alriana5604@gmail.com - AL The One
Duhai teman2…
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Pengajaran banjir ?
Tak usah sibuk mengata atau mencoretkan itu ini begitu begini, nasihat dan pandangan kepada mangsa2 banjir.Mereka memang sudah teruk diuji, diduga dan ditimpa musibah itu.
Cukuplah.Biar golongan yang benar2 mahu membantu mereka yang datang membantu.
Coretkan saja apa natijah kejadian banjir besar terhadap diri kita sendiri baik secara khusus atau secara umum.
Maksudnya?
Isu besar kini ialah BANJIR.
BANJIR merupakan UJIAN/DUGAAN/MUSIBAH/BALA.
Jadi?
Ok, for me, diri sendiri, musim negara dilanda banjir,diri ini diuji demam ala2 denggi atau pun orang panggil DEMAM DENGAN SAKIT2 OTOT.Entah lah, denggi atau tidak.
Memang rasa diri ketika itu umpama akan mati dan nazak.
Siangnya Ok, malamnya menggigil kesejukan dan seluruh otot2 sakit, lesu dan lenguh yang amat sangat.
Mulanya malas nak ke klinik dan bertemu doktor, ingatkan boleh pulih hanya dengan memakan ubat2an dibeli di kedai/farmasi.
Namun tak juga menjadi, lantas ‘orang rumah’ mengajak segera bertemu doktor.
Selepas bertemu doktor, saya berdisiplin memakan ubat2an dan semestinya wajib makan antibiotik.
Tak disangka dengan takdir Ilahi Maha Penyembuh,saya sembuh dan semakin sihat.
Perkara ini berlaku hanya 1-2 hari sebelum saya mahu ‘fly’ ke Langkawi bersama keluarga kecil saya.
‘Orang rumah’ sudah naik risau dan mahu membatalkan saja percutian tersebut.
Baca di sini : Langkawi Setelah 8 Tahun Tidak Berkunjung
Namun, Alhamdulillah, demam saya kebah, saya sihat sejahtera semula.
Saya akui tak pernah demam bersekali dengan sakit2 otot seluruh anggota badan seperti itu.
Benar, Allah menguji saya kerana saya di antara orang yang DIA berikan kesihatan yang begitu lama dan amat jarang menghidapi sakit2 berat.
Kini baru saya tahu, kenapa setiap orang UJIANNYA berlainan.
Walaupun saya tidak merasai Ujian getir menjadi mangsa banjir, namun saya diuji dengan cara lain.
Saya demam teruk walaupun cuma 1-2 hari.
Terima lah wahai teman2, UJIAN kita tidak sama.
ALLAH Maha Mengetahui apakah bentuk Ujian yang DIA ingin kenakan kepada kita.
Kembalilah kita kepada ketaatan kepadaNYA, moga2 dipermudahkan bagi kita akan segala urusan.
Sekian.
Mesej Nasihat & dakwah ini adalah cetusan spontan ketika penulis teringat akan mangsa2 banjir yang teruk dilanda ujian Allah.Sememangnya ‘Ujian’ kita tidak sama.
Penulis hanya mampu menyumbangkan sedikit sumber kewangan saja kepada Tabung Banjir yang dikutip oleh 'Pramugara' AirAsia ketika menaiki 'flight' terbang ke Langkawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan