Iklan Nuffnang

Isnin, 1 September 2014

Jom Berkunjung ke Muzium Coklat...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & salam online daripada saya;

Rakan2 Blogger & Pengunjung blog saya yang dihargai sekalian…

Anda suka makan coklat?
Anda suka coklat perisa apa?
Anda suka coklat jenama apa?

………Kalau anda ada jawapan sendiri mengenainya, bermakna anda perlulah berkunjung ke Muzium Coklat di Kota Damansara.


Mengapa ke sana ?

Sebab bagi mereka yang berada dan tinggal di sekitar Lembah Klang, elok benarlah kiranya berkunjung ke Muzium Coklat ini.Selain dari mendapatkan ilmu berkenaan asal-usul coklat dan juga cerita mengenainya, anda juga boleh membeli belah produk-produk coklat pelbagai jenis, pelbagai perisa dan pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan.

Iya lah kan, takkanlah nak ke Langkawi atau pun ke mana-mana Zon Bebas Cukai semata-mata nak membeli coklat pada harga yang murah, kan?

Di antara jenama coklat yang terdapat di sini ialah seperti Farrel’s, M&M’s, Fidani, Pepero,Hersyey’s,Toblerone,Danson,Mars, Ferero Rocher,Cadbury, KitKat, Daim,Millton,Kinder Bueno dan lain-lain lagi.Banyak pilihannya.




Nak kata harga coklat yang sangat murah dijual di Muzium Coklat ini saya tak mahu lah.Mungkin bagi berlainan orang tentulah berlainan pula takrifan harga murah bagi mereka, kan?


Pengalaman saya sendiri membeli pelbagai jenis coklat di sini lebih kurang berjumlah RM100.00, banyak jugalah kuantiti coklatnya yang dapat dibeli.Banyak pilihan dan banyak jenamanya.Ada yang diimport dan ada juga buatan tempatan.

Idea Kedai Coklat dalam Muzium Coklat ini bagi saya menarik juga lah.Sambil melawat dan meninjau-ninjau sejarah mengenai coklat, kemudian di hujung bahagian muzium ini ditempatkan kedai coklat beraneka jenis dan jenama.



Walaupun Muzium Coklat ini tidaklah besar tetapi seronok juga kalau anda dapat berkunjung ke sini.

Jadi bagi anda yang belum berkunjung ke Muzium Coklat, silalah ke sini, ya !

Klik di sini untuk maklumat lebih terperinci : Muzium Coklat

Tiada ulasan: