Iklan Nuffnang

Selasa, 23 September 2014

Siksanya Bekerja Tanpa Kelulusan Tinggi...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Buat pengunjung blog saya dan juga rakan2 blogger;

Hari ini tiba-tiba saya tercetus idea nak bercerita.

Cerita tentang apa, ya?

Ini cerita tentang permasalahan dan kisah betapa siksa dan azabnya bekerja tanpa mempunyai kelulusan tinggi dan diiktiraf.

Ceritanya macam rumit dan agak complex, kan?

Tak, sebenarnya, ceritanya ringkas jer…

Kira-kira semasa cuti menunggu keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dulu-dulu,lama dah ni nak cerita… dah berpuluh tahun pun kisahnya.

Saya pernah kononnya nak mencari wang sendiri dan bekerja.Saya mengikut abang saya yang menyewa di Shah Alam dan dapatlah pekerjaan secara ‘ikut pintu belakang’.Sebabnya, umur pada ketika Tingkatan 3 iaitu 15 tahun, memang salah jika bekerja berdasarkan Undang-Undang dan Akta Buruh Negara.Jadi kena lah ikut pintu belakang yakni bekerja tanpa ikut saluran kemasukan secara rasmi/betul.

Sedihnya… saya terpaksa bekerja sebagai pengutip sampah.Tapi bukanlah mengutip sampah macam di syarikat Alam Flora atau pun mengutip sisa buangan macam syarikat IWK tu.

Saya bekerja mengutip sampah-sampah kecil industri dan juga kotak-kotak di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam.
Terpaksa lah nak buat macam mana, pada masa tersebut, itu saja kerja yang ada peluang dan ruang buat saya.


Ceritanya berkenaan pekerjaan ini memang azab dan menyiksakan.Mula-mula bekerja perlu pakai ‘glove’ khas dan kerja perlu memungut sisa-sisa sampah dalam tong sampah dan juga asingkan kotak-kotak.Sisa-sisa seperti pembungkus alat ganti kenderaan dengan kesan minyak grease, tali-tali, habuk-habuk, sampah makanan ringan, tin minuman dan juga pecahan-pecahan reject bahagian komponen kenderaan perlulah dikutip.

Sehinggakan saya yang bertubuh kecil ketika itu, rasa keletihan yang amat sangat.Kemudian perlu pula menarik troli yang besar dan agak berat, tambahan pula perlu disusunkan kotak-kotak di atas troli tersebut beserta longgokan sampah-sampah yang diisikan dalam kotak.



Hinggakan saya kerapkali berhenti sekejap menarik troli dan mengambil peluang meminum air di tangki water cooler di kilang tersebut dengan banyaknya.Fuhh….letih, berpeluh sampai ke cuping telinga dan amat azab dunia pekerjaan ketika itu yang saya rasakan buat pertama kali dalam hidup.

Saya kerap juga mengambil peluang kerana keletihan sangat dan pergi ke surau berdekatan.Saya mengeluh kepada diri sendiri dan bersolat serta berdoa kepada Allah dan mengakui betapa azabnya bagi seseorang yang tiada kelulusan tinggi melakukan sesuatu pekerjaan.


Akhirnya, akibat tidak tahan lagi melakukan pekerjaan tersebut, saya akhirnya berhenti belum pun sampai seminggu bekerja.Namun, gaji saya tetap dibayar selepas dirundingkan oleh abang saya dengan majikan kilang tersebut.

Jadi, moral of the story ialah, kita haruslah bersyukur dengan pekerjaan kita sekarang.Kita mempunyai kelulusan sederhana hingga ke peringkat kelulusan tinggi tentunya tidak pernah bekerja teruk sebagai pemungut sampah seperti saya suatu ketika dulu.

Kini, juga berlokasi di Shah Alam sepertimana saya pernah bekerja di kilang dulu-dulu sewaktu di Tingkatan 3, namun sekarang saya telah pun bekerja dengan sebuah syarikat GLC terkenal dan pekerjaan/tugasan saya menggembirakan saya.Apa yang pentingnya ialah pekerjaan dan tugasan saya kini tidak lah memenatkan dan tidak pun memercikkan peluh-peluh kepenatan hingga ke cuping telinga.


Maka saya pelajari melalui pengalaman saya sendiri, betapa saya perlu dan wajib mensyukuri nikmat Allah ini.


Cuba kita bayangkan dalam zaman ini, tahun ini, alaf ini, sememangnya masih terdapat orang di luar sana masih bekerja teruk dan kepenatan yang amat sangat seperti mana saya pernah bekerja dulu-dulu.

Maka, jangan kita memandang hina kepada mereka dan hargailah mereka.Berikanlah hak-hak mereka untuk berehat, berhenti sebentar dari kepenatan bekerja, berhenti untuk makan dan minum, bersolat dan juga berikan bentuk kebajikan yang lain kepada mereka.
Memang azab sungguh di dunia dan zaman serba mencabar ini jika kita tidak mempunyai kelulusan untuk mendapatkan pekerjaan yang selesa.

Kepada yang tidak berpeluang belajar tinggi contohnya kepada individu yang hanya berkelulusan sekolah rendah sehinggan SPM, ikhtiarkanlah untuk berniaga kecil-kecilan dan janganlah makan gaji sahaja.


Jika anda masih mahu makan gaji, tentunya pekerjaan anda dengan kelulusan yang rendah itu amat menyiksakan anda ! Janganlah menyiksa diri sendiri.

Betapa siksa dan getirnya bekerja makan gaji tanpa mempunyai kelulusan yang tinggi….

Tiada ulasan: