Iklan Nuffnang

SME Congress 2014 di Pulai Springs Resort

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai semua,
Rakan2 bloggers & juga pengunjung blog yang saya hargai sekalian,

Saya suka untuk kongsikan cerita saya menyertai pemukiman tahunan 2014 yang dianjurkan oleh majikan saya yang diadakan pada 23-25 Januari 2014 yang lalu.

Nama program ini ialah SME Congress 2014 yang diadakan selama 3 Hari 2 Malam di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.Ia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh majikan saya bagi menghimpunkan anggota-anggota unit SME seluruh Malaysia.Ianya juga lebih kepada program menyambut dan mendengar amanat/mandat Pengurusan Tertinggi SME bagi mencapai objektif jualan tahunan yang disasarkan.


Di antara aktiviti-aktiviti pada tahun ini yang amat menarik bagi saya ialah :

1.Amazing / Explorace Race
Iaitu aktiviti mula-mula diadakan selepas pendaftaran semasa tiba ‘check-in’ di sana.Peserta dalam setiap kumpulan akan berbincang dan diberikan masa untuk selesaikan sesuatu arahan/tugasan oleh ‘marshal/koordinator’ setiap hentian (pitstop).Saya menyertai aktiviti ini dan kumpulan saya diisytihar sebagai Juara bagi Amazing / Explorace Race ini.Gembiranya !

Selain itu pada hari yang sama juga ada pertandingan Master Chef Edisi SME.Tapi sayangnya, Kumpulan saya tidak memenangi pertandingan ini.Saya tidak menyertai pertandingan Master Chef ini kerana ramai staf wanita yang dipilih untuk menyertainya.

2.Sessi Pembentangan (Presentation)
Sessi ini dilaksanakan oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi SME seperti EVP, VP dan GM.Mereka membentangkan halatuju korporat dan juga apa yang disasarkan pada tahun ini serta pencapaian yang telah diperolehi sebelum ini.Ironinya, walaupun mereka berjawatan tinggi, ternyata mereka semua begitu ‘humble’, santai dan juga amat mesra dengan golongan bawahan (grassroot).Semua peserta tidak merasa bosan dan mendengar pembentangan dengan bersemangat.Ya lah kan, dalam ‘sales team’, Bos-Bos Besar dan anak-anak buah kena ‘ngam’ dan mesti ‘enjoy’ dalam kerjaya, tidak boleh ‘stress atau ‘pressures’, kalau tidak macam mana mahu ‘generate’ hasil jualan yang tinggi.

3.Sessi Motivasi Bersama Dr. Luv
Dr. Luv ? siapa dia ? Ok, bagi yang belum tahu, beliau ialah seorang Penceramah Motivasi lulusan Philospher Doctor (PHD) khusus dalam bidang ‘CINTA’.Nama sebenar beliau ialah Azahari Osman (Dr).Beliau pernah menjadi penceramah motivasi bagi Siri Realiti TV Akademi Fantasia Musim ke-3 dan Musim ke-5.Beliau banyak menerapkan konsep berkasih sayang dan cinta dalam bekerja atau pun melakukan apa sahaja tugasan.Jangan salah faham, sayang dan cinta di sini merujuk kepada sikap kita dalam bekeja.Maknanya, apa pun yang kita lakukan, kita kenalah merasa sayang dan cinta kepada apa yang kita lakukan, barulah hasilnya bagus.Sebagai kiasan, jika kita merasa cinta dan sayang kepada pekerjaan/tugasan kita, tentulah kita melaksanakan kerja kita dengan gigih.



4.Sukaneka
- Ini memang sungguh menggembirakan sekali.Ada pertandingan tarik tali, permainan Galah Panjang, Bola Tampar Belon Air menggunakan Tuala dan Tuju Guli.Kumpulan saya mendapat tempat sebagai Johan untuk permainan Galah Panjang dan Naib Johan untuk pertandingan tarik tali.Syukur Alhamdulillah, banyak dapat hamper….

5.Malam (Prom)/Gala+Dinner
Tahun ini ia bertemakan ‘Rocking ICT’.Senang cakap, asal ada imej Rock kira ok lah.
Malam Dinner ini dimeriahkan dengan persembahan oleh Papa Rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip.Memang mantap suara Ramli Sarip walaupun sudah masuk umur veteran.
Errmm… saya berpenampilan ringkas saja pada malam itu, dengan mengenakan T Shirt Jon Bon Jovi berwarna hitam dan jeans hitam, beserta bandana dan ‘Rayban’ hitam.Boleh la kan…asalkan ada ala-ala imej Rock sikit, sudah lah….



6.Amanat CEO
Biasalah, hari terakhir sebelum penghujung program,mesti ada amanat daripada Tan Sri CEO.Beliau memang bagus dan berpenampilan sederhana.Bayangkan seorang CEO yang berpendapatan hampir RM100 Ribu sebulan, tapi bila menuturkan kata-kata sungguh ‘humble’ dan sederhana orangnya.Beliau bersikap begitu mesra, sedikit ‘humorous’, pandai bercerita hingga membuatkan pendengar tidak merasa jemu.Beliau juga menyayangi dan memahami permasalahan staf di peringkat akar umbi (grassroot).
Konklusinya, syarikat kami akan target pada 2016 nanti akan menjadi peneraju utama Teknologi ICT (To be the leader of ICT Technology by year 2016).Panjang untuk diceritakan di sini, tapi inilah intipati utama mandat/amanat daripada Tan Sri CEO.


Jadi, habis lah Congress SME 2014 untuk tahun ini.Pulang dari Pulai Spring Resort, sempat juga saya dan rakan-rakan singgah membeli belah di Air Hitam.Sebelum itu singgah di Johor Premium Outlet (JPO), tapi ‘window shopping’ saja lah.Barang-barangnya amat mahal harganya bukan peringkat gaji kami untuk membeli belah di situ.

Habis lah sudah coretan pemukiman ini….nanti tahun depan pula lah cerita SME Congress.Inshaa Allah jika program pemukiman ini masih diteruskan oleh pihak Pengurusan, ianya bakal diadakan di Terengganu pula dengar-dengarnya.

Jadi, moral of the story nya, cintailah kerjaya anda dan libatkanlah diri dalam aktiviti kerjaya anda.Seronok kan lah diri sendiri dan bersyukurlah dengan kerjaya kita.
Dr Luv kata, …’Kita akan bahagia dan ceria sekiranya kita sayangi kerjaya kita, keluarga kita dan rakan-rakan sekeliling kita’…..

Kalau saya, saya suka ‘tagline’ Hard Rock CafĂ© ‘Love All, Serve All’.Inshaa Allah kita akan hidup bahagia dan ceria.


‘Love All, Serve All’ di sini dalam konteks pemahaman saya mungkin tidak sama dengan ‘absolute meaning by Hard Rock Cafe.Bagi saya ‘Love All, Serve All’ membawa maksud kita cuba menyayangi semua orang, jangan bermusuh, juga kita mestilah terapkan sikap suka membantu/berkhidmat/bekerja (serve) dengan ikhlas membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Habis sudah…

Sekian.

Thanks for read my narration.


Tiada ulasan: