Iklan Nuffnang

Perlukah Kita Mengejar Anugerah Dalam Bekerja?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & selamat bertemu untuk ke sekian kalinya di blog saya ini.

Pertama sekali, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana baru-baru ini saya dianugerahkan sebagai Anggota Terbaik Jualan SME Sales Selangor bagi Suku Kedua Tahun 2012.

Sebenarnya saya tidaklah menyangka dan berasa agak terkejut dengan anugerah ini.Tapi bila saya terfikirkan yang saya pernah memaklumkan kepada boss saya mengenai satu ‘lead’ jualan kategori perkhidmatan data yang dimohon oleh Epson Toyocom (M) Sdn Bhd, barulah saya menyedarinya.

Pelanggan perniagaan ini ialah kilang pengeluar/pembuat cip elektronik yang beribupejabat di Jepun.Saya bersama seorang konsultan telah menemui dan menghadiri mesyuarat pertama kali bagi mempromosikan produk IPVPN dan Metro E.

Dijangkakan kini,pihak pengilang dalam peringkat awal persetujuan untuk menandatangani bagi melanggan perkhidmatan IPVPN berkelajuan (bandwidth) 1-2 Mbps.Rangkaian (circuit) ini menghubungkan dari Sri Damansara ke KLIA/Sepang dan terus ke Jepun.Dianggarkan nilai jualan yang bakal diperoleh ialah di antara RM80,000 hingga lebih RM100,000.00.

Saya juga dulunya pernah sekali memenangi bagi kategori Anggota Terbaik tetapi bukannya khusus dalam bidang jualan, tetapi lebih kepada Anggota Terbaik Keseluruhan.Tapi ianya sudah agak lama kira-kira 2-3 tahun yang lepas.

Kadang-kadang, anugerah seperti ini bagi saya, saya tidak merebutnya atau pun terlalu mengejar untuk mencapainya.Sebaliknya saya lebih suka menumpukan kerja dan membuat kerja dengan sebaik mungkin.Ironinya,pelanggan yang berhubung dan berurusan dengan saya kebanyakannya tidak bermasalah dan mereka suka dengan cara saya.Bagi saya,anugerah ialah perkara kedua, jika dapat, saya bersyukur.Jika tidak dapat mungkin belum rezeki saya dan Allah tentukan rezeki saya di tempat lain.

Walau bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan manusia dan pekerja yang normal perlulah diberikan ganjaran.Selain dari gaji bulanan,mungkin ganjaran lain berbentuk komisen,anugerah,tajaan percutian dan juga kenaikan pangkat.

Saya percaya semua pekerja mendambakannya,bukan? Namun janganlah jadikan ganjaran itu sebagai faktor utama untuk kita bekerja kuat.Percaya atau tidak, masih wujud lagi di luar sana,individu-individu yang tidak pernah merasai sebarang bentuk ganjaran dalam pekerjaannya, selain dari gaji bulanan.Namun mereka tetap bekerja dengan rajin dan bertungkus lumus.Mereka menerima hakikat bahawa rezeki mereka bukan di situ.

Oleh itu, sekalipun kita layak atau tidak menerima sebarang anugerah,kita perlulah redha dan berusaha dengan lebih kuat lagi.

Anda pernah mendengar pesanan ini:

“Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.”

Sekian.Wassalam.

Tiada ulasan: