alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai semua,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai sungguh di masa ini yang bergiat aktif dan juga ada yang baru memulakan perniagaan secara atas talian (online).
Perniagaan online ini tidak asing lagi di zaman IT dan juga di zaman kecanggihan medium komunikasi melalui internet.Dunia tanpa sepadan lah katakan.
Namun sejauh mana kah keberkesanannya aktiviti berniaga online ini?
Adakah ianya sangat menguntungkan?
Jika untung, berapa lama kah ianya akan bertahan?
Apakah barangan yang sesuai dan menjadi kegemaran pembeli secara online?
Fuhhh… memang banyak persoalan jika mahu ditanyakan berkenaan berniaga secara online ini.
Ini ada satu cerita, cerita saya bersama isteri.Kami adalah peniaga atau usahawan yang agak aktif dalam perniagaan secara online.
Ia sekadar perkongsian umum.
Bab-bab teknik, strategi dan juga idea untuk berniaga secara online saya terpaksa rahsiakan.Ini maklumat sulit untuk kami suami isteri bertahan dalam perniagaan ini.
Namun saya berikan sedikit perkongsian yang tidak menjadi rahsia.
Sudah genap 1 tahun dan lebih sebulan perniagaan online saya usahakan bersama isteri, ketika artikel ini ditulis.
Jika diberikan indicator nya ialah 10, kami masih lagi di bawah 5.
Iya lah kan, masih baru dan juga masih banyak perlu dipelajari berkenaan perniagaan online.
Namun dari sudut yang rata-rata orang suka bertanya, apakah ia menguntungkan?
Hahaha…. Nak jawab ke tidak soalan ini?
Ok lah saya jawab.
Ianya memang menguntungkan, bahkan keuntungan yang diperolehi berlipatkali ganda.Mungkin ada masanya cuma untung 1 kali ganda, ada masanya lebih dari itu.
Apakah medium perantaraan atau tempat mengiklankan barangan kita jual secara online ini?
Jawapannya, di internet dan media sosial seperti Twitter, Facebook, Blog dan juga ruangan iklan berbayar atau percuma di internet.
Apakah barangan yang sesuai dijual secara online?
Terpulang kepada anda, namun dinasihatkan agar mencari idea kelainan dan keunikan sesuatu produk dan ianya disukai ramai golongan wanita.
Mengapa mesti memfokuskan untuk menjadikan produk jualan secara online lebih kepada wanita berbanding lelaki?
Sebab wanita suka membeli/shopping lebih melalui internet/online berbanding lelaki.
Wanita kini bijak, berkerjaya, bebas, berdikari, bergaya, berstatus dan juga ada citarasa sendiri.Selain dari suka menapak (berjalan-jalan) di kompleks membeli belah untuk membeli barangan atau sekadar ‘window shopping’, mereka juga suka membeli belah atas talian/secara online.
Namun, bagi yang mula-mula berniaga online perlu bersabar kerana keuntungan dan ‘sales volume’ bukanlah boleh diraih secara mendadak dan juga secara segera.
Akuilah dan terimalah ia sebagai titik permulaan dan sebagai fasa permulaan perniagaan anda.Letakkan target sendiri dan selidiki apa yang perlu dilakukan untuk memecah pasaran (break the market) bagi mempromosikan produk anda.
Seperti saya dan isteri, kami meletakkan tempoh setahun untuk perniagaan kami menjadi aktif, mendapatkan pelanggan berulang (repeat customer) dan juga menambah jenis-jenis produk untuk dipasarkan.
Kesannya, Alhamdulillah kini barulah kami boleh rasai dan nikmati sedikit hasil.Walaupun bukanlah bertaraf jutawan online, namun jualan bulanan kami semakin memberangsangkan.
Lakukan perniagaan online ini seperti perniagaan biasa.Anggapkan anda mempunyai aset syarikat, ada pelanggan tetap, berikan tindakbalas segera kepada pelanggan dan yang penting anda mudah dihubungi (reachable), bersikap ‘vibrant’, bersegera, berdisiplin dan juga banyakkan diskusi dengan golongan yang sudah berjaya dalam bidang ini.
Apa yang penting modal.Semestinyalah peruntukkan sedikit modal untuk pendaftaran perniagaan, membeli sedikit sebanyak stok barangan, mencipta imej syarikat dan juga rutin kerja yang dikhaskan setiap hari.Mungkin 3 hingga 4 jam sehari anda perlu meneliti SMS, Whatsapp, Facebook, Blog untuk menguruskan pesanan pembelian dan juga mengemaskini barangan dipasarkan secara online.
Jadi, mulakanlah sekarang !
Ada idea nak meniaga produk apa ?
Kalau rasa nak ‘usha-usha’ (tinjau-tinjau) atau ‘window shopping’ produk kecantikan, boleh lah klik di sini :
http://rianabeauty.blogspot.com/
Sekian buat waktu ini.
Selamat berjaya daripada saya untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan