Iklan Nuffnang

Kisah Harum Manis & Kunjungan Pertama Kali ke Perlis

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai Guys & Girls,

Jom jalan2 ‘Short Journey’ ke Perlis!

Ini kisahnya.

Kisah Harum Manis & Kunjungan Pertama Kali ke Perlis.

...Ya, pada 16 Mei 2015 Hari Sabtu, ianya adalah kunjungan pertama kali dan juga dikira ’short journey’ ke Perlis bagi saya sekeluarga.

Tujuannya?


Memburu lokasi Mangga Harum Manis Original.

Mangga Harum Manis yang amat2 tersohor di Perlis tu lah.


Saya pergi membeli Mangga Harum Manis sebanyak 3 kg di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Jabatan Pertanian Negeri Perlis.Di sini juga ada ladang untuk tanaman Mangga Harum Manis.Bahkan disediakan 'tour' menaiki 'tractor-tram' untuk melawat ladang Harum Manis dengan dikenakan tiket RM3 seorang.



Saya juga berkesempatan merasai kelazatan minuman jus Mangga Harum Manis dan juga juadah Pulut Mangga Harum Manis yang lazat.

Saya menghabiskan kira2 RM100 lebih untuk membeli 3 kg Mangga Harum Manis pada harga RM26-RM30 se kilogram, Pulut Mangga pada harga RM6/set, dan Jus Mangga Harum Manis sebotol ialah RM18.



Puas hati dapat apa yang diimpikan!

Memang manis dan harum bau buah mangga ini, bertepatan lah sangat dengan namanya yang diberi Harum Manis.

Jadinya, taklah banyak tempat yang saya dapat kunjungi di Perlis kerana sambil2 urusan kerja dan hal peribadi mustahak berkenaan adik saya yang berpindah kerja ke Perlis, makanya saya hanya berkesempatan ‘terjah’ ke lokasi Harum Manis sahaja.



Lagipun, tempoh masa saya di Perlis hanya 1 hari setengah lebih kurang, mana sempat, bro, nak ronda2 banyak tempat.

Yang saya sempat merasai cuma bersolat di Masjid Negeri Perlis, berdepan dengan Istana Arau, kemudian terus ke Sg. Batu Pahat (nama tempat di Perlis), untuk pergi ‘riki2’ cari lokasi Harum Manis yang tersohor itu.


Nak ke lokasi2 tarikan di Perlis, kena lah pula ‘repeat’ dan ‘explore’ segala macam tarikan pelancongan di sana, suatu hari nanti.

Perlis, I will come again to explore you, ok.

Tunggu....

1 ulasan:

Ra1m1 berkata...

Jemput datang hari selasa, boleh solat masjid Alwi dan dengar kuliah Dr MAZA.