alriana5604@gmail.com - AL The One
Assalam,
Teman2 online,
Alahai, tajuk pun straight to the point saja saya buat sekarang.
Bukan apa, nak fikir tajuk posting blog yang panjang2 sudah rasa malas.Maklumlah kesibukan bekerja, kini jarang2 saya ada masa nak mengemaskini blog saya ini bagi menceritakan kisah2 kehidupan saya sebagai catatan peribadi.Nak tak nak, saya akan cuba mencelah masa2 sibuk saya dan cuba mencoretkan beberapa kisah untuk kenang2an di hari tua nanti jika diizinkan oleh Allah.
Saya pergi menginap semalaman di Seri Ibai Permai Homestay bersama isteri dan anak sekadar melepaskan rasa penat bekerja dan menenangkan fikiran.Iyalah, hanya untuk bersantai,berehat dan bergembira secara 'budget vacation'.
Sempat juga kami menikmati enaknya masakan makanan laut di tempat tersohor Restoran Ikan Bakar Kuala Ibai yang terletak di bawah jejambat.Kemudian meluangkan masa menonton movie di LFS Cinema di PB Mall.Saya memang meminati filem2 aksi dan juga superhero, jadi saya memilih menonton filem Rambo The Last Blood.Manakala isteri pula menemani anak menonton filem BoboiBoy 2 The Movie.
Ini bukan di Restoran Ikan Bakar Kuala Ibai yang terletak di bawah jejambat, tetapi kami singgah sebentar berkelah (picnic) di tepian Pantai Penarik.
Sempat juga ambil gambar di hadapan Seri Ibai Permai Homestay walaupun agak panas pada masa itu.
Hanya sekadar suka2, kami tidak terlalu alpa dan lalai,hanyalah bertujuan berhibur dan selain itu sempatlah juga pergi berjalan2 dan membeli belah sedikit sebanyak di pasaraya2 di KT.
Selain itu kami membeli keropok lekor tahan kedap/kedap udara (vakum) di Dynar Keropok Lekor tersohor yang cawangan pertamanya di Bukit Tok Beng.Tapi entah bagaimana, google maps bawa kami ke cawangan baru ke-2 nya iaitu di Kampung Buluh Gading.Ok jugak, boleh kami tahu cawangannya yang lain pulak.
Kami juga mengabadikan gambar2 berlatarbelakangkan satu2nya Jambatan Angkat (drawbridge) yang pertama di bina di negeri Terengganu, Malaysia dan pertama seumpamanya di Asia.
Cantik juga pemandangan berlatarbelakangkan Drawbridge ini.Sepengetahuan saya lah,jika tidak salah, rekabentuk jambatan ini mengambil idea rekabentuk seperti Jambatan Angkat di luar negara iaitu di kota raya London,London Tower Bridge.
Inilah London Tower Bridge di kotaraya London,United Kingdom yang menjadi aspirasi arkitek membina KT Drawbridge pula di KT, Malaysia.
Baca di sini : Drawbridge KT
Itulah saja kisahnya.Jangan jemu berusaha,jangan jemu berjalan, jangan jemu mengutip ilmu2 baru dan yang penting jangan jemu beramal dengan amalan baik.
Melanconglah bersama keluarga.
Santai kita,cara kita.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan