Iklan Nuffnang

Rabu, 12 Februari 2014

Pantun Satira PRK DUN Kajang...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Rakan bloggers dan juga pengunjung blog yang sporting...

Mari kita tatapi dan hayati Pantun Ciptaan Saya berkenaan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang (N25) yang bakal diadakan pada 23 Mac 2014 nanti.

Anggap sajalah pantun ini hanya bertujuan untuk suka-suka dan sebagai penghibur hati yang runsing dek kerana kenaikan harga barang dan juga bahan api di Malaysia ini....hanya kangkung saja yang turun harga.Baru-baru ini saya beli kangkung seikat cuma RM1.00 !

Hihihi....


1.
Naik perahu menuju muara
Hendak memancing di Sungai Rajang
Kali ini pantun satira
Usik mengusik PRK Kajang




2.
Sungguh merdu irama dan lagu
Dinyanyi oleh Puteri Sejinjang
Rakan dan musuh merasa terganggu
Anwar ambil alih DUN Kajang



3.
Pergi mandi di air perigi
Periginya jauh di Paya Bungor
Anwar dikenali bijak strategi
Menghalau BN nak rampas Selangor


4.
Noh Omar merasa marah
Keretanya dihalang setandan nyior
BN resah tak tentu arah
Tipislah hasrat nak rampas Selangor


5.
Janganlah PAS hanya berwirid
Menanti rezeki berbilion-bilion
Selangor hebat di bawah Khalid
Rizab simpanan 2 billion




6.
Ibrahim Ali Presiden Perkasa
Pergi ceramah ke Bukit Besi
PKR usahlah berebut kuasa
Ingatlah PAS majoriti kerusi


7.
Hendak membeli si gula batu
Untuk berubat buat penawar
23 Mac 2014 titik penentu
Adakah Kajang milik Anwar ?


8.
Pergi ke kedai membeli baju
Baju dibeli di Bandar KB
Pemuda PAS tidak setuju
Jika Anwar menjadi MB


9.
Aduhai lucu Pengerusi SPR
Dakwat celup untuk pengundi
DAP bersikap membantu PKR
Membantu Anwar meraih undi




10.
Kalau pergi ke Tasik Banding
Jangan lupa ambil gambarnya
BN letak MCA bertanding
Melawan PKR Anwar calonnya



11.
Kalau ada pelihara beruk
Jangan lupa untuk dimandi
Janganlah ada calon menyibuk
Calon BEBAS pemecah undi


12.
BN gah dengan simbol 1
Ramai jejuak yang suka mengampu
Biarlah Kajang 1 lawan 1
Lihat MCA berapa undi yang mampu


13.
Tingkatan 5 ambil SPM
Tamat belajar jadi YB
Anwar kepingin nak jadi PM
Azmin kepingin nak jadi MB



14.
Memohon Unifi di Kedai TM
Pergi bersama anak Pak Dolah
Anwar tak dapat jadi PM
MB Selangor pun jadi lah…


15.
Kalau tuan pergi ke KB
Singgah sebentar di Bank Rakyat
Walau siapa pun jadi MB
Harapnya Selangor membantu rakyat


16.
Teringin sangat ke Tanjung Tokong
Apakah bekalan hendak dibawa
Walaupun siapa yang anda sokong
Sokonglah pemimpin yang berwibawa




17.
Harum sungguh si bunga mawar
Tidak seperti si bunga kertas
Kalau Najib lawan Anwar
Barulah buku bertemu ruas !


Terima kasih kerana membaca blog saya yang tidak seberapa ini dan juga diharapkan anda beroleh manafaat dan terhibur dengan posting/entri saya.

Tiada ulasan: