Iklan Nuffnang

Paramotor : Boleh Mengelak Kesesakan Lalulintas

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

“Sungguh sempoi dan cool !!!”

Itulah yang saya dapat katakan, bila seorang pekerja di negara China menggunakan ‘paramotor’ untuk ke tempat kerja kerana kesesakan lalulintas yang dihadapinya !

Beliau biasa menggunakan kereta ke tempat kerjanya yang tidak jauh dari rumahnya, mungkin dalam perjalanan setengah jam jika tidak berlaku kesesakan lalulintas.Namun, jika memandu dan terpaksa menempuh kesesakan lalulintas, ianya boleh memakan masa berjam-jam lamanya.

Lalu beliau sanggup berhabis belanja membeli ‘paramotor’ iaitu gabungan motor enjin dan ‘parachute’.Dengan bergaya sekali dia terbang dan mengawal paramotor tersebut dari rumahnya ke tempat kerja dan tiba begitu awal hanya beberapa minit sahaja….hahaha….

Tapi kenalah berjaga-jaga dengan tiupan angin yang kuat dan juga perlulah mencari tempat mendarat yang betul.Beliau selalunya mendarat di atas bangunan di tempat kerjanya dengan selamat.

Jadi, kalau kita di Kuala Lumpur atau Lembah Klang ini asyik berdepan dengan kesesakan lalulintas yang teruk, apa kata, buat pelaburan dan membeli set paramotor, dan terbang dengan bangganya ke lokasi pejabat kita, ok atau tidak ?

Hahaha…cool…bro.

p/s : Gambar yang dilampirkan tiada kena mengena dengan pekerja China tersebut.Gambar hanyalah sekadar hiasan dan illusi sahaja.

Tiada ulasan: