alriana5604@gmail.com - AL The One
Selamat sejahtera semua,
Rakan-rakan blog sekalian dan juga kepada pengunjung blog saya,
Saya ingin berkongsi berkenaan satu lagi tarikan baru di i-city Shah Alam,Selangor.Baru-baru ini saya mengunjungi Muzium Seni dan Helah yang baru dibuka kira-kira beberapa bulan yang lalu.Paling bertuah, saya mengambil kesempatan mengunjunginya kira-kira seminggu sebelum ianya dikenakan kemasukan bertiket/berbayar,jadi saya masuk dengan percuma.Kalau anda pergi sekarang mungkin sudah dikenakan tiket untuk masuk.
Muzium ini mengetengahkan seni gambar yang dilukis bercorak 3 Dimensi (3D) dan ianya memang dilukis begitu bagi memberi peluang pengunjung untuk bergambar dan menjadikan seolah-olah kita adalah sebahagian dari gambar tersebut.Maksudnya, jika gambaran yang dilukiskan ialah sebatang titi direntangkan di tengah-tengah lubang,jadi bila kita berdiri di atas titian tersebut dengan sedikit ‘action’ dan diambil gambar dengan kamera,bila kita lihat hasil gambarnya,ianya seolah-olah realiti!
Berikut di antara kategori lukisan 3D yang terdapat di sini, namanya dalam Bahasa Inggeris saya sudah lupa la…
1.Aksi melukis potret Monalisa.
2.Aksi gambar keluar dari bingkai (frame) gergasi.
3.Aksi pantulan cermin (mirror).
4.Aksi menanggalkan seluar budak.
5.Aksi meniti titian di tengah lubang hitam.
6.Aksi menuruni tangga ke bawah tanah.
7.Aksi menolak/menumbuk kepingan dinding batu di dunia Firaun.
8.Aksi memanjat tangga ke atas bangunan Firaun.
9.Aksi masuk ke dalam lubang hitam di dinding.
10.Aksi menerajang,menahan atau menumbuk ketulan tiang-tiang yang runtuh.Juga aksi menumbuk dinding dan menjadikannya merekah.
Sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan di tingkat 1, tetapi ketika saya mengunjunginya,kerja-kerja persiapan untuk dibuka bagi tingkat 1 belum disiapkan sepenuhnya dan ianya masih ditutup untuk kunjungan umum.Saya difahamkan oleh petugas di situ,tingkat 1 nanti lebih banyak tarikan 3D yang dicipta iaitu Dinosaur,Aquamarine dan juga binatang-binatang Safari.
Memang ianya seronok sekali untuk dilawati !
Bagi penggemar seni dan pengkagum lukisan 3D seperti saya,ianya begitu membuat saya teruja !
Datanglah ke sini segera !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan