Iklan Nuffnang

Ahad, 26 Oktober 2014

Jom Kunjungi Mini Waterpark Kubang Gajah, Temerloh...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hai pals,

Ini kisah santai saya.

Kesempatan bercuti pada minggu ini saya penuhi aktiviti dengan bersiar-siar dan juga melayani anak saya, Zarif comel.
Seperti biasa, ‘Bapa Penyayang’ seperti saya ini suka berjalan-jalan atau pun ‘berderak’ (kata dialek/loghat Kelantan).Eh, ye ke saya ‘Bapa Penyayang’ ? puji diri sendiri nampak? ….. Ermmm, boleh lah digelarkan begitu.



Saya bersama anak dan isteri telah mengunjungi Kubang Gajah Mini Waterpark di Temerloh, Pahang yang baru sahaja dibuka pada bulan Ogos 2014 yang lalu.


Kini, jika pulang ke kampung halaman saya di Pahang, tidak lagi terasa kosong dan bosan seperti suatu ketika dahulu.Banyak pembangunan, kemajuan dan tarikan terbaru telah dibina dan diwujudkan di sekitar Bandar Mentakab dan Bandar Temerloh Pahang.

Jika saya pulang ke kampung, teringin menonton wayang bersama keluarga, boleh pergi ke Pusat Membeli Belah Star Mall di Mentakab yang mempunyai Panggung Wayang GSC Lite di dalamnya.


Jika mahu membawa keluarga berhibur di Taman Tema Air, kini sudah wujud Kubang Gajah Mini Waterpark di Temerloh.Mahu melihat tarikan hidupan liar seperti gajah, boleh mengunjungi Pusat Perlindungan Gajah, Kuala Gandah.Mahu melihat spesis burung-burung, ular sawa Albino, Rusa, Arnab dan lain-lain boleh mengunjungi Deer Land.




Pendek kata, Ok lah jika terasa bosan, lama sudah tidak berkunjung, bolehlah berkunjung semula ke lokasi-lokasi tarikan yang saya nyatakan tadi.

Ok, kita fokus kepada Kubang Gajah Mini Waterpark di Temerloh pula.


Lokasi Taman Tema Air Mini ini tidaklah se gah (belum lagi terkenal dan gah) seperti Taman Tema Air di Sunway Lagoon atau pun di Lost World of Tambun.Namun kawasannya boleh dikatakan luas juga, tidaklah kecil sangat.Bahkan ada pelbagai kawasan/peringkat kedalaman air mengikut umur.Juga terdapat tarikan biasa luncur air dewasa dan kanak-kanak.Ada juga gerai-gerai jualan di dalam Taman Tema Air ini.Selain itu, adanya kemudahan sewaan pelampung, sewaan almari simpanan barang (locker) dan kemudahan tandas/bilik air/bilik mandi, surau,bilik persalinan (huts) dan juga ‘paddle boat’ kayuhan tangan untuk dinaiki oleh kanak-kanak.




Saya sempat berkenalan dan bersembang dengan seorang anak lelaki pemilik Taman Tema ini iaitu Ayin.Beliau memberitahu ayahnya adalah pemilik Taman Tema tersebut.Nama ayahnya ialah Mohd Rafi dari Felda Jengka 14, Pahang.Ayah beliau juga merupakan usahawan yang memiliki kilang dan kedai ‘hardware’.

Bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Tema Air ini ialah RM10 untuk seorang dewasa.Manakala bagi bayaran kemasukan seorang kanak-kanak 3 tahun ke atas ialah RM8.Pada tanggapan saya, bayaran masuk ini amat berbaloi dan kita berasa puas bermain air melayani kanak-kanak di sini.



Lokasinya mudah, anda cuma perlu mencari lokasi Mini Stadium Temerloh dan ianya bersebelahan antara satu sama lain.

Seronok betul bermain gelongsor air, bermandi manda dan berendam di sini bersama keluarga dan anak-anak !

Silalah datang ke sini.

Jangan lupa pesanan saya, jangan jadikan kewangan dan masa adalah halangan untuk kita bergembira.Luangkanlah ‘masa-masa berkualiti’ kita bersama keluarga.

Ingat, kita tidak perlu menunggu untuk menjadi kaya raya dan memiliki jutaan Ringgit bagi menggembirakan keluarga.

Apa yang penting ialah bagaimana cara kita bersantai dan bergembira bersama keluarga.

Saya suka amalkan/terapkan 'tagline' ini : Santai kita, cara kita.

6 ulasan:

kilang fiber berkata...

terima kasih atas perkongsian story anda.

alriana5604 berkata...

Ya, sama-sama.Harapan saya blog ini memberikan faedah dan panduan sedikit sebanyak kpd semua pembaca atau pengunjung blog saya.
Terima kasih juga kpd anda kerana sudi membaca isi kandungan blog saya dan cerita saya.

haziroh hashim berkata...

Taman tema ni bukak setiap hari ka?
Rasa mcm nak pi....

alriana5604 berkata...

Haziroh, saya sudah lupa dan tak pasti, hari saya pergi tu, ada anak si pemilik taman tema air ini beritahu, kalau tak silap saya setiap hari Rabu atau Jumaat (salah satu), mereka akan tutup untuk bersihkan taman dan buang air yang lama, masukkan bekalan air yang baru, saya sudah lupa.Tapi seminggu, 1 hari akan ditutup.

haziroh hashim berkata...

Kiranya jgn pi ari jumaat dan rabu la utk lebih selamat...
Thanks ye

kilang fiber berkata...

Hari rabu tutup kecuali time cuti sekolah dan cuti umum..