Iklan Nuffnang

Puas Berendam.. di Kolam Residence Inn Cherating

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua,Salam sejahtera..

Bagi umat Islam semua,Salam Awal Muharram saya ucapkan iaitu Bulan pertama bagi setiap tahun baru Islam/Tahun Baru Hijrah.Kita sudah memasuki Tahun 1444 Hijriah sekarang ini.

Jadi sematkan azam (resolusi) masing2 untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum2 ini,Ok..

Baiklah guys, saya sudah semakin sihat dari kesan pembedahan lutut yang menyakitkan namun tidaklah sepenuhnya sihat.Masih terasa kesakitan apabila berjalan cepat,berjalan jauh dan juga melakukan apa2 pergerakan yang sedikit lasak pun saya masih terasa kesakitannya di lutut kanan saya ini.

Walau bagaimanapun saya secara sedikit demi sedikit sedang menjalani proses penyembuhan dan kerapkali juga saya hadir ke Hospital untuk melakukan rawatan fisioterapi.

Pada kisah kali ini,di ruangan blog yang sudah jadi Diari Kehidupan saya ini,saya sengaja mahu berkongsi dengan ‘short trip’ saya menginap di Residence Inn Cherating,Kuantan Pahang.

Apa bagusnya Residence Inn Cherating ini,ya?

Mari kita baca di antara sebab2nya :

1.Kadar penginapan bilik biasa/standard 2-3 orang sebilik masih mampu bayar, sekitar bawah RM200 sahaja.

2.Resort yang boleh dikatakan ‘so-so’, sederhana tarafnya mungkin 3 bintang,tapi selesa dan berada di kejiranan yang berjujukan dengan Resort2 mewah, iaitu di antaranya Royal Chulan Cherating Villas,Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating,The Kasturi Resort Cherating,Club Med Cherating dan beberapa lagi penginapan mewah yang harganya mencecah 4 angka bagi harga penginapan semalaman.

3.Residence Inn Cherating ini agak berdekatan dengan Pantai Cherating,memandu kereta sekejap sahaja sampai ke tepi pantai yang ada disediakan ruang meletak kenderaan berbayar.Jika bawa basikal,boleh berbasikal sahaja di kawasan ini dengan tenang dan nyaman.

4.Kolam Renangnya luas dan besar,puas lah dapat berendam sampai menggigil kesejukan.Bagi yang sudah lama tidak merasa mandi kolam dan berenang di kolam yang besar dan luas bersama anak2, silalah datang ke sini untuk mandi manda berendam di kolam renang,lebih2 lagi apabila ketika cuaca panas dan matahari terik.

5.Jika jemu dan sudah biasa dengan makanan disediakan pihak Resort (sebab kebiasaannya mana2 Resort/Hotel,makanannya agak tidak jauh beza),boleh saja buat pesanan dari Grab atau Food Panda dan pilih sahaja Restoran atau Gerai Makan berdekatan dalam lingkungan resort ini,biasanya jarak dalam 10-20 KM sahaja dari Cherating ke Kemaman iaitu bandar berdekatan,rider Food Panda/Grab hantar makanan dipesan sampai ke lobi resort, walaupun kita buat pesanan di waktu malam, sebelum pukul 10.00 malam.

Inilah di antara kelebihan2 yang bagi saya ianya agak penting bagi golongan seperti saya.iaitu yang lebih suka memilih ‘penginapan bajet’ apabila pergi bercuti dan menginap di mana2 jenis penginapan.Bak kata pepatah ‘Ukurlah baju di badan sendiri’.Jangan boros dan membazir dalam berbelanja dan dalam masa yang sama janganlah pula berkira atau kedekut pula kepada keluarga.Seimbangkanlah mana2 yang patut.

Ok,guys, tidak banyak yang saya dapat kongsikan buat kali ini,hanyalah dengan seruan dan kata2 yang biasa saya lontarkan dan catatkan dalam penulisan di blog saya.

Kita mahukan kegembiraan,ketenangan,keseronokan maka kita berusaha lah dan laksana kan lah dengan kadar kemampuan kita.

Ingat ‘tagline’ blog saya ini – Santai Kita,Cara Kita.

Kita tidak perlu menunggu sehingga menjadi kaya dan mewah untuk kita bergembira bersama keluarga.Kita lakukan mengikut cara kita,gaya kita sendiri dan kita akui akan keterbatasan kita pada sesuatu perkara lain.

Saya percaya,dengan cara kita merancang,menyusun,berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan sumber kewangan keluarga,sesiapa juga boleh dan mampu untuk bersantai,bercuti,melancong dan meneroka lokasi2 yang belum pernah kita kunjungi.

‘Jauh perjalanan,luas pengetahuan’, sesungguhnya kata2 pepatah ini jika kita renungkan memang bertepatan dengan kehendak Allah selaku Maha Pencipta dan kita kaitkannya dengan semakin banyak lokasi kita kunjungi dan ‘pergi berjalan’ seharusnya kita lebih rasa bersyukur melihat kebesaran ciptaan Allah di atas muka bumi ini.Lebih banyak kita dapat menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Jadikan ianya suatu ‘positive vibes’ iaitu satu ‘caj positif’ kepada diri kita dan keluarga apabila dapat peluang dan rezeki pergi bercuti dan bersantai semestinyalah jiwa kita dan tenaga kita lebih bermotivasi untuk meneruskan kehidupan dan lebih gigih untuk bekerja dan menjadi lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan majikan.

Saya suka akhiri posting blog saya pada kali ini dengan beberapa rangkap pantun ciptaan saya :

‘Pergi Cherating hanya bertiga,

Sampai di sana terasa penat,

Eratkan hubungan antara keluarga,

Semoga Allah melimpahkan rahmat.’

 

‘Residence Cherating nama diberi,

Resort yang cantik kolamnya luas,

Jangan putus asa,jangan merendah diri,

Rahmat dari Allah tidak terbatas.’

 

‘Residence Cherating tempat yang tenang,

Bawalah keluarga bermandi manda,

Eratkan kasih,limpahkan sayang,

Membina hidup keluarga bahagia.


Wallahu’alam, semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.

Menjejak Kasih ke Shah Alam - Setelah 5 Tahun Meninggalkan Shah Alam

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya,

Apa khabar anda semua? Semoga sihat2 sentiasa hendaknya.

Hati2 semua ya,sekarang musim wabak Influenza,biasanya gejalanya kita tak kisah sangat,tidak seteruk Covid19 tetapi agak bahaya juga.

So,berhati2 lah Ok.

Saya sudah hampir 2 minggu menghidap flu/selsema berterusan,dulunya minggu pertama demam,kini demam sudah baik/sudah kebah,tapi selsema masih on dan off kemudian selsema semula.Sudah habis antibiotic saya makan,selsema masih tak sembuh2 lagi.


Ok,untuk kali ini saya ingin kongsikan trip pendek saya ke Shah Alam setelah lama tidak berkunjung ke sana.Sebenarnya niat nak ke sana sudah lama, apatah lagi Shah Alam ini tempat saya pernah mencari rezeki sekian lama dulunya.Lama juga saya bermastautin di Shah Alam dulu2nya.Kira2 berbelas tahun juga lah.

Saya pergi ke Shah Alam umpamanya seperti ‘Menjejak Kasih’, iaitu lebih kepada mendapatkan ‘feel’ dan memori lama yang pernah terpahat di situ.Bukan pergi untuk berjimba2 (bersukaria), bercuti panjang atau berlibur di Taman2 Tema,tidak.Ia lebih kepada kunjungan setelah rindu kepada tempat pernah mencari rezeki dan merasai pengalaman suka duka hidup di situ dulunya.

Saya bermalam di Hotel UiTM atau Hotel INTEKMA dan ini kali pertama saya menginap di situ.Dulu2nya tidak lah pernah terlintas untuk menginap di hotel ini.




Saya juga menjejak kembali tempat2 yang menjadi kerinduan kepada saya seperti lokasi apartment yang pernah saya sewa,Masjid Biru Shah Alam yang sangat dekat dengan pejabat saya dan kerapkali bersolat di sini pada hari Jumaat pada suatu ketika dulu.Kemudiannya saya menelusuri kembali denai2 indah di perjalanan semasa saya pernah menghantar dan mengambil anak ke sekolah/dari sekolah.Sungguh menimbulkan ‘sentimental value’ yang mendalam apabila dapat melihat kembali- suasana yang sedikit sebanyak telah pun berubah berbanding dulu2nya.

Zarif juga berkesempatan bertemu dengan guru pertamanya iaitu Teacher Shila yang satu2nya merupakan Cikgu pertama Zarif yang mengajar dan mendidiknya mengenali abjad,kemudian mengajar mengeja,membaca dan menulis.Sangat terharu rasanya setelah hampir 5-6 tahun Zarif masih tidak melupakan gurunya yang satu ini.Semoga dengan sikap Zarif yang sebegini,mudah2an Allah mempermudahkan dia menimba ilmu dan memberikannya kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti.

Begitu juga rakan baiknya yang pernah bersekolah bersama,iaitu Danish.Sempat juga saya membawanya bertemu Danish.Ibu dan Ayah Danish tidak sabar untuk berjumpa Zarif setelah sekian lama tidak bertemu.Sungguh perjalanan kali ini umpama Menjejak Kasih.Ya, menjejak kembali rakan taulan,guru dan juga lokasi2 yang kami pernah pergi suatu masa dulu.


Sempat juga saya menikmati Lontong di Restoran Lontong Klang di Seksyen 7 Shah Alam..

Cumanya saya tidak berkesempatan untuk bertemu rakan2 saya di pejabat di Shah Alam kerana ketika perjalanan ini,ialah hari Sabtu dan Ahad yang mana ketika ini pejabat bercuti dan tidak beroperasi.

Ketahuilah,bahawa sampai suatu ketika apabila umur kita sudah meningkat hampir kepada separuh abad,perasaan ini akan timbul.Iaitu suatu perasaan kita mula2 akan teringat dan terkenang kembali akan suatu masa dulu kita pernah berada di rantau,hidup dengan penuh cabaran suka dan duka,mempunyai rakan dan taulan dan juga kita terkenang kan rutin (kebiasaan) yang kita lakukan setiap hari ketika kita pernah berada di sesebuah lokasi dalam tempoh yang lama.Ibaratnya seperti mengenang kembali liku2 hidup kita ketika zaman2 muda2 ketika di perantauan dan ketika itu baru beroleh pekerjaan,kemudian berumahtangga,berkeluarga,hidup di kota dan ‘struggle’ dengan bermacam2 ujian kehidupan.

Ya,sesungguhnya hidup ini tidak lama,sangat sekejap.Sangat tidak berbaloi untuk kita mengumpul kekayaan dan bermewah2.Sangat tidak berbaloi untuk kita melupakan segala perintah Yang Maha Esa.Bak kata bait2 rangkap lagu nasyid ‘Selimut Putih’ :

‘Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh Tubuh akan mengigil
Sekujur badan kan kedingingan’

Terima kasih gambar dari blog ini : https://www.fatehteam.com/sakaratul-maut-tanpa-di-undang/

Ya, bila jasad kita sudah terbujur kaku,tiada lagi akses hidup kita di dunia.Secanggih mana pun teknologi,belum ada yang mampu membawa semula kehidupan orang yang telah mati kembali hidup di dunia.

Lalu, sementara umur kita masih ada ini,saya menyeru berbuat baiklah dengan semua orang dan tambahkanlah amal soleh kita.Kenangkan semula kehidupan dan umur kita yang telah lepas,betapa banyak kelalaian dan waktu dibazirkan untuk tujuan dunia hingga kita melupakan amalan kita untuk bekalan setelah kita mati.

Sentiasa memperbaiki diri dan menambah amal kebaikan.Sesungguhnya setelah kita mati nanti,baru kita dapat melihat dan menuai segala amal kebaikan dilakukan oleh kita ketika hidup di dunia.

Kita tidak lagi boleh Menjejak Kasih setelah kita mati.Tak mungkin dapat mengenang dan pergi semula ke atas dunia mengulang kembali kehidupan kita yang telah lalu apabila kita telah pun berada di alam yang kekal abadi.

Wallahu’alam.