Iklan Nuffnang

Isnin, 16 Mac 2015

....Saya Menjadi Perisik?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, Bros’ & Sis…

…..’’Err.., Mak Cik dan Pak Cik, sebenarnya kami datang ni, membawa hajat.Iaitu hajat untuk berkenal2an dengan keluarga Mak Cik dan Pak Cik dan sekaligus untuk merisik anakanda atau pun puteri Mak Cik dan Pak Cik berdua iaitu yang bernama…..’’

Amacam? Ok Tak?

Hahaha…


Inilah bait2 atau butir2 kata daripada saya sebagai Jurucakap Rombongan Merisik Gadis untuk pertunangan adik ipar saya dengan seorang gadis di Keramat, Kuala Lumpur.

Rasa macam tak percaya.

Memang saya sendiri tak percaya, dalam usia yang boleh dikatakan belum senior/veteran, saya diminta oleh ibu bapa mertua untuk mengetuai dan menjadi jurucakap dalam rombongan merisik anak gadis orang.


Pengalaman pertama kali ini mendebarkan, menarik dan bercampur rasa malu2 jugak lah.Namun saya tebalkan saja muka dan bercakap dengan spontan.

Maklumlah, biasanyalah, jika urusan2 begini, tentulah diserahkan kepada mereka yang arif, yang ada pengalaman, pantai berpantun ker, tak pun yang pandai menggunakan bahasa berbunga2.Kebiasaannya mereka terdiri daripada orang2 kampung yang berusia senior, mungkin dalam umur 50-an ke atas.


Ini tidak, saya yang masih belum berusia 40-an, berperwatakan ‘stylo’dan ‘casual’, berpakaian T Shirt jenama JEEP pada ketika merisik itu, berseluar panjang, tentunya sukar bagi saya berpakaian ala2 baju Batik atau pun berkopiah ker, atau bersongkok.Bukankah ini ciri2 mereka yang biasanya mengetuai dan menjadi Jurucakap Rombongan Merisik atau Bertunang?

Namun, saya mengambilnya sebagai tanggungjawab setelah Bapa Mertua dan Ibu Mertua saya meminta saya menjadi wakil Rombongan Merisik ini.


Saya berpendapat, mungkin mereka sukar untuk berbahasa ‘luar’ / standard Melayu kerana keluarga mertua saya adalah asal mereka dari negeri Kelantan yang dialek bahasa pertuturannya agak pekat.Selain itu, mungkin juga dari segi kelancaran bercakap dan berbahasa juga mempengaruhi untuk mereka menugaskan saya sebagai ‘Perisik’.

Fuyyooo…Perisik? Macam kerja2 menjaga keselamatan negara pulak dah.Jadi agen Perisik ker? Macam James Bond 007?

Hahaha…


Namun, inilah pengalaman mahal dan berharga buat saya.Paling tidak saya sudah tahu dan memahami bagaimana adat istiadat sedikit sebanyak berkenaan dengan cara2 dan kerja2 merisik anak gadis orang.

Alhamdulillah, ‘risikan’ pihak kami berjaya disambut baik dan diterima.


Inshaa Allah bulan September 2015 akan diadakan Rombongan Peminangan/Bertunang pula.Kemudian mungkin pada 2016 akan dilangsungkan majlis Walimatul Urusnya (yakni adik ipar saya akan berkahwin/bernikah lah).

Alhamdulillah, saya telah pun bergelar ‘Perisik’.

….Hmmm…apa2 jer lah.

Tiada ulasan: