Iklan Nuffnang

Sindrom 'Monday Blues'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & salam ‘Monday Blues’…

Hai bro & sis, korang tahu tak apa itu sindrom Monday Blues?



Sindrom Monday blues ini ialah keadaan seseorang yang agak liat/malas untuk keluar bekerja pada hari Isnin kerana telah 2 hari berehat atau berhibur lebih pada hari Sabtu dan Ahad.

Pendek kata, pengidap sindrom ini, jika pergi keluar bekerja pun keadaan dirinya agak tidak terurus seperti ada sisa tahi mata masih tertinggal, pemakaian baju dan talileher yang tak betul/senget, mata masih berkeadaan terpisat-pisat lagaknya seperti tak cukup tidur dan juga keadaan tubuh badan yang tidak segar.Keadaan pengidap sindrom ini nampaknya seperti ingin bermalas-malasan dan juga seolah-olah terpaksa hadir bekerja.Mereka juga beremosi kurang stabil dan agak marah-marah dan sedikit murung.



Sememangnya kita semua pernah dan ada menghidap sindrom ‘Monday Blues’ ini kerana cara kita menghabiskan waktu cuti kita yang tidak begitu betul atau kurang efektif.

Sepatutnya, kita jangan mengamalkan berhibur hingga larut malam atau hingga lewat pagi semasa hari cuti Sabtu dan Ahad.Cukuplah sekadar yang perlu saja.Saya juga pada cuti Sabtu dan Ahad sering menonton filem kesukaan hingga larut malam, namun cuba untuk mengawalnya agar pada hari Ahad malam Isnin (keesokannya perlu bekerja), tidaklah terasa malas, mengantuk dan juga dihinggapi sindrom ‘Monday Blues’.



Pada hari Isnin dan juga hari pertama permulaan dalam seminggu, seringkali emosi segelintir orang agak tertekan.Terkejar-kejar dalam kesesakan lalulintas untuk sampai ke pejabat/tempat bekerja, menguruskan anak-anak, mahu bersarapan, mahu menghadiri mesyuarat dan temujanji, bertemu pelanggan dan juga bertembung dengan kehendak mahu menguruskan perkara peribadi seperti perlu pergi ke bank, pejabat pos atau pun urusan lain.

Jadi, cubalah bersabar dan aturlah hidup kita dengan baik.Janganlah biarkan sindrom Monday Blues ini menguasai kita dan kita akan selalu dijangkitinya !

Say no to Monday Blues Syndrome !

Tiada ulasan: