Iklan Nuffnang

Langkawi Setelah 8 Tahun Tidak Berkunjung...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Tahun Baru 2015…
Fellows and friends… or followers and ‘online friends’…

Let’s we start with simple intro.

INTRO

Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.
Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan kepada anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita ceriti di hari tua atau setelah bersara.
Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan.

MULA CERITA



Ini cerita travelog saya.

Baru-baru ini saya telah pergi bercuti di Langkawi pada 09 Januari 2015 hingga 13 Januari 2015 bersamaan 5 Hari 4 Malam.
Iya lah, bagi segelintir orang yang ‘berduit’, mewah dan bergaji besar, apa sangatlah hebat atau nikmatnya bercuti di Langkawi, kan?
Bahkan ada yang memperli jika ke Langkawi, lokasinya cuma nak membeli belah pinggan mangkuk atau pun barangan bebas cukai di Idaman Suri atau Haji Ismail Group (HIG).


Sampai begitu ‘lekeh’ mereka memandang Langkawi, kan?
Tak mengapa lah.

Lekeh-lekeh Langkawi pun, 1 Dunia sudah tahu dan tertarik dengan keindahan alam dan pantai-pantainya,dan juga lokasi-lokasi tarikannya yang unik dan tersendiri.

Kali ini, saya berkesempatan bercuti di Langkawi dengan penuh bermakna bagi saya.Ini kerana sudah hampir 8 tahun saya tidak berkunjung ke Langkawi.Tambahan pula lebih meriah dan seronok dengan kehadiran cahaya mata saya (anak lelaki) saya, Zarif yang kini telah berusia hampir 4 tahun.Seronok melihat ragam dan karenah/gelagatnya.

Rasa diri ini dipenuhi kebahagiaan bersama anak dan isteri tersayang.Alhamdulillah.

Hampir 8 tahun tidak ke Langkawi, iaitu kira-kira pada tahun 2007 adalah kunjungan pertama saya bersama isteri dan adik lelaki saya ke Langkawi.

Kini bila ke sana, amat berbeza sekali, khususnya tempat yang sama saya pernah menginap di kawasan Pantai Cenang.Kawasan Cenang kini umpama Phuket, di Thailand lagaknya.Bila melihat perubahan yang begitu ketara di Cenang, terimbau kenangan ketika bercuti di Phuket pada tahun 2011 dahulu.

Klik di sini : Phuket : Antara Tarikan Positif & Negatifnya

Kawasan/daerah Cenang kini dipenuhi pelbagai bangunan moden.Bangunan membeli belah Cenang Mall kini diwujudkan,ada bangunan baru Duty Free Zone, ada Restoran-restoran biasa dan Restoran makanan segera seperti KFC, McD, Starbucks,Pusat pakaian sukan berjenama, Motel-motel yang baru,deretan kedai-kedai dan gerai-gerai yang baru memenuhi jajaran laluan kiri dan kanan jalan raya.

Sungguh meriah dan banyak pilihan untuk membeli belah dan menjamu selera.Waktu malam (nightlife) nya juga meriah dan ‘hidup’, serupa sekali keadaannya di Phuket, cumanya di Langkawi tiada ketara wujudnya kawasan ‘tarikan dewasa’ (adult entertainment) seperti di Bangla Road, Phuket Thailand.

Dulu masa tahun 2007 saya pergi ke sana, kawasan Cenang agak sunyi dan tidak membangun sangat.Kini ia berubah 100%.
Kali ini juga percutian saya di Langkawi, memberikan kesempatan yang lebih kerana saya menghabiskan masa selama 5 hari 4 malam menginap di Cenang.

KE MANA SAYA BERKUNJUNG?

Berikut ialah lokasi-lokasi tarikan yang saya kunjungi dan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan ketika bercuti di Langkawi.

1.Mengunjungi Akuarium Besar UnderWater World.



2.Menaiki Kereta Kabel Sky Cab.


3.Mengunjungi Kota Mahsuri (ada Rumah,Makam dan Telaga Mahsuri).




4.Mengunjungi Kedai Hasil/Produk berasaskan Gamat.

5.Mengunjungi Kawasan Langkawi Geo Park Oriental Village.



6.Mengunjungi Dataran Lang (Eagle Square)dan Taman Lagenda Langkawi.








7.Mengunjungi Langkawi Wild Life Park.



8.Mengunjungi Kawasan Sejarah Beras Terbakar.





9.Membeli belah di kedai Haji Ismail Group (HIG).

10.Menyertai aktiviti ‘Island Hopping’ (Tasik dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah).










11.Menikmati Laksa Langkawi ‘Ikan Sekoq’.

12.Mengunjungi dan merendam kaki di Jacuzzi Telaga Air Hangat.





13.Membeli belah pakaian di kawasan Cenang.

14.Mengunjungi kedai ROJAM (syarikat memproses gamat asli) dan membeli produk jenama ROJAM.

15.Mengunjungi Galeria Perdana (Galeri sejarah Tun Dr. Mahathir).




16.Mengunjungi kawasan Telaga Tujuh (Seven Wells).



17.Bersiar-siar di Pantai Pasir Hitam.


18.Mengunjungi Kompleks Kraf Langkawi.




19.Mengunjungi Laman Padi/Galeri Padi.








20.Mengunjungi beberapa jenis muzium.



Inilah di antara aktiviti-aktiviti yang saya lakukan semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini.Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang belum sempat saya sertai dan lakukan.Contohnya, cuba belajar menembak di Langkawi Shooting Range, memandu Gokart, menyertai aktiviti 'Duck Tours'dan juga aktiviti Mangrove Tours di Sg. Kilim Geo Forest Park.Disebabkan kekangan masa dan juga melibatkan tambahan kos, maka saya membuat keputusan untuk tidak melaksanakan aktiviti-aktiviti ini.

TOLONG IKLAN

Jadi, semestinyalah untuk memudahkan pergerakan, saya telah menyewa kereta selama saya berada di sana.Untuk rujukan dan bantuan khidmat penyewaan yang bagus dan memuaskan hati, sila hubungi En. Anuar Riduan di : 012 255 7584 / 013 400 2720.
Beliau begitu bertolak ansur dan boleh berkompromi, saya cuma minta sewa sebuah Perodua AXIA, 1.0 CC dan dijanjikan sehari (24 jam) kadar sewaan ialah RM70.00.Namun sampai di sana, AXIA tidak dapat diberikan, digantikan dengan Perodua MyVi 1.3 CC Special Edition lagi, juga diberikan kadar sehari RM70.00.


Manakala untuk aktiviti Island Hopping, sila hubungi Abang/Encik Musa (lebih dikenali di sana sebagai Pandak Musa) di talian :
011 1245 8552.

Pandak Musa begitu berbudi bahasa dan harga seorang dikenakan untuk aktiviti Island Hopping cuma RM25.00 sahaja.Jika dibandingkan dengan orang lain ada yang mengenakan bayaran RM30-RM35 seorang.Ini kerana Pandak Musa mempunyai syarikat dan bot sendiri yang berdaftar dan juga sebilangan pekerjanya yang mengusahakan aktiviti pelancongan Island Hopping.

Saya berasa sungguh puas dan gembira dengan kunjungan ke Langkawi kali ini.Terasa aktiviti dipenuhi dengan berjalan-jalan/bersiar-siar saja.
Ini barulah melancong namanya, bro !

KONSEP PERCUTIAN SAYA

Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.



Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.

Sebab itu,saya cuma menyewa ‘resort apartment’ di Pantai Cenang yang mempunyai 2 bilik saja.Kemudian, makan pula saya suka menjamu selera di gerai-gerai yang bersih,menikmati makanan tempatan, seperti laksa Langkawi ‘ikan sekoq’, air kelapa,mi rebus/mi gulung,juga saya OK dengan masakan Thai/Siam.Silalah kunjungi Restoran Thai Lubuk Buaya di Cenang, harga berpatutan dan masakannya juga menyelerakan.Selain itu, jika mahu menjamu selera di persekitaran kampung siap ada pemandangan kehijauan padi, silalah ke Restoran Gemalai, di dalam kawasan Laman Padi, di Cenang.Suasananya sungguh santai, udaranya segar dan harga juadahnya juga berpatutan.


PENUTUP CERITA

Jadi itu sajalah ceritera nya, daripada saya berkenaan melancong di Langkawi.
Awal-awal tahun sudah bercuti,sementara ‘workload’ belum banyak di pejabat saya ambillah kesempatan ini.Diam-diam jer pergi bercuti, ‘office mate’ tak seorang pun tahu.Jenis saya memang tak suka heboh-hebohkan kepada orang tertentu jika mahu melancong kerana faktor tertentu.Bimbang dikatakan kita banyak duit, bajet besar dan kononnya kita mewah dan ‘orang berada’.Nanti timbul pula rasa angkuh, sombong dan riak.Padahalnya kita cuma biasa-biasa saja pun.

So, last but not least, hargailah masa berkualiti kita bersama keluarga kita.


TAGLINE TRAVELOG SAYA

Seperti selalu dalam entri blog saya bertemakan pelancongan yang lepas-lepas, saya ulangi semula Tagline travelog saya, iaitu :

‘Santai kita, cara kita’.

Maksudnya :- Usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri ketika melancong.

Jika dengan bajet kecil,kita melancong dekat-dekat dan cuma di dalam negara sahaja.Jika ada rezeki lebih dan masa yang terluang/cuti yang banyak, kita usahakan melancong ke luar negara dan cuba keliling dunia, kalau boleh dan diizinkan oleh Allah.

OK?

Jom melancong !

1 ulasan:

anita1982 berkata...

salam jika ada anda bercuti ke langkawi dan memerlukan kereta sewa hubungi saya zainudin 0175693431