Iklan Nuffnang

PRU Ke -13 : Ubahlah, Walau Untuk 1 Penggal !

alriana5604@gmail.com - AL The One

Change.Yes.Change.

There are always 2 consequences from CHANGE.Better or Worse/Worst.

Ok ?

Selamat bertemu kembali di blog ini;

Kebimbangan atau ketakutan untuk berubah (Change) atau diistilahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Fear of Change’, sering menghantui kita.Kita tidak mahu melakukan sesuatu yang berlainan dan juga berbeza dari apa yang kita ada, miliki, rasai, nikmati dan juga cuba menghindari suasana atau pun keadaan yang kita belum tahu bagaimanakah rupa bentuknya.
Justeru itu, kita sering bimbang, takut, ragu-ragu, khuatir,risau,cuak,bersifat mengesyaki dan juga mudah mengambil kesimpulan awal dan bersikap mudah membuat telahan/tekaan yang bukan-bukan atau negatif.Bersikap berfikiran negatif ini perlulah dihindarkan jika kita mahu benar-benar BERUBAH.



Sebenarnya, dalam hidup kita ini semenjak kita dilahirkan hinggalah kita dewasa seperti sekarang, kita tidak dapat lari dan elak dari PERUBAHAN/BERUBAH (CHANGE).Umpamanya, dari kanak-kanak kita menjadi remaja, dari remaja kita menjadi dewasa.Dari merasai alam persekolahan berubah ke alam pendidikan tinggi/universiti, dari bujang berubah ke alam berumahtangga dan sebagainya.
Lalu, kita berjaya melaluinya walaupun getir.Kita berjaya menyesuaikan diri dengan PERUBAHAN.Kita sanggup BERUBAH.Kita boleh saja dan mampu untuk mengadaptasikan diri kita dengan suasana yang juga turut berubah.

Kita sering mendengar daripada mana-mana ahli motivasi dan juga ahli psikologi mengatakan perubahan akan membawa 2 kesan sama ada buruk atau baik.Namun risiko yang kita telah ambil dalam hidup ini sehingga saat kita menjadi diri kita sekarang ini, apa hasilnya ? apakah ia bertambah baik atau bertambah buruk ? kita tahu jawapannya.

Jika kita mampu untuk melakukan perubahan yang berkaitan dengan diri kita sendiri sebelum ini, mengapakah kita tidak mahu untuk cuba berubah demi negara kita ?

Di Malaysia ini, kurang lebih 1 atau 2 bulan lagi akan diadakan Pilihanraya Umum buat kali yang ke-13.Anda rasa sanggupkah anda berubah dengan memberikan peluang kepada pertubuhan parti lain pula untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah kerajaan Malaysia yang baru ?

Sanggupkah anda ? atau anda masih takut, risau, bimbang, tak berkeyakinan,mengesyaki dan juga berasa cuak untuk memilih alternatif yang lain ?



Soalan ini saya tujukan kepada rakyat biasa kerana saya juga rakyat biasa dan rakyat kebanyakan.Kita bukanlah golongan berkepentingan seperti perebut tender, peniaga korporat, NGO berkepentingan, penjawat awam berpangkat tinggi dan juga kita tidak mempunyai dan memiliki pun saham-saham bernilai jutaan Ringgit Malaysia.

Jadi seharusnya kita boleh saja tidak ambil kisah jika cuba diugut atau diberikan amaran oleh sesiapa pun untuk menentukan parti manakah yang kita akan undi.

Kita sebagai seorang individu yang telah pun berusia 21 tahun atau lebih dan layak pula untuk mengundi setelah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, seharusnyalah memikirkan dan mempertimbangkan perkara ini dengan jelas.

Kita perlu berfikiran rasional dan bersikap ‘check and balance’.Terus-terusan dengan memberikan mandat kepada kerajaan sedia ada kah atau memilih dengan berani untuk berubah ?



Adakah menjadi kerisauan tahap tidak terhingga kepada kita dan menjadi kudis sopak bernanah yang tidak mungkin akan sembuh jika kita membuat keputusan untuk berubah ?berubah dalam ertikata memberikan undi kita untuk parti lain memenangi dan menjadi pemerintah di Malaysia.

Adakah amat-amat sukar dan menjadikan kita begitu kecut perut dan penakut tahap seolah-olah diletakkan dan di’sua’kan diri kita ke mulut harimau atau ke rahang buaya ?

Tak sanggup kah untuk berubah ? walaupun cuma untuk 1 penggal atau kurang lebih 5 tahun sahaja?

Agak-agak boleh atau tidak ? Jika dalam 5 tahun itu, pentadbirannya begitu teruk dan menindas rakyat, kita gunakan semula kuasa rakyat kita untuk kembalikan pemerintahan sedia ada seperti sekarang ini.



Bagaimana ? setuju ?

Tak rugi pun mengambil risiko untuk berubah, kan ?

Pemikiran mengatakan ‘jangan memperjudikan nasib dan masa depan negara’ haruslah dibuang jauh-jauh.Ini kerana, ia bukanlah sebuah perjudian atau pertaruhan yang kita tidak tahu pun buruk baiknya, untung ruginya.Kita telah jelas dan maklum apa yang diutarakan dan dibentangkan.Apa yang ditawarkan untuk rakyat dan apa yang kita sudah dapat dan rasai.Kita bisa saja membezakan dan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua blok parti yang bertanding.



Jadi, kita sebagai rakyat kebanyakan, gunakan lah peluang ini.Peluang dan kuasa undi di tangan kita.

Ubah lah, walau untuk 1 penggal !

Kita mampu melakukannya….


Tiada ulasan: