alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai Rakan2 & pengunjung blog saya yang budiman,
Melihat dan menonton kehebatan adik Nur Amira Syahira bermain drum memukau perhatian saya.Gadis cilik ini sememangnya boleh dikatakan 1 dalam berjuta jumlah rakyat di Negara kita ini yang mahir bermain drum.
Bahkan saya yang pertama kali dapat 1 video rakaman Youtube yang dihantar oleh kakak saya melalui Whatsapp menunjukkan kehebatan adik Amira dalam menjadi ‘Drum Cover’ untuk lagu terkenal filem Hindi iaitu ‘Dil To Pagal Hai’, begitu memukau perhatian saya.
Saya segera buat ‘searching’ di internet mengenai adik cilik ini.Rupa2nya dia baru saja dikenali dan jadi tersohor dan pernah diundang dalam siaran MHI (Malaysia Hari Ini) di TV3.Bahkan dia juga banyak memuatnaik (upload) akan hobinya suka menjadi ‘Drum Cover’ kepada lagu2 lain, di antaranya lagu2 Melayu, Hindi, Indonesia dan juga Inggeris.Saya juga menonton hampir ke semuanya termasuklah rakaman Amira bermain drum untuk lagu terkenal Metallica, Enter Sandman.
Cuba lah anda google berkenaan gadis cilik Nur Amira Syahira ini.Anda pasti kagum.
Saya mendengar dalam siaran MHI yang diterbitkan itu, berkenaan bagaimana adik ini mendapat kemahiran bermain drum yang hebat ini hanyalah dengan cara mendengar, melihat di Youtube kemudian mempraktikkannya.Sungguh hebat !
Bila ditanya oleh Pengacara MHI (Saiful Nizam), adakah alat muzik lain seperti gitar atau keyboard juag dia boleh bermain?Dia menjawab tidak tahu, hanya drum saja dia pandai bermain.Kemudian diminta dia beraksi sekejap,lalu adik Amira bermain drum dengan hebat.
Juga ditanya adakah dia mengenal atau tahu membaca ‘note’ atau ‘key notes’ muzik?Dia jawab tidak tahu, hanya dia belajar melalui Youtube saja.
Hebat, bukan? Anugerah yang diperolehinya?
Sudah lah gadis kecil, belajar main drum hanya dengan melalui menonton di Youtube saja.
Itulah sebenarnya kelebihan yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa kepada yang diinginiNYA.
Ibubapanya memberikan sokongan berkenaan hobinya yang suka bermain drum.Setelah balik dari sekolah dan menyiapkan kerja2 sekolah, kemudian Amirah giat berlatih bermain drum.Katanya, dalam 2-3 hari selalunya dia sudah boleh menguasai sesuatu lagu untuk aksi tempo ‘drum cover’nya.
Amira memang cerah hati dan terang benar fikiran/otaknya berkenaan drum.
Dulu2 Malaysia pernah dikejutkandengan lahirnya seorang si cilik genius Adi Putra yang boleh menjawab soalan2 bertaraf Universiti.Bahkan dia pula yang menjadi Pensyarah Cilik di Universiti2 tertentu.
Bagi saya kehebatan yang dianugerahkan perlulah dimanafaatkan dengan betul dan jangan membangga diri.
Saya juga mengagumi adik Amirah dan berkeinginan untuk berjumpa dengannya, menonton secara ‘live’ dia bermain drum suatu hari nanti.
Bak kata ‘orang Utara’, memang ‘ghalit’ (khayal/seronok) melihat kehebatan adik Amira begitu tangkas dan hebat memukul drum2 nya.Melahirkan iringan bunyian genderang/gendang/drum yang amat mengasyikkan.
Wahai adik Amira, Tahniah dan Selamat Maju Jaya untuk adik Amira, saya salah seorang yang suka dan kagum akan kehebatan adik bermain drum.
Bye2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan