Iklan Nuffnang

Iron Man 3 vs 'Orang Api' : Amat Mendebarkan !!

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, Bros & Sis,

Kali ini saya 'online' kan review versi saya untuk filem Iron Man 3.

Korang dah layan filem Iron Man 3 ?

Kalau belum, pergi cepat-cepat la ke mana-mana panggung wayang/cinema.Memang berbaloi dan amat-amat menghiburkan ! Penuh dengan aksi-aksi dan juga pertembungan kuasa di antara ‘Orang Api’ (human torch) dan juga Iron Man.
Memang padat dengan aksi dan juga perang tempur yang mendebarkan !



Kini, di Iron Man 3, Tony Stark jauh lebih kreatif dan genius apabila beliau menyediakan dan juga mencipta pelbagai jenis ‘suit’ Iron Man yang boleh dikawal sendiri dengan hanya memanggil namanya melalui pengaktifan dengan cara tersendiri.Bahkan dengan jarak tertentu beratus-ratus kilometer juga ‘suit’ tersebut boleh diaktifkan dan dipanggil oleh Tony Stark.



Kisah kali ini menceritakan berkenaan musuh utama yang direka oleh akhbar dan juga pengganas antarabangsa yang menamakannya ‘Mandarin’ (lakonan acktor Ben Kingsley).
Namun, watak Mandarin ini didapati hanyalah sebagai ‘klon’ kepada pengganas sebenar yang dikenali sebagai Aldrich Killian (lakonan Guy Pearce).Mandarin, apabila berjaya ditemui oleh Iron Man adalah seorang watak ‘lelucon’ (bodoh-bodoh alang) yang diupah oleh pengganas.



Aldrich Killian yang pernah suatu ketika dulu dalam filem Iron Man digambarkan bertemu Tony Stark di New Zealand untuk menjalankan kerjasama saintis dan ‘genetesist’.Aldrich Killian merupakan saintis hebat dan mencadangkan ideanya kepada Tony Stark, namun tidak dihiraukan oleh Tony Stark.Akhirnya Aldrich membalas dendam dan memperluaskan kajiannya sehingga boleh mencipta sejenis ‘serum api’ yang boleh disuntik ke dalam tubuh dan dikawal kuasanya.

Kemuncak aksi pertama ialah apabila kediaman Tony Stark di atas bukit berhampiran laut telah diserang teruk oleh orang Aldrich Killian.Kemusnahan besar-besaran ini hampir menamatkan riwayat Iron Man apabila sebahagian besar kediaman habis hancur musnah dan tenggelam ke dalam laut.Iron Man hampir lemas sehinggalah ‘lengan bionic Iron Man’ nya menarik Tony Stark dari dalam laut.

Aldrich Killian terus-terusan membuat onar dan kemusnahan dan mengugut Presiden US.Lalu di sini ditampilkan watak baru iaitu Iron Patriot yang diciptakan ‘suit’ Iron Man untuknya, namun coraknya bertemakan warna bendera US (Biru, putih dan Merah).Watak Iron Patriot dilakonkan oleh Don Cheadle iaitu sebagai Jeneral James Rhodes yang mengawal keselamatan Presiden US.



Pelbagai pertelingkahan berlaku, tidak habis-habis Aldrich Killian si Saintis Pengganas menghantar ‘Orang Api’ nya bagi membalas dendam kepada Iron Man atau Tony Stark sehinggalah pertempuran untuk babak aksi kedua yang penuh dengan dentuman kuat, hingar bingar, aksi cemas dan juga paling menarik penampilan pelbagai jenis suit Iron Man yang boleh dikawal sendiri oleh Tony Stark tanpa perlu memakainya.Di antaranya diberikan kod nama seperti Mark 42, Mark 33, Mark 35, Sniper, Launcher dan macam-macam lagi.

Terdapat juga aksi tempur dan menyelamatkan Presiden US oleh Iron Man yang cuba diserang oleh Aldrich Killian (dengan merampas suit Iron Patriot), lalu menyerang pesawat Presiden US, Airforce One.

Penghujungnya, kematian Saintis Pengganas Aldrich Killian ialah dengan cara Tony Stark mengarahkan ‘suit’ Iron Man Mark 42 nya melekap secara paksa ke tubuh pengganas tersebut lalu mengaktifkan ‘self destroy’ (musnahkan sendiri), lalu ia meletup.Namun masih lagi di akhir babak, nyawanya bertahan, hinggalah watak kekasih Tony Stark, Ms Pepper Potts (lakonan Gwyneth Paltrow) membunuh pengganas ‘Orang Api’ Aldrich Killian itu.

Amat mengujakan !

Rugi jika anda tidak menontonnya di pawagam, ianya lagi menggemparkan dengan ‘sound system’ yang kuat, jelas dan juga selesa.
Jom tonton sekali lagi Iron man 3 !

Tiada ulasan: