dew) ker, memang lazat.
Betul tak?
Lagipun, minum arak menjadikan kita mabuk, apa faedahnya jadi mabuk, akal jadi tak waras.

3.Mencuri & Merompak.
Ini jelaslah tak boleh bro.Undang2 civil pun tak beri suka2 nak mencuri dan merompak harta/milikan orang lain.Alternatifnya, bekerjalah elok2, berniaga, jadinya Islam benarkanlah dan menggalakkan agar kita berniaga, baru dapat rezeki yang halal dan berkat.

4.Membunuh Orang.
Ek elehh, bro.Takkanlah kita nak jadi kejam bebenor Yeop.Kita siapa? Orang tuduh seolah2 laksanakan hukum Hudud seperti zaman2 ‘Orang Gasar (Barbaric/Barbarian)’.Seperti yang kita pernah tengok cerita2 lakonan Arnold Shwarzanegger tu, ‘Conan The Barbarian’.Kononnya digambarkan orang2 dalam filem itu, tiada tamadun, saling berbunuhan, kejam, asyik berperang, bunuh membunuh, sembelih orang dan lain2 lagi.

Sebenarnya bro, orang yang melakukan jenayah bunuh di mana2 dan suka2/sengaja membunuh orang itu adalah Barbarian sebenar.Mereka umpama binatang dan tidak menghargai nyawa dan kehidupan orang lain.Betul tak? Berapa banyak kes bunuh daa… dalam negara kita dan juga di negara2 lain.Kalau laksana Hudud, mesti kes bunuh menurun dan berkurangan dengan drastik.Ini janji Allah, bro.

Saya cuma ambil 4 saja yang mungkin ada kaitan rapat dengan kehidupan dan juga ‘lifestyle’ atau persekitaran kehidupan kita di negara kita diami ini.

Ada 3 lagi iaitu berkait dengan hukum Menuduh Berzina, hukum untuk Penderhaka (Bughah) dan juga hukum untuk orang yang Murtad.

Untuk lebih details, sila klik di sini :

HUKUMAN HUDUD

Akhir sekali, saya rumuskan, tak perlulah kita takut jika Hudud dilaksanakan.Kita kenal diri kita sendiri.Jika kita tidak tergolong dalam orang yang ‘sakit otak’ dan suka kepada perkara2 tidak elok dalam ertikata perkara2 yang saya ulaskan 4 + 3 tadi, kita berlapang dada dan sokong sajalah pelaksanaan Hudud.


Kita bukannya penjenayah, kita bukannya kaki ketagih seks haram, kita bukannya menjadi perompak atau pencuri, kita bukannya peminum arak, jadinya apa yang kita amat takut2 sangat kepada hukum Hudud?

Mengenai kononnya perlu didahulukan urusan peningkatan ekonomi, kemajuan kehidupan sosial penduduk dan sebagainya, ini tak menjadi isu sangat.Sebabnya ia boleh berjalan seiring.Laksanakan saja Hudud dan dalam masa yang sama juga Inshaa Allah lakukan juga polisi2 peningkatan ekonomi dan peningkatan taraf hidup sosial/rakyat.


Boleh berjaya punyalah.Kita boleh (ini baru Malaysia BOLEH!!), jangan risau ia dijamin oleh Allah.

Akhir kalam, saya sudahi dengan laungan :

‘’Allahu Akbar, Say YES to HUDUD ! ‘’

Sekian coretan saya.

Semoga Allah mengampuni akan dosa2 saya dan kesalahan saya.

Tiada ulasan: