Iklan Nuffnang

Juice Works ni apa sebenarnya ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, teman-teman blogger dan pembaca blog yang budiman sekalian,

Apa sebenarnya Juice Works ni ? Kalau u alls nak tahu ianya memang bertepatan lah dengan namanya (perniagaan berkenaan jus buah-buahan).



Iaitu sebuah perniagaan franchisee yang wujud di Malaysia dengan berkonsepkan menjual minuman-minuman berjus dari saripati buah-buahan yang bermutu tinggi.Kini banyak terdapat kiosk/cawangan/kedainya di kawasan Lembah Klang.

Sebenarnya saya pun ‘blur’ juga pada mulanya, apabila memenangi voucer Juice Works ini.





Saya cuma terlintas di fikiran, entah-entah agaknya hadiah berupa set minuman berjus seperti air kotak akan diberikan sedozen ker, kan ? :)



Bila di’google’, barulah tahu apa itu Juice Works. Lihat di pautan ini : http://www.juiceworks.com.my/

Apa-apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada pihak Penaja, Juice Works yang menghadiahkan saya voucher tersebut melalui satu peraduan yang disertai di sebuah majalah.



Boleh lah merasai keenakan minuman jus dan menu yang berkaitan di Juice Works buat pertama kali selepas ini…


Tiada ulasan: