Iklan Nuffnang

Selasa, 10 Februari 2015

Sedetik Lebih di La Hot Spring...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum Bros' & Sis,

Sedetik Lebih di La Hot Spring ?...

Ya, begitu lah permulaannya, iaitu mukaddimah bagi posting blog saya pada kali ini.
Sekadar meminjam tajuk lagu tersohor nyanyian oleh Anuar Zain, Sedetik Lebih.
Sebenarnya nak letak Sejenak, tapi rasa kurang ‘klise’ atau ‘stylo’ lah pulak,kan?

Rujuk di sini : Lirik lagu Sedetik Lebih

Mana bunyinya lebih menarik dan senang dicari/di'crawl' oleh Google? tentulah yang tajuk nya ada bunyi2 nama/sesuatu yang telah terkenal,kan?Inilah namanya teknik menulis dan membuat posting di blog supaya mudah dicari oleh 'netizen' (pengguna internet) di Google.

Oleh itu kepada blogger2 sekalian, buatlah posting blog anda dengan tajuk yang gempaq2 dan tersohor.

Ok, move on to the main topic.Let we talk about La Hot Spring.


Oleh kerana sememangnya saya berkunjung ke lokasi La Hot Spring ini sekejap sahaja, makanya ia bolehlah dikira 'Sedetik Lebih'.Atau pun maksudnya kunjungan yang cuma seketika, sekejap, sejenak atau pun hanya 1-2 jam begitu.

Saya memang berhasrat untuk ke La Hot Spring kerana saya ingin menghilangkan rasa lenguh2 sendi kaki dan keletihan akibat berjalan.Kata orang khasiat merendamkan kaki di kolam air panas atau telaga air hangat boleh menghilangkan rasa lenguh2 kaki dan sendi.Atau pun dalam bahasa perubatannya ialah 'rheumatisme'.

Klik pada gambar untuk membaca asal usul La Hot Spring ini.


Sebelum ini, saya pernah pergi ke 2 lokasi berbeza yang mempunyai Kolam Air Panas atau Air Hangat semulajadi yang tercipta dari mata air yang airnya mengalir keluar dengan suhu yang panas/hangat.

Pertama yang saya pernah pergi ialah di Lost World of Tambun Hot Spring di Perak.Keduanya pula ialah di Air Hangat Village di Langkawi, Kedah.



Klik di sini : Langkawi Setelah 8 Tahun Tidak Berkunjung

Bagi destinasi La Hot Spring ini pula ianya terletak di Kuala Besut, Terengganu.Saya mengambil kesempatan berkunjung ke sini ketika bercuti pulang ke kampung, di Kelantan.Oleh kerana jarak yang tidaklah terlalu jauh dari kampung ke Kuala Besut, jadi saya terfikir untuk mengunjungi La Hot Spring ini.


Okay, pernah dengar pepatah Inggeris,iaitu 'A picture is worth a thousand words'?

Jadi, saya biar kan beberapa keping gambar ini menerangkan dan memberikan informasi mana2 yang patut, berkenaan di mana lokasi La Hot Spring ini, apa yang ada di situ, bagaimana kah suasananya persekitarannya (surrounding) dan lain2nya.Sudah tentu anda pun nak tahu,kan?





Lokasi ini juga telah sedia maklum dan dikenali ramai oleh pelancong dan orangramai.Di Kuala Besut juga ada sebuah jeti, iaitu Jeti Kuala Besut yang merupakan jeti untuk ke Pulau Perhentian.Jadinya, secara kebetulan mana2 pelancong yang akan ke Pulau Perhentian, kebiasaannya akan mengunjungi La Hot Spring, sama ada sebelum atau pun selepas mereka pergi ke Pulau Perhentian.Namun ada juga yang memang sengaja datang ke La Hot Spring semata2 untuk tujuan rekreasi dan rawatan menggunakan air panas/air hangat di sini.Contohnya seperti saya lah.Sesaja nak terjah ke sini sambil2 nak merawat kaki lenguh.



Air di kolam takungan di La Hot Spring ini memang panas,bahkan boleh mencecah 100 darjah celcius.Pertama kali nak merendam kaki rasa sangat panas suhu airnya.Tapi setelah mencubanya beberapa kali, barulah kepanasannya boleh ditahan.Namun ada juga kawasan airnya tidaklah bersuhu panas sangat dan tidaklah sampai 100 darjah celcius.

Persekitarannya bersih,airnya jernih,bahkan tidak dibenarkan menggunakan alas kaki seperti selipar atau kasut ketika di kawasan kolam air panas dan juga ketika merendam kaki atau merendam tubuh.Juga tidak dibenarkan menggunakan sabun atau syampu.Telur ayam atau apa2 telur haiwan juga jangan nak mengada2 rebus dalam air panas di sini,ok? Tak pasal2 kena denda (compound) oleh Majlis Perbandaran Besut.



Chalet2 penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam juga ada disediakan di sini.Ada juga chalet2 yang baru siap dibina dan cantik ketika saya berkunjung ke sini.
Malahan, bangunan 2 tingkat seperti penginapan asrama juga ada dibina.Banyak penambahan dan peningkatan infrastruktur yang di buat.Kolam air panas khusus untuk kawasan wanita sahaja pun disediakan siap berbumbung dan dihadang oleh pagar bertutup.Lebih privasi untuk kaum Hawa merendam tubuh mereka.




Memang cantik dan indah lagi kawasan persekitarannya.Masih 'virgin'.Ada juga anak sungai cetek yang mengalir dan jernih airnya.Memang seronok dapat berehat-rehat di sini.Selepas berendam di air panas, boleh melayani anak-anak bermain air di anak sungai ini.Sungguh tenteram dan mendamaikan jiwa.


Begitu lah kisahnya Sedetik Lebih di La Hot Spring.

Jadi, apa tunggu lagi, bro & sis.

Bila ada kelapangan, pergilah kunjungi La Hot Spring!

Santai2 di sana dan merendam tubuh dalam air panas semulajadi.Baru hilang stress dan kurang kan tension kita yang asyik menghadap tugasan harian di pejabat.Hilangkan lenguh2 tubuh badan dan sendi2 tu...

Ingat - Santai kita, cara kita.

Bye-bye.

Tiada ulasan: