alriana5604@gmail.com - AL The One
Selamat bertemu kembali.
Baru-baru ini, pada 19 November 2011, saya sempat berkunjung ke beberapa tempat di Pulau Pinang yang juga diberi nama jolokan Pulau Mutiara.Saya pergi bersama Solehin, adik saya dan bolehlah saya kategorikan ianya sebagai satu perjalanan yang sekejap (short journey).
Saya dapati, negeri Pulau Pinang ini memang mempunyai banyak juga tempat-tempat yang menarik dan boleh dikunjungi oleh pelancong, sama ada dari dalam atau pun luar negara Malaysia.Apatah lagi bagi pengunjung yang jarang-jarang ke Pulau Pinang, tentunya musim-musim cuti persekolahan ini merupakan waktu yang sesuai untuk aktiviti melancong ke tempat-tempat yang menarik dan belum pernah dikunjungi.
Walaupun kunjungan ke Pulau Mutiara ini cuma satu perjalanan singkat saya, tetapi saya sempat juga ke beberapa lokasi menarik di sana, di antaranya :
1.Toys Museum – ini adalah muzium barangan permainan terbesar di dunia (setakat ini).Ianya sesuai dikunjungi oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi golongan yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.Bagi yang meminati ikon-ikon dan watak-watak filem-filem superhero dan juga permainan-permainan tersohor seperti Barbie,Toys Story,Tomb Raider,Indiana Jones, Batman,Superman,GI Joe,King Kong,Iron Man,Ice Age, Star Wars, Spiderman, Lilo Stitch, Jack Sparrow, Matrix, The Munsters, Ninja Turtle,Mr Bean dan lain-lain, muzium ini memang memberikan tarikan tersendiri kepada peminat-peminatnya.
Muzium ini diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan terbesar di Malaysia. Lebih membanggakan, muzium ini adalah yang pertama dan terbesar di Asia. Muzium yang dibuka tujuh hari seminggu dari jam 9 pagi hingga 9 malam ini diilhamkan pemiliknya, Loh Lean Cheng yang mendapat ilham selepas melawat Muzium Mainan dan Model di London.
Tiket untuk masuk dikenakan RM10.00 seorang dewasa yang berwarganegara Malaysia. Manakala RM6.00 untuk kanak-kanak dan percuma bagi kanak-kanak bawah umur 3 tahun.
Toys Museum ini terletak di lokasi Jalan Tanjung Bungah.Lokasi ini betul-betul dihadapan Hotel Orchard Copthorne.Terdapat lebih 100,000 watak kartun yang dipamerkan di sini. Bukan saja kanak-kanak, malah golongan dewasa yang minat mengumpul koleksi koleksi cartoon juga pasti menyukainya.
Rujukan : Lihat di sini :- http://penangohpenang.blogspot.com/2010/11/penang-toy-museum.html
2.Hard Rock Hotel, Penang – Saya berkunjung ke sini kerana minat mengumpul koleksi cenderamatanya.Walaupun harganya lebih mahal dari HRC yang saya pernah kunjungi, iaitu HRC Singapore dan HRC Phuket, saya tetap membeli sedikit ole-ole dari HRC Hotel, Penang ini.
3.Medan Selera Ikan Bakar Hammer Bay – Di sini, suasananya amat santai,betul-betul di tepian laut, di tepiannya terdapat perahu-perahu berlabuh menyerikan lagi suasana orang yang menjamu selera di sini.Saya sempat menikmati juadah nasi bersama ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, tom yam campur dan juga minuman jus kiwi di Hammer Bay ini.Sungguh menyelerakan sekali !
4.Kedai Jeruk Pak Ali - Saya membeli sedikit ole-ole berupa minyak angin buah pala,jeruk buah pala, jeruk kedondong dan juga jeruk mempelam di sini.Jeruk Pak Ali terkenal di Pulau Pinang dan juga luar Pulau Pinang kerana keenakannya dan juga jaminan dari pembuat dan pengeluar jeruk buah-buahannya yang tidak membahayakan kesihatan.
Saya berharap suatu hari nanti saya akan dapat lagi mengunjungi Pulau Mutiara ini dan menjelajah ke lain-lain tempat yang menarik di sana.
Jom ke Pulau Pinang !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan