Iklan Nuffnang

Hari Muzium : Jarang Kita Mendengar Tentangnya?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,
Rakan-rakan blogger & pengunjung yang dihargai,

Anda pernah dengar Hari Muzium? …. Macam tak pernah atau pun jarang-jarang dengar jer, kan?

Begitulah juga dengan saya.Saya fikir hari-hari khas yang dicipta oleh segelintir orang cuma untuk manusia contohnya Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih atau pun Hari Jururawat.

Kan? Betul tak?

Jarang-jarang lah kita dengar contohnya macam Hari Muzium ni, kan?

Contoh yang lain (jika ada la), wujudkah hari khas seperti Hari Perpustakaan ker? atau Hari Bank ker, kalau tidak pun, Hari Mahkamah ker…kan? Whatever la…. Asalkan hari khas dicipta untuk ‘jenis bangunan’ seperti muzium ini.

Sebab itulah saya kata ianya agak pelik bagi saya lah.

Justeru itu, saya pergilah sejenak (sebenarnya beberapa jam jugak lah) mengunjungi Hari Muzium Kebangsaan Selangor 2014 yang diadakan/dirasmikan pada 17 Mei 2014, hari Sabtu.


Kalau tidak silap katanya (yang mengacarakan majlis, tak pasti siapa orangnya), Hari Muzium ini adalah sambutan seluruh dunia katanya.Entahlah bila tarikh sebenarnya yang diseragamkan di seluruh dunia.Tapi bulannya ialah Mei (bulan 5).

Layan saja lah.
Sambil-sambil hari Sabtu tidak bekerja, tiada aktiviti apa nak dibuat.Bawalah wife dan anak pergi jalan-jalan mengunjungi Karnival Hari Muzium Kebangsaan Selangor 2014 itu.

Sebenarnya kami sebelum itu baru lepas menonton movie Godzilla di TGV Cinema, tayangan pada jam 11.30 pagi, kemudian habis menonton beli barangan dapur sikit (barangan kering), barulah pergi ronda-ronda lalu singgah mengunjungi Hari Muzium yang saya katakan tadi.

Majlis/Karnival Hari Muzium tersebut dibuat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, berhampiran Masjid Biru dan juga Padang Perarakan Shah Alam.

Pengacara yang digantikan selepas pengacara pertama tadi, ialah FBI (Faizal Ismail, bekas DJ Radio Hot FM), katanya, tujuan Hari Muzium diadakan adalah untuk menggalakkan anak-anak muda menghargai dan suka mengunjungi muzium.Pada zaman ini, katanya lagi, sangat sedikit remaja dan anak-anak muda suka pergi mengunjungi muzium dan mengambiltahu tentang hal-hal sejarah yang lepas.

Banyak juga aktiviti dan tarikan/pameran diadakan di Hari Muzium itu rupanya.
Ada pertunjukan Kereta Berhias/Kereta Cantik, ada perlawanan Futsal, ada puluhan ‘booth’ (ruang pameran) berkenaan tarikan muzium bagi setiap negeri masing-masing di Malaysia.Contohnya, Muzium Kelantan tersohor dengan Wayang Kulitnya, Muzium Johor dengan Gambus dan Kuda Kepangnya, Negeri Sembilan dengan Adat Perpatihnya dan macam-macam lagi lah.


Penyertaan dari GLC, Tentera dan juga Individu juga dibenarkan.Contohnya TM dengan Muzium Telekomnya, TUDM dengan Muzium Tentera dan kelengkapan tenteranya yang antik zaman dahulu, juga penyertaan individu seperti pameran hasil ukiran dan tukang besi/tukang kayu yang membuat senjata seperti parang, keris, badik, pedang dan tombak.




Tapi yang paling mendapat perhatian saya ialah Pameran Basikal Antik, iaitu koleksi basikal-basikal lama (orang panggil basikal tua).Macam-macam jenis dipamerkan dan saya cuba menunggang dan mengayuh beberapa jenis basikal antik.Rasa seronok dan kelakar jugak der…

Ada juga pameran Motosikal Antik, lagi menggelikan hati, motosikalnya lebar-lebar ‘mudguard’ belakangnya dan memang zaman generasi Datuk atau Moyang kita dulu saja ianya mula-mula wujud.Mungkin dalam tahun 50-an hingga 60-an dulu lah kot.Bunyi deruman enjinnya kuat-kuat dan seperti meletup-letup sikit.Memang sesuai sangatlah dipertontonkan di Hari Muzium dek kerana ke’tua’annya dan keantikannya.Memang amat layak di’muzium’kan.Hahahaha…

Jom lihat beberapa gambar saya mengunjungi Hari Muzium tersebut.



Lepas ini, kita (kalau kita golongan muda lah), jangan rasa ‘boring’ nak mengunjungi muzium, sebenarnya di muzium terdapat pelbagai kisah dan cerita yang kita boleh ketahui dan ianya juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.Dari kita asyik pergi ke Taman Tema saja bawa keluarga, apa salahnya sesekali ajak keluarga dan anak-anak mengunjungi mana-mana Muzium Negeri atau Muzium Negara.Tiketnya pun murah, kan?

Ingat, tiada yang dahulu, tiadalah wujud yang sekarang, betul tak?

Muzium adalah tempat menyimpan khazanah dan kenangan masa dahulu untuk dipelajari oleh golongan zaman sekarang dan dimanafaatkan di sebalik kisahnya yang lepas.

Satu soalan ‘trivia’ daripada saya untuk anda, sudah berapa lama/berapa tahun anda tidak mengunjungi mana-mana muzium? Jawab secara jujur, jangan tipu…

Jawapan anda mungkin menggambarkan anda sebenarnya suka, kurang suka, neutral atau pun tidak suka pergi ke Muzium.

Anda tahu jawapannya…kan?

Tiada ulasan: