alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalamualaikum & Selamat sejahtera,
Bros’ & Sis’,
Bertemu kembali di paparan coretan blog saya ini.
Untuk kesekian kalinya, saya kini akan berceloteh perihal Troll, Sindiran (perli) atau Hinaan.
Apa itu Troll?
Dah sah ‘Troll’ bukanlah Trolley yang kita bawa beli barang bershopping di hypermarket tu, Ok.
Troll pada kefahaman ringkas saya ialah sindiran/perli berbentuk kiasan,gambaran (visual), suara atau pun boleh juga dilakukan dengan perbuatan.Namun, jika melibatkan perbuatan ianya lebih dikenali sebagai ‘parody’.Apa itu ‘parody’? ianya adalah perlakuan mengajuk kembali sesuatu perkara/hal/filem/keadaan sesuatu yang menjadi kegilaan (selalunya mengenai isu semasa).
Ok, berbalik kepada Troll.
Troll ini memang sudah menjadi kebiasaan di dada-dada akhbar, majalah, tabloid, Facebook, Twitter,Whatsapp,ruang sembang maya (online forum) dan juga di ruang –ruang lain apabila kita mengakses internet.
Apa tujuan Troll ?
Tujuan Troll ini banyak.
Mungkin untuk bersenda gurau, mengutuk/menghina, menyindir/memperli,memalukan, menjatuhkan maruah, menjadikan ‘viral’ untuk dihebahkan, menghilangkan rasa dendam/irihati, mendatangkan kepuasan diri sendiri,menyajikan ‘humour/lawak’, mendapatkan perhatian dan bermacam-macam lagilah.Ianya terpulang kepada niat/hasrat orang yang pertama kali mengeluarkan idea Troll tersebut.
Tapi tahukah anda, Troll juga sebenarnya lebih banyak ke arah menyindir, memperli, menghina dan mengutuk?
‘Troll yang baik’ seperti adegan/gambar memuji/menghargai amat jarang dihebahkan/dicipta.
Lantaran itu, Troll perlulah kita sekat jika kita menerimanya.Ini kerana ianya mendatangkan aib.Lebih-lebih lagi jika digambarkan wajah/muka seseorang dalam sesuatu Troll.Jika ianya tidak mendedahkan sesuatu isu, perlakuan atau perkataan yang buruk/berniat jahat,tidak mengapalah jika mahu disebarkan.
Jika kita menerimanya melalui email kita, Whatsapp, Facebook atau pun apa jua jenis saluran media, perlulah kita menghentikan penyebaran Troll tersebut.Janganlah kita dengan ‘ringan jari’ menekan butang ‘forward’ kepada rakan-rakan taulan kita serta saudara mara kita, kononnya dengan tujuan untuk berjenaka.
Mungkin dengan ‘sumbangan kita’ mem’forward’ kan Troll tersebut, menyebabkan jatuhnya maruah seseorang dan mengaibkannya.Jadi, JANGAN LAKUKANNYA !
Lebih-lebih lagi jika Troll berkenaan Politik.Asyik ada saja Troll yang meletakkan wajah-wajah seseorang dengan niat untuk memalukan seseorang.Kita perlu elak agar jangan menyebarkannya.
Jika sekadar Troll seperti adegan mengandungi watak 'The Rock' Dwayne Johnson ini, ianya tidak memalukan dan bolehlah jika sekadar ingin dibuat 'humour'/ berjenaka.
Bagi saya, adalah amat elok kiranya kita mem’forward’kan perihal keagamaan (nilai-nilai murni Islam) dan nasihat/motivasi kepada rakan-rakan taulan dan ahli-ahli kumpulan Whatsapp atau pun Facebook kita.Selain dari kita beroleh pahala, kita juga tidak dipandang ‘annoying’ (menjengkelkan atau dicop ‘kaki kutuk’) oleh rakan-rakan kita.
Memang diakui, kadang-kadang kita ‘gatal jari’ juga ingin berkongsi Troll bersifat lawak jenaka dengan orang lain.Namun, periksa teliti dulu, jika Troll tidak bersifat menghina individu lain dan tidak meletakkan wajah sesiapa, mugkin kita boleh mengongsikannya.
Namun, jika Troll meletakkan wajah-wajah seseorang, tetapi Troll yang diterima kita yakini ianya benar dan disetujui orangramai sebagai benar, ianya mungkin juga boleh dikongsikan.Contohnya, Troll wajah President US, Barrack Obama atau pun Benjamin Netanyahu yang ‘menggila’ menyerang/membunuh umat Islam di Palestine dan Gaza, maka kita boleh menghina golongan/individu seperti ini.
Akhir kata, berpada-padalah dalam ber’Troll’.Periksa, teliti dan fikir buruk baiknya bila menyebarkan sesuatu Troll.
Ok?
Selepas baca entri/posting saya ini,sedar tak sedar anda semua menerima pelbagai Troll di Smartphone anda, kan?
Kalau tak percaya cuba check Facebook, Twitter atau pun Whatsapp anda.Mesti ada saja gambar-gambar bercirikan Troll.
Betul, tak?
…Oleh itu, berhati-hati….jangan mengaibkan sesiapa ya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan