alriana5604@gmail.com - AL The One
Salam hormat.
Selamat bertemu kembali di dunia maya blog ini.
Bilakah kali terakhir anda menghadiri ‘function’ atau ‘event’ rasmi?Apakah anda seorang yang boleh digelar sebagai ‘party man’ iaitu suka menghadiri majlis-majlis?Tak kiralah majlis apa, tapi merujuk kepada majlis formal dan berkaitan kerja.Setakat majlis seperti perkahwinan, kenduri doa selamat, menyambut kelahiran anak tidaklah boleh dikira sebagai majlis rasmi.
Majlis rasmi (formal function/event) ini merujuk kepada aktiviti berkaitan tugasan dan selalunya perlukan komitmen kehadiran yang wajib bagi semua kakitangan.Ia juga sepenuhnya ditanggung dan ditaja oleh majikan.Jika kita sebagai anggota pasukan beruniform seperti polis dan tentera memang ‘formal event/function ini sudah menjadi lali dan menjadi kebiasaan.Apatah lagi jika ada golongan-golongan pembesar dan pihak atasan yang datang bertandang.
Sebenarnya, saya akui, saya bukanlah ‘the real party man’.Namun begitu, saya tidaklah sampai membenci akan majlis-majlis rasmi ini.Saya seboleh-bolehnya akan cuba menghadiri dan memenuhi kehendak majikan jika diwajibkan hadir ke majlis rasmi.Melainkan jika benar-benar ada hal peribadi yang penting barulah saya tidak akan menghadiri majlis tersebut.Bolehlah saya katakan dan anggap diri saya ini kira pandai jugalah menyesuaikan diri bila menghadirkan diri ke majlis-majlis rasmi tersebut.Walaupun sebenarnya berat hati dan terasa agak meremehkan bila terpaksa mengikut kod etika berpakaian (dress code)dan juga terdapat bermacam protokol.
Baru-baru ini, saya menghadirkan diri ke majlis rasmi tajaan majikan saya khusus untuk memberikan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia yang telah memberikan keuntungan besar kepada syarikat kami.Majlis ini dikenali dengan nama ‘TM SME Customer Appreciation Nite’, diadakan di Megaview Menara Kuala Lumpur.Siap disertakan kod/tema pakaiannya ialah ‘Glow and Glam”.Majlis diadakan bermula 7.15 malam hingga 11.00 malam.Majlis ini juga di’host’kan oleh ikon dan artis terkenal Adibah Noor.
Isunya di sini, saya ini jarang-jarang ke majlis formal begini.Walaupun ianya majlis yang lebih kepada santai, namun etika berpakaian perlu dituruti.Apa lagi, terpaksa lah diikuti walaupun dengan berat hati.Maklumlah, orang seperti saya ini biasa berpakaian agak ‘rough’, dengan ‘jeans’ nya, T Shirt berkolar dan tak berkolarnya yang berbelang-belang,berkasut ‘loafer’ sahaja,kadang-kadang berseluar khaki/bermuda sahaja dengan T Shirt yang ranggi, bertulisan macam-macam…hahahaha….
Tiba-tiba terpaksa berpakaian agak kemas, ‘evening attire’, berkot/ber’blazer’, berkemeja ‘plain’ sebagai ‘inner’.Berseluar ‘slack’ dan berkasut kulit.Fuuhh, rimas dan berpeluh dibuatnya beb! Walaupun ada ‘aircond’ di majlis tersebut, orang yang tidak biasa berpakaian begitu tetap berpeluh, bro! hahaha…
Fullamak, wanita-wanita sama ada kakitangan atau pun pelanggan di majlis tersebut, benar-benar ‘glow & glam’, ada yang berpakaian seperti ‘Cleopatra’, berpakaian seperti ala-ala ‘Arabian Girl’ dan yang ‘daring’ habis pun ada.Pendek kata,memang mereka berpakaian yang luar biasa dari pakaian seharian mereka.Maklumlah, majlis ini memberikan hadiah yang agak berharga kepada pemenang pakaian terbaik dan tercantik untuk kategori kakitangan dan juga pelanggan.
Jadi, di sini, di blog ini, saya cuba ingin berkongsi dan memberi maklum kepada pembaca blog ini ataupun kepada pengikut blog saya ini yang cuma beberapa orang sahaja (sedar pun aku ya.. ),agar kita bersikap optimis dan bijak menyesuaikan diri.Belajarlah sesuatu yang kita tidak pernah buat atau jarang buat.Mungkin pada mulanya kita agak ‘kekok’, rasa janggal, tidak biasa,rasa pelik dan kelakar,tapi apa salahnya jika kita mencuba dan akhirnya mungkin nanti kita biasa dengannya.Perkataan English nya, ‘used to be’ iaitu akhirnya kita akan biasa atau menjadi kebiasaan bagi kita jika kita selalu amalkannya.Walaupun saya tidak suka berpakaian formal, ber’suit’, kot atau blazer, tapi jika dilihat di hadapan cermin terasa segak lah pulak saya! Hek eleh, puji diri sendiri la ni, saya ni…hahaha…
Terapkanlah sesuatu yang positif yang tidak biasa kita lakukan, lakukanlah perlahan-lahan, amalkan, nescaya akhirnya kita biasa dengannya! Umpama diri saya inilah yang tidak biasa ke majlis-majlis formal dan tidak biasa berpakaian formal.Saya perlu biasakan diri, lama kelamaan nanti ianya menjadi biasa bagi diri saya dan mungkin satu hari nanti ….. I will become a real ‘party man’, bro…..tapi janganlah menghadiri ‘party2’ yang ‘havoc’ dan yang tidak bermanafaat atau mengandungi maksiat.
Ok, akhir sekali, adakah anda ‘ a real party man/woman’?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan