Iklan Nuffnang

Muzium Warisan Lipis

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hello bros & sis;

Selamat bertemu lagi,

For your info…
Ini entri berkenaan sejarah dan muzium.

So, siapa tak berminat boleh keluar (jangan baca lah).
Hahaha…

Bukan apa, sambil-sambil dalam perjalanan balik ke kampung baru-baru ini, saja-saja singgah di Muzium Warisan Lipis ini.

Bak kata orang, ‘ sambil menyelam, minum air’…. Tapi jangan buat macam ini tau bila berpuasa di bulan Ramadhan nanti…batal puasa, sambil menyelam minum air dengan sengaja.

Sudah namanya Muzium Warisan Lipis, jadinya ianya memfokuskan mengenai Lipis/Kuala Lipis dan negeri Pahang sahaja lah ya.

Jom lihat apa ada di situ.Lihat beberapa gambar yang sempat saya ambil.

Bagi yang belum tahu, Muzium Warisan Lipis ini asalnya ialah Rumah Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang semenjak tahun 1920.Fuyyo… lama dah tu, kira-kira dalam 94 tahun sudah berlalu hingga tahun 2014 ini.

Kredit untuk gambar ini, sumber : kujie2.com


Jom layan…





Untuk makluman anda lagi, bagus berkunjung ke Muzium Warisan Lipis ini kerana ianya 'satu jalan' / menghala ke satu arah yang sama di Jalan Bukit Bius untuk kita mengunjungi Taman Haiwan Lipis a.k.a. Mini Zoo Lipis.

Sila klik dan baca di entri ini :

Klik di sini : Mini Zoo Lipis

Lagi gambar-gambar di Muzium Warisan Lipis.





Ini gambar-gambar 'boring' (hahaha...), barang-barang sejarah tinggalan nenek moyang orang sekitar Lipis.Barang-barang ini sangat berharga tau, kita saja yang kurang meminati barangan purba/barangan sejarah yang tidak tahu menilai harganya memanglah rasa 'nothing valuable' dengan semua barangan ini.





Ini pula, memang berharga,betul-betul berharga.Apa dia tu?
......Lombong Emas di Kuala Lipis !





Ini pula golongan-golongan orang ternama dan pemimpin-pemimpin negeri Pahang.
Perdana Menteri Dato' Sri Najib sudah tentulah ada dipamerkan sejarahnya di sini,sebab dia orang berasal dari negeri Pahang.




So, bagaimana? Ok tak?

Bagi yang kebetulan melalui Kuala Lipis, bolehlah datang berkunjung ke Muzium Warisan Lipis ini, sambil-sambil itu, pergi juga ke Taman Haiwan Lipis/Mini Zoo Lipis.

Jom jalan-jalan !

Tiada ulasan: