Iklan Nuffnang

Khamis, 21 Mei 2015

Pantun Satira GST

alriana5604@gmail.com - AL The One

…..Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang budiman sekalian;

Kini muncul kembali idea saya sambil termenung dan terkelip2 mata sebelum nak tidur malam, entah mengapa terlintas idea Pantun Satira GST ini ke dalam fikiran saya.

Maklumlah, mungkin kerana agak terbeban rasanya dengan peningkatan kos hidup dengan angkara GST ini, maka secara otomatik, idea Pantun Satira GST ini saya coretkan di posting blog saya kali ini.


Ini adalah Hak Cipta saya dan bukan salinan, peniruan atau pun plagiat dari mana2 sumber.

Pantun Satira GST ini ‘real’, mengusik hati, memperli sebilangan pihak dan juga menasihati orang ramai/rakyat.Ia tidak berniat jahat, hanya sekadar hiburan bagi mengukir senyuman di bibir2 kita yang biasanya berwajah kelat dan pahit akibat pelaksanaan GST yang menekan kos hidup kita sekarang.

Marilah kita hayati Pantun Satira GST ini bersama2 :

1.
Ahmad Maslan nak tulis esei
Sayang sekali dia tak reti
Makan roti canai atau pun tosei
Kini kita dikenakan GST


2.
Shabery Cheek orangnya segak
Hasan Malek mudah terlupa
Laksana GST umpama penyangak
Mengutip cukai tak kira siapa

3.
Najib ke US bertemu Obama
Rosmah merengek ingin mengikut
Biar kekalkan SST yang lama
Laksana GST jadi kelam kabut

4.
Menteri cerdik dan menteri bodoh
Buat ‘statement’ macam kartun
Isu GST rakyat diperbodoh
Kononnya harga barang akan turun

5.
Lantang sungguh teguran Siti
Che Ta juga turut membela
Udang Kara bebas GST
Sardin dan Maggie dikenakan pula


6.
Rosmah ke pasar membawa raga
Memakai tudung ala Taliban
Peniaga terpaksa naikkan harga
Pembeli merana menanggung beban

7.
Zahid Hamidi bersuara lantang
Memarahi wartawan di depan lobi
GST dilaksana, membayar hutang
Hutang menggunung oleh 1MDB

8.
Khairy Jamaluddin cuba berbakti
Membela PM dari seteru
Rakyat terbeban membayar GST
PM enak membeli jet baru


9.
Dr Mahathir sungguh marah
Najib enggan lepaskan kuasa
Hutang IMDB semakin parah
Giliran Tabung Haji menjadi mangsa


10.
Hasan Malek menteri baru
Sepupu Rosmah hubungan karib
Mentor dan Mentee menjadi seteru
Dr Mahathir nak jatuhkan Najib


11.
Hishamuddin Hussein orangnya hebat
Kes MH370 tak boleh dilupa
BR1M diberi berapalah sangat
GST dikenakan tak kira siapa

12.
Beras , tepung, susu dan gula
Makanan keperluan rakyat kebanyakan
Peniaga dibolehkan menuntut semula
Jumlah GST dikenakan kerajaan

13.
Negara Nepal ditimpa bencana
Rakyat mereka hidup derita
Pembeli pula nak tuntut di mana
Jumlah GST yang dibayar kita

14.
Negara kita yang kaya raya
Tetapi rakyat hidup terhimpit
Bagaimana negara hendak berjaya
Hutang negara membukit-bukit


15.
Pandikar Amin orangnya berani
Namun tak jadi letak jawatan
GST dikutip di sana sini
Rakyat mengeluh kurang pendapatan

16.
GST menaikkan harga barangan
Dikenakan 6% ke atas kita
Najib mendakwa banyak sokongan
Mahathir berkata ianya dusta


17.
GST buat rakyat merana
Pemimpin lari makan angin
Cukai yang baik boleh dilaksana
Tidak menindas golongan miskin

18.
Masih wujud pengundi hantu
Keluar mengundi setelah mati
Golongan miskin mesti dibantu
Bebaskan mereka dari GST


19.
Tiong Lai suka memakan limau
Makan bersama adik sepupu
GST umpama pukat harimau
Semua tangkapan dia sapu

20.
Cantik sungguh si ikan laga
Jadi tarikan bebudak kota
Hakikat GST menaikkan harga
Ahmad Maslan masih berdusta

21.
Pemimpin hidup berbangga-bangga
Hidup mewah seperti Raja
Harga naik disalahkan peniaga
Salah kerajaan didiamkan saja

22.
Palanivel belajar ‘Kalari Payat’
Hidup lasak dan mengembara
Kembalikan negara ke tangan rakyat
Memilih pemimpin membela negara

23.
Tiada GST untuk Udang Kara
Orang kaya selalu makan
Jika Najib enggan bersara
PRU 14 nanti rakyat tumbangkan


24.
Najib bertegas tak mahu berhenti
Pahit dan manis sanggup ditelan
Pakaian sekolah dikenakan GST
Adakah ini satu keadilan?

25.
Ismail Sabri asal di Bera
Bapa mertua Jovian Mandagi
Ustaz Kazim Si penglipurlara
Sokong GST tak berbelah bahagi

26.
Rafizi Ramli pandai mengira
Semua isu dia nak tala
Jika PR memimpin negara
GST akan disifarkan semula


27.
Azalina Othman masih membujang
Menjadi ahli Parlimen Pengerang
GST tak sesuai dilaksanakan sekarang
Ketika negara berbilion hutang

28.
Tegasnya sungguh Jamil Khir
Memberi komen isu zina
Walaupun bijak akal Mahathir
Dia pun menentang GST dilaksana


29.
Jika berkunjung ke Bukit Bintang
Jangan lah pulang lewat malam
Shahidan Kassim orangnya lantang
Isu GST mengapa terdiam?

30.
Adik KPN dilayan mesra
Sertai demo memprotes salib
Anwar Ibrahim hidup di penjara
Mahathir pengganti menyerang Najib


31.
Subramaniam Menteri Sumber Manusia
Disayangi teman dan juga rakan
Apa lah nasib rakyat Malaysia
Hutang bertambah hidup tertekan

32.
Rosmah pakai cincin berlian
Katanya dipinjam diberi tajaan
Sabarlah dulu rakyat sekalian
PRU 14 kita ubah kerajaan

33.
Anifah Aman pergi Pattaya
Mesyuarat penting bersama Ananda
Jangan kita mudah diperdaya
Tetapkan hati ubahlah minda

34.
Bijak sungguh Menteri Kewangan
Menarik pelabur mencari tajaan
Jadikan GST pencetus perjuangan
Untuk rakyat menukar kerajaan

35.
Nazri Aziz memancing ikan
Terkejut beruk terjumpa mayat
Sebenarnya GST tiada kebaikan
Banyak buruknya untuk rakyat


OK, ini lah sahaja sebanyak 35 Rangkap Pantun yang terlintas di fikiran saya bagi mencipta Pantun Satira GST.
Semoga anda semua terhibur hendaknya.

Jangan tersengih sendiri sudah lah ya…

Yang mana2 ada rasa nak marah tu, ‘ignore’ jer lah, ini cuma hasil karya lelucon dan ‘satirisme’ sahaja.

Kalau anda Penyokong GST dan anda terasa dan terguris,'sentap' dan sebagainya, saya mohon maaf.

Tapi percayalah, isi pantun ini mencerminkan keresahan, kepayahan dan juga tekanan hidup oleh rakyat kebanyakan memang tidak dapat dinafikan.

Saya akhiri posting blog saya kali ini, juga dengan serangkap Pantun, ini :

‘’Cantik sungguh Pantai Miami
Deruan ombak beralun-alun
Cubalah kita gali dan fahami
Maksud tersirat di sebalik pantun’’

….Sekian buat ketika ini….

Bye.

Tiada ulasan: