alriana5604@gmail.com - AL The One
Nantikan.....
Star versus Star.....
Ini entri khusus untuk penyokong Germany sahaja.
Perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014 ini, yang melibatkan team Germany akan saya update keputusannya di sini/di entry ini.
Keputusan :
1.German (4) vs Portugal (0)
Ulasan ringkas :
Thomas Muller menjaringkan hattrick, 3 Gol.Matt Hummel, 1 gol.
Permainan saling menyerang balas di antara kedua-dua pasukan.Namun tuah lebih kepada Germany dengan serangan bertubi-tubi ke gawang Portugal.Pepe pula dibuang padang/kena kad merah.Portugal bermain dengan 10 pemain.
Cubaan demi cubaan dan rembatan oleh Portugal tidak menghasilkan gol.Rentak permainan Germany lebih tersusun dan ada 'chemistry' di antara 3 'forwarder' nya, Muller,'finisher' terbaik dan begitu pandai mencari ruang untuk bola menerobos ke gawang Portugal.
Manakala, Portugal kelihatan banyak mengharapkan hantaran Ronaldo selain dari cubaan Nani yang kerapkali membimbangkan 'defender' Germany.
Sila klik di sini untuk lebih details :
German vs Portugal
Go ! Go ! Germany, Go !
2.Germany vs Ghana
Perlawanan di antara Germany vs Ghana sungguh mendebarkan sekali.Ini kerana pasukan Ghana ternyata bukan kategori pasukan yang dikira boleh diperlekehkan.Ghana saling serang menyerang dan berjaya membolosi gawang Germany.Kedudukan jaringan gol masih 0-0 di 1 st half.Apabila masuk 2 nd half, serangan bertubi2, membuahkan 2 gol buat Ghana.Mujurlah Germany juga dapat menghasilkan jaringan, dan menyamakan kedudukan 2-2.
Sebagai peminat pasukan Germany, saya melihat, pertahanan Germany agak goyah dan agak lemah semasa perlawanan dengan Ghana ini.Tidak seperti ketika melawan Portugal, pertahanan Germany ketika itu mengekang erat kemaraan Ronaldo dan pasukannya.
Walau apa pun, saya masih menaruh harapan agar Germany akan terus mara dan cuba elakkan tewas mudah.Strategi Joachim Loew juga bagus apabila menurunkan Miroslav Klose yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menentang Ghana.
Keputusan setelah tamat 2 nd half ialah :
Germany seri vs Ghana, 2-2.
OK, kita tunggu untuk perlawanan seterusnya, Germany vs USA pula pada 27 Jun 2014 (12.00 a.m / waktu Malaysia).
3. Germany menang melawan USA
Tahniah sekali lagi, Germany menang melawan USA, 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua Kumpulan G.
Jaringan daripada Thomas Muller, menjadikan beliau di antara penjaring terbanyak, iaitu sebanyak 4 gol setakat ini, dalam Musim Piala Dunia kali ini bersama Lionel Messi dari Argentina dan Roben Van Persie dari Netherlands.
Ulasan saya
1 st half permainan, mulanya seakan Goalie (Penjaga Gol) Germany, Manuel Neuer banyak berehat kerana pasukan USA langsung tidak dapat menembusi gawang Germany, namun minit-minit sebelum berakhir 1 st half, ada cubaan2 yang agak mencemaskan ke gawang Germany.
Tetapi habis masa 1 st half, Germany vs USA masih 0-0.
Masuk ke 2 nd half, Germany merancakkan serangan dan masing2 juga USA meledak beberapa percubaan namun dapat diselamatkan oleh Neuer.Babak akhir menyebelahi Germany, apabila kekalutan berlaku hasil hantaran di depan gol USA, dan tendangan masuk ke gol USA tetapi dapat ditepis penjaga gol USA.
Akibat dari kesilapan goalie USA dan halangan melihat bola, Thomas Muller membuat sepakan dan goalie USA gagal menepis atau menangkap bola tersebut.Jaringan terhasil.
Keputusan akhir perlawanan kekal :
Germany 1, USA, 0.
Syabas, Germany, teruskan perjuangan !
Trivia perlawanan ini : Jurgen Klinsman adalah Coach Germany pada WC 2006, dan ketika itu, Joachim Loew (Coach Germany 2010-sekarang) adalah Pembantu Jurulatih.
Jurgen Klinsman adalah Coach pasukan USA.
Nantikan !!! 01 Julai 2014 ini, jam 04.00 pagi waktu Malaysia !
Sekali lagi STAR versus STAR....
4.GERMANY VS ALGERIA
Harapan kemenangan untuk Germany melangkah layak ke Suku Akhir... Pray for this !
Lega! Germany menang lagi, menentang Algeria kali ini.
Keputusan akhir 2 nd half ialah 0-0.Kedua-dua pasukan terpaksa betarung tambahan 30 minit untuk penentuan ke suku akhir.
Bertarung dalam masa tambahan 30 minit, akhirnya berjaya meletakkan Germany di depan 2-1.
Jaringan dilakukan oleh Mesut Ozil dan André Schürrle.
Manakala jaringan dari pasukan Algeria pula oleh Abdelmoumene Djabou.
Ulasan saya : kedua-dua pasukan menampilkan permainan yang bagus, saling serang menyerang dan beberapa kali juga gawang Germany diasak, lantas menggentarkan jurulatihnya Joachim Loew.Beberapa kali juga dia bangun dari tempat duduknya dan menjerit-jerit mengarahkan agar pertahanan Germany membantu 'goalie' mereka Manuel Neuer.
Saya berharap untuk ke pusingan seterusnya di Suku Akhir, pasukan Germany perlulah memperkemaskan lagi pertahanan mereka dan cuba mengekang serangan-serangan pihak lawan.Perlawanan sebelum ini sepatutnya menjadi iktibar bagi Germany, ketika menentang Ghana juga kelihatan kubu pertahanan Germany agak goyah oleh asakan bertubi-tubi Ghana.Kali ini asakan bertubi-tubi oleh Algeria pula hingga membuahkan 1 gol oleh pasukan Algeria.
Come on Germany ! Serangan dan taktikal perlulah diseiringkan dengan kekuatan kubu pertahanan, jangan leka, ok ?
Good luck Germany for next match/game !
5.Pusingan Suku Akhir : Germany vs France.
Nampaknya tepat ramalan segelintir peminat bola, 2 gergasi bolasepak dan Bintang Besar ini bertembung semula !
Saya juga merasa bahangnya dan kegusaran juga kerana pasukan France bukanlah calang-calang pasukan dan boleh dipandang enteng.
Walau bagaimanapun, saya tetap mengharapkan Germany memenangi perlawanan ini walau hanya kelebihan jaringan tipis 1-0.
Dijadualkan perlawanan Suku Akhir antara Germany vs France ini bakal diadakan pada 05 julai 2014, hari sabtu, 12.00 a.m., waktu Malaysia.
Go! Go ! Germany !
Lega untuk kali yang berikutnya di perlawanan Suku Akhir menentang France, sekali lagi keputusannya :
Germany menang 1-0 menentang France.
Gol dijaringkan oleh pemain pertahanan bahagian tengah (Central Defence)Germany, Mats Julian Hummels yang memakai jersey bernombor 5, jaringan diperolehi pada minit ke-13, dalam masa tambahan 30 minit, setelah habis separuh masa kedua, Germany ketika itu masih terikat 0-0 dengan France.
Penjaga gol Germany, Manuel Neuer juga diangkat sebagai wira Germany apabila berjaya menepis/menyelamatkan cubaan/sepakan dari pemain France, Karim Benzema.
Dengan itu, hingga tamat permainan masa tambahan 30 minit, keputusan kekal 1 Germany, 0 France.
Jadi, pasukan Germany telah berjaya 'menempah tiketnya' ke perlawanan Separuh Akhir bagi Piala Dunia 2014 kali ini.
Kemungkinan dijangkakan Germany akan bertemu menentang pasukan Brazil di perlawanan Separuh Akhir nanti.
Sama-sama kita nantikan,ok...
Go ! Germany Go!
6.Pusingan Separuh Akhir, Brazil vs Germany.
Saksikan pada 09 Julai 2014 ini, waktu Malaysia, 12.00 a.m.
Saya masih terus mengharapkan agar Germany menang dalam perlawanan separuh akhir ini.Diharapkan, dengan tiadanya Neymar, penyerang Brazil, merupakan satu kelebihan kepada skuad Germany kali ini.Neymar disahkan mengalami kecederaan bahagian tulang belakang dan tidak dapat beraksi untuk perlawanan ini.Beliau dikatakan memerlukan rehat selama 6 minggu.
Saya melihat jika skuad Germany dapat memaksimumkan jentera penyerangnya, iaitu Thomas Mueller, Ozil dan Bastian Schweinsteiger, tidak mustahil Germany boleh menang dalam perlawanan ini.Di samping itu juga, pertahanan perlu diperkuatkan sebagaimana ketika menentang France, di perlawanan suku akhir baru-baru ini.Berikan sepenuh kekuatan pertahanan dan juga bantuan kepada golkeeper, Manuel Neuer untuk memfokuskan bola agar berjaya ditangkap sekiranya Brazil mengasak bertubi-tubi di pintu gol Germany.
Skuad Germany juga perlu berhati-hati dengan teknik dan taktik corak permainan 'ala Samba' yang terkenal dipraktikkan oleh skuad Brazil.Cara pemainnya memberikan hantaran yang pendek dan pantas, kemudian menggelecek perlulah dipatahkan.Germany saya lihat, suka juga membuat hantaran jauh dari pemain sayap kiri ke penyerang di sebelah kanan.Apa yang dibimbangkan, hantaran jauh ini adakalanya menjadi dan ada kalanya tidak menjadi.
Germany perlu memanafaatkan penyerang lama yang masih berbisa dan sudah tentu banyak pengalamannya, iaitu Miroslav Klose.Klose mampu mengkucar kacirkan pertahanan Brazil dan mampu menerjah gawang Brazil.
Selain itu, sentuhan atau pun sumbangan gol daripada Lukas Podolski dan juga Philip Lahm (sebagai Kapten) juga masih ditagih.Dalam musim Piala Dunia 2014, kedua-dua bintang ini dilihat kurang menyerlah.
Go ! Germany ! Go !
Lega.Syukur dan merasa puas apabila menonton perlawanan ini, Brazil vs Germany.
Tiada kata-kata cerca atau hinaan atau kutukan saya tujukan untuk skuad Brazil dan penyokongnya.Walaupun mereka 'dibaham' teruk oleh skuad Germany, 7-1.
Keputusan akhir, habis 2nd half ialah Germany 7, Brazil 1.
Apa yang saya boleh ulas secara profesional ialah, memang terdapat kelemahan benteng pertahanan yang amat ketara kepada pasukan Brazil setelah Thiago Silva digantung perlawanan.Selain itu juga ketiadaan Neymar menyumbang kepada rendahnya motivasi dan juga kekuatan pasukan Brazil.
Saya akui, saya menyokong pasukan Germany, namun saya juga tidak benci atau anti kepada pasukan Brazil.Seperti saya pernah katakan, saya juga meminati pasukan Brazil suatu ketika dulu.
Tahniah untuk Joachim Loew dan pasukannya kerana berjaya memenangi perlawanan separuh akhir ini dengan begitu bergaya dan dengan begitu besar jumlah jaringannya.
Ulasan secara lanjut boleh baca di sini : Ulasan Lanjut Brazil vs Germany WC 2014
Saya juga 'salute' kepada Joachim Loew dan pemain2nya kerana tidak terlalu 'over confident' untuk memenangi perlawanan ini.Cara beliau yang begitu matang dan serius membuatkan pemain2 juga bersikap begitu.Beliau juga ditanya wartawan ketika sidang media sebelum perlawanan, menegaskan bahawa pasukannya tidak boleh menganggap mudah perlawanan ini kerana katanya, kemungkinan 'tiupan semangat' pasukan Brazil lebih kuat dan tinggi dengan ketiadaan bintang utama mereka, Neymar.
Ulasan Joachim Loew membuatkan saya juga merasa terharu.Beliau tidak mahu mendabik dada dengan kemenangan ini.
Sila baca ulasan beliau :
Klik di sini : Joachim Loew Tidak Mahu Mendabik Dada Atas Kemenangan 7-1 ke atas Brazil
Bagus betul cara beliau sebagai seorang Jurulatih profesional bersikap begini.Negara Germany memang dikenali semenjak lama dulu semangat berpasukannya tinggi dan juga tidak suka berlagak/sombong akan kehebatan mereka.
Manakala pemain2 Germany pula menegaskan bahawa, walaupun Germany tiada Bintang Paling Bersinar di dunia seperti Ronaldo atau pun Neymar, namun mereka semua boleh bermain secara berpasukan dan tidak mengharapkan sesetengah pemain yang ternama sahaja untuk menjaringkan gol.
Ini dibuktikan apabila ramai juga dari kalangan pemain Germany kali ini menyumbangkan gol untuk perlawanan di Musim Piala Dunia 2014 ini.Ia termasuklah Mats Hummels, Tony Kroos, Sami Khedira, Mesut Ozil, André Schürrle,Thomas Mueller dan sudah tentu Miroslav Klose yang berjaya memecahkan rekod Ronaldo, beliau berjaya menjaringkan 16 gol sepanjang kariernya di Piala Dunia.Sementara rekod dipegang Ronaldo ialah sebanyak 15 gol sahaja.
Klik di sini : Jaringan Gol Miroslav Klose
Klik sini : Miroslav Klose Penjaring Terbanyak
Tahniah sekali lagi dan saya terus mengharapkan agar Germany menjadi Juara Piala Dunia 2014 kali ini.Mungkin menentang Belanda/Netherlands atau pun menentang Argentina.
Go! Germany, Go!
7.Perlawanan Akhir (Final) di antara Germany vs Argentina
Mari kita sama2 saksikan perlawanan akhir ini pada hari Isnin, 14 Julai 2014, jam 3.00 pagi.
Saya tidak mahu membuat ramalan berat sebelah walaupun ternyata dari segi perlawanan yang telah berlalu, kelebihan memihak kepada pasukan Germany (dari segi jumlah jaringan), apabila berjaya mengalahkan Brazil dengan jumlah jaringan yang besar (7-1) di peringkat Separuh Akhir, baru2 ini.
Namun, ia tidaklah sama dari segi strategi dan juga taktikal pasukan Germany untuk menentang pasukan Argentina nanti.Mungkin baru2 ini ketiadaan Neymar dan juga kapten pasukan Brazil, Thiago Silva memberikan banyak kelebihan kepada pasukan Germany, namun bakal bertemu Argentina nanti, Germany tidak boleh memandang mudah perlawanan akhir/final ini.
Kita sedia maklum, 3 tonggak utama Argentina iaitu Mascherano, Higuain dan sudah tentu Messi, bukanlah sewenang-wenang boleh diperlekehkan.Pada perlawanan menentang Netherlands sahaja, aksi mereka bertiga ini mampu menggentarkan pasukan pertahanan Netherlands dan juga menggegarkan gawang pihak lawan.
Seandainya, perlawanan akhir nanti mengheret kedua2 pasukan ke masa tambahan dan juga penentuan sepakan penalti, maka sudah tentulah ia membawa maksud pasukan masing2 memang hebat.
Namun, sebagai seorang penyokong Germany di Piala Dunia 2014, saya terus-terusan masih mengharapkan pasukan Germany mampu memenangi perlawanan akhir ini menentang pasukan Argentina.
Mengenai cara permainan Germany di peringkat separuh akhir baru2 ini,memang patut dikekalkan prestasi sebegitu.Iaitu dengan memperkuatkan pertahanan, jangan terlalu rami pemain yang naik ke atas untuk mencipta jaringan, cuba sedaya upaya mengekang kemaraan 'star/striker' pihak lawan dan juga cuba elakkan hantaran yang jauh2.
Cuba kita lihat, bagaimana Klose, Ozil, Mueller dan juga Bastian Schweinsteiger begitu lincah menghantar bola di hadapan ruang kotak penalti pihak lawan.Mereka seolah-olah sudah berpakat dan masing-masing sudah tahu tugas sendiri.Akhirnya, kerana kelincahan mereka, mampu juga menerjah dan membolosi benteng pertahanan Brazil.
Begitulah diharapkan, agar pasukan Germany mampu memecah kebuntuan dan mengkucar kacirkan benteng pertahanan Argentina semoga jaringan dapat dihasilkan.
Germany juga perlu berwaspada dengan Lionel Messi apabila tendangan percuma (free kick) diberikan.Messi mampu membuat tendangan begitu bagus dalam jarak tertentu dan boleh menerjah ke gawang Germany.Diharapnya golkeeper Germany, Manuel Neuer masih fokus dan sentiasa berjaga-jaga mengenai cubaan2 dan rembatan2 kencang Messi dan juga 'striker' Argentina yang lainnya.
....Go! Germany, Go ! .... be a winner/champion of World Cup 2014 !
.........................................................................................
.............Akhirnya... penantian telah berakhir juga.
Keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2014, Germany 1, Argentina , 0.
Gol 'emas' dijaringkan oleh Mario Goetze, dalam masa tambahan 30 minit (selepas 2nd half), dengan jaringan cantik terus berhasil 'mendada dan merembat' ke gawang gol Argentina, lalu menewaskan penjaga golnya, Romero.
Bagi saya, Germany memang layak dan patut menang dan menjadi juara dalam Piala Dunia kali ini.Ini berdasarkan sikap setiakawan dan sikap berpasukan (teamwork) mereka yang tinggi dan tidak mudah goyah.Semenjak awal perlawanan yang membabitkan skuad/pasukan Germany saya kemaskini di 'posting blog' ini dan mencoretkan sedikit sebanyak ulasan berkenaan cara pasukan Germany bermain dan menghadapi pihak lawan.Ternyata, benar jangkaan/ramalan/harapan saya bahawa pasukan Germany menjadi Juara Piala Dunia 2014.
Dengan kejuaraan ini, bermakna Germany adalah satu2nya pasukan dari Eropah yang muncul Juara Piala Dunia di negara Amerika Latin.Ia juga kemenangan amat bermakna setelah 24 tahun Germany pernah muncul Juara Piala Dunia pada tahun 1990 di Itali.Ketika itu Germany masih dikenali sebagai West Germany (German Barat).
Baca dan klik di sini : Piala Dunia 1990
Bagi Anugerah Golden Gloves (untuk penjaga gol), Manuel Neuer (juga dari Germany) dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di Piala Dunia kali ini.Memang patut pun, Neuer sememangnya penjaga gol yang hebat !
Manakala untuk Anugerah Pemain Terbaik atau pun Golden Ball Award dimenangi oleh Lionel Messi.Ramai yang tidak bersetuju anugerah ini diberikan kepada Messi, mereka berpendapat ramai pemain Germany lebih layak seperti Thomas Muller, atau pun setidak2nya penjaring terbanyak edisi Piala Dunia kali ini, iaitu James Rodriguez dari pasukan Colombia.Walau bagaimanapun Rodriguez juga menerima Anugerah Kasut Emas (Golden Boot) sebagai penjaring terbanyak berjumlah 6 gol.
Untuk melihat statistik jumlah jaringan di antara yang terbanyak, sila klik di sini : Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014
Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai siapakah tokoh-tokoh pemain yang menerima anugerah2 yang berkenaan silalah ke web ini, dan klik di sini : Anugerah Untuk Pemain Piala Dunia 2014
Sekali lagi daripada saya, sebagai peminat setia pasukan Germany, Tahniah Germany team & Joachim Loew !!!
Anda semua memang layak untuk menjadi Juara Piala Dunia 2014 !!!
Diharapkan pasukan Germany dapat mengekalkan kejuaraan/kemenangan ini di Piala Dunia 2018 di Russia nanti !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan