Iklan Nuffnang

Membeli-Belah Di Nilai 3

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Salam online daripada saya,

Baru-baru ini iaitu pada tarikh 26 April 2014, hari Sabtu, saya pergi ke Nilai 3.
Memang tidak asing lagi, kan? Nilai 3 ni?

Sesiapa yang belum tahu atau belum pernah dengar, Nilai 3 ini ialah suatu kawasan jualan secara borong dan runcit terbesar di Semenanjung Malaysia.Di sini pelbagai jenis barangan dijual dan harganya memang murah.




Saya bukanlah pergi ke sana untuk memborong barangan atau pun ‘shopping gila-gila’, cumanya agenda untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan juga ada lah sedikit barangan yang dibeli.Maklumlah, sudah lama benar tidak mengunjungi Nilai 3 ini.Rasanya hampir 5 tahun tidak ke sini.

Saya membeli 3 keping ‘floor mat/sponge mat’, yang banyak warna, corak dan tema.Ianya bukan jenis yang nipis tetapi yang agak tebal.Harganya cukup murah ! Saya dapat membelinya dengan harga RM25 sekeping.Bermakna, saya cuma perlu membayar RM75 untuk 3 keping.Murah, kan?




Saya ‘survey’ harga yang dijual untuk sekeping ‘floor mat/sponge mat’ ini di Sungai Buloh Selangor, berharga RM70 sekeping ! Hawauu!! Mahal betul, kan?

Kemudian, biasalah, ‘orang rumah’ saya beli beberapa helai tudung, rasanya ada lah dalam 6 helai… tak mengapa lah, biarkanlah dia, asalkan dia berkeinginan menutup aurat dan membeli tudung yang elok dan cantik. Hahaha….

Saya juga membeli 5 helai kain sarung Batik 3 Serangkai sebanyak 5 helai, dan Kain sarung Pelikat juga 5 helai.Dapatlah RM10.00 sehelai, jadi semuanya RM100.00.Kira ‘consider’ murahlah tu,kan?


Dan yang paling diidam-idamkan oleh si anak kecil lelaki saya, Zarif yang teringin dan minat sangat untuk memiliki/membeli kereta RC (Remote Control) Lightning McQueen yang watak kereta lumba bercakap dalam filem CARS.Nasib baik tak mahal sangat, cuma RM30 sahaja.




Bagi saya, Nilai 3, boleh dikomersilkan kepada pelancong luar khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.Namun yang menjadi peliknya, mengapakah ramai sangat penjual dan pekerja di kedai-kedai di Nilai 3 ini di kalangan orang asing (foreigner) seperti Bangladesh dan Pakistan?

Kita sudah ketandusan rakyat warganegara sendiri kah untuk menjadi pekerja/peniaga di situ?

Atau ianya memang dimilki oleh warganegara namun di’alibaba’kan (disewakan) kedai-kedai itu kepada bukan warganegara?Entah lah…

Last but not least, Nilai 3 memang menyeronokkan bagi yang mahu membeli apa saja keperluan.Rambang mata dibuatnya.Banyak pilihan sesangat.Dari sebesar-besar barangan seperti perabot, hinggalah ke sekecil-kecil barangan seperti ‘gift/cenderamata’, semuanya ada dan banyak pilihan boleh didapati.


Tips untuk mengunjungi Nilai 3, elakkan hari minggu, hari gaji (awal/hujung bulan) dan juga hari
cuti persekolahan.Bukan apa, jikalau anda sanggup bersesak-sesak dan sukar untuk mendapatkan ‘parking’ kenderaan, silakanlah….

Rasanya kalau ada ‘budget’ dalam lingkungan bawah RM500 pun, jika setakat nak membeli belah pakaian, kain pasang dan permainan kanak-kanak juga sedikit cenderamata sudah memadai dan sudah boleh dapat banyak barangan yang boleh dibeli di Nilai 3.

Apa lagi, dekat sudah nak bulan Ramadhan ni, dan selepas itu Hari Raya Aidilfitri.Jom lah membeli belah di Nilai 3 ! Beli sekadar yang kita mampu dan perlu, tidaklah nanti ‘last minute’ membeli belah untuk Hari Raya semua barang naik harga, khususnya jika membeli belah di Kuala Lumpur.

Bukan apa, biar buat persiapan awal, langkah bijak lagi menjimatkan masa dan tenaga, tidaklah tergopoh gapah nanti…Ok ?

Selamat ber’shopping’ di Nilai 3.

Bye.

4 ulasan:

adam berkata...

Semalam kami pergi Nilai 3 wife pun nak mencari bantal dan tilam kekabu. Walaupun ada order bantal kekabu online 11street masih tak cukup bila tetamu datang. Beli tilam kekabu queen RM 50, bantal kekabu 4 biji RM40, tilam baby RM 30 dan tikar gulung abis RM 50.00, jumlah RM 170. Berbaloi jugak semua dapat kat 1 kedai je. Abang ipar beli tilam kekabu single tebal RM 50 dan bantal kekabu 2 biji RM 20. Yang penting boleh tawar menawar memang menguntungkan. Kami beli kat Harun Carpet Enterprise.

alriana5604 berkata...

Wah... bagusnya En. Mat Nor.Boleh dikatakan barangan di Nilai 3 masih boleh ditawar menawar dan harganya amat berpatutan.
Selamat membeli belah ya... :)

mizan berkata...

sy tak pernah pergi kat nilai 3...hari ni nak bwk keluarga jalan ke sana...mesti seronok sopping...huhu

alriana5604 berkata...

Bagus lah Mizan, cuti2 sekolah begini bersama keluarga jalan2 dan bershopping ikut kemampuan kita, kata orang 'leisure with family', di Nilai 3 memang banyak pilihan jika mahu membeli-belah, harga barangannya juga berpatutan dan mampu dibeli.
Selamat membeli-belah dan bersama keluarga,ya.