alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai, Assalamualaikum,
Rakan2 blogger & Pengunjung blog yang dimuliakan,
Hari ini hari Jumaat.Justeru itu saya suka untuk memperingatkan diri saya sendiri dan juga anda semua berkenaan sesuatu yang mustahak dan kita tidak dapat lari darinya.
Maknanya, saya mahu berdakwah hari ini.
Apa yang kita rasa paling mustahak dan kita tidak dapat lari darinya?
Simple.
Ianya adalah MATI.
Ya.Mati adalah mustahak dan ianya tidak boleh dielakkan oleh semua makhluk yang bernyawa termasuk manusia seperti kita.
Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda mengatakan bahawa orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati mati.
Maksud secara halus dan tafsiran sebenarnya ialah sesiapa jua yang sentiasa mengingati mati, maka dia akan sentiasa menjaga amalan-amalan yang dikerjakannya.Dia akan memperbanyakkan amalan yang baik dan menjauhkan/meninggalkan amalan yang buruk iaitu yang boleh menambah dosanya.
Oleh sebab dia hanya mengerjakan amalan kebaikan kerana dia mengingati mati, justeru itu dia adalah orang yang bijak.
Inilah maksud sabda Rasulullah SAW itu yang sebenarnya.
Namun, apa kaitannya dengan terma (terms) FIFO dan LIFO ini ?
Bukankah ianya digunakan dalam subjek/bidang perakaunan ?
Iaitu merujuk kepada stok/inventori ?
Ya, memang begitu pun.
FIFO – First In First Out.
LIFO – Last In First Out.
Saya tidak mahu menerangkan berkenaan istilah ini dalam konteks perakaunan menguruskan Stok/Inventori.
Tetapi saya mahu mengaitkannya dengan kewajaran dan kebenarannya dengan MATI.
Apa kaitan dan kewajaran FIFO dan LIFO ini dengan mati ?
Ok. Begini ceritanya.
Ajal dan maut di ‘tangan’ (ditentukan) Allah kepada semua makhluk.Tiada seorang pun yang tahu bila dia akan mati, bukan?
Jadi, di dunia yang kita diami ini sebenarnya sudah lama Allah wujudkan sistem FIFO dan LIFO ini, yakni berkenaan dengan kematian kita.
Mari kita lihat :
1.FIFO - First In First Out
Ada yang ‘first in’ (masuk/lahir ke dunia ini lebih dulu) dari anak-anak/dari generasi kemudiannya, maka dia akan ‘first out’ (keluar dulu dari dunia ini/mati dulu).Maka ini memang wajar dan dilihat normal lah, kan? Ibarat setandan nyior/kelapa, yang buahnya adalah kelapa tua, maka ia akan gugur ke tanah dulu berbanding buah kelapa yang masih muda atau masih putik.
2.LIFO – Last In First Out
Ada yang ‘last in’ (masuk/lahir ke dunia ini lebih terkemudian) dari generasi sebelumnya, namun dia kadangkala ‘first out’ (keluar dulu dari dunia ini/mati dulu).Maka ini yang perlu kita sentiasa hadapi, bersedia dan juga terima dengan redha.Jenis yang LIFO inilah yang kita takuti sekiranya kita dimasukkan oleh Allah dalam kategori ini.Sebab itulah kita sentiasa perlu mengerjakan amalan kebaikan dan meninggalkan segala kemaksiatan/kejahatan/amalan buruk.
Oleh sebab itu marilah kita pada hari Jumaat yang mulia ini sama-sama berusaha menjadi ‘Orang yang bijak’ sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW, iaitu merujuk kepada Orang yang sentiasa mengingati mati dan memperbanyakkan amalan soleh.
Namun dalam kita sentiasa mengingati mati, janganlah pula kita meninggalkan langsung urusan dunia.Tunaikanlah juga tanggungjawab kita di dunia ini sebagai khalifah,sebagai ibubapa, sebagai anak, sebagai pekerja untuk kita jalani hidup yang lebih bermanafaat dan diredhai Allah.
Ingat, Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan