Iklan Nuffnang

...Saya Menang Hadiah Lagi !!

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, salam sejahtera,

….Syukur…Saya memenangi hadiah lagi !!
Kali ini saya memenangi se unit Minyak Wangi atau pun Perfume Lelaki, berisian 100ml berjenama AIGNER NO 1, bernilai RM275.

Jika sebelum ini, saya pernah memenangi 2 helai T Shirt syarikat pelancongan dan juga barangan hiasan rumah, begitu juga isteri saya pernah memenangi Mist Body Spray berjenama Indulge.

Ini adalah di antara usaha saya yang sekadar suka-suka menghantar peraduan dan membaca majalah kesukaan saya.

Ironinya, jika kita menyertai peraduan dan terlalu ‘eager’ dan beria-ia untuk mendapatkan hadiah atau untuk memenanginya, kerapkali kita hampa dan tidak dapat memenangi walaupun satu hadiah.

Sebab itulah, tiap kali saya menyertai peraduan saya hanya sekadar suka-suka dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.Setelah masa agak lama berlalu, 2-3 bulan, tiba-tiba saya terima surat pemakluman daripada pihak penaja peraduan dan tuah saya jadi pemenang ! …..Alhamdulillah.

Ya lah kan, kalau se unit minyak wangi 100ml bernilai RM275 diberi percuma sebagai hadiah berbanding dengan kita perlu keluarkan wang untuk membelinya, mana satu yang menguntungkan kita ?

Jenis lelaki macam saya pula, memang sukakan minyak wangi yang berbau ‘masculine’ iaitu mengandungi bau-bauan kayu cedar (cedar wood),cinnamon,bergamot,pepper dan ‘sweet’.Memang sesuai lah dapat hadiah perfume AIGNER NO 1 ini yang wangiannya hampir sama dengan wangian kesukaan saya.

Sebelum ini saya pernah membeli dengan wang sendiri, wangian atau perfume Dunhill Desire Blue bernilai RM285.Tapi sudah habis digunakan.Yang tinggal dalam koleksi saya ialah sebotol wangian Giorgio Armani Attitude dan sebotol wangian Versace For Man sahaja.Dua jenis wangian inilah yang saya sering gunakan jika pergi keluar ke mana-mana.Nampaknya, di masa akan datang bolehlah gunakan AIGNER NO 1 pula yang saya menangi ini.

….Apa-apa pun saya berharap suatu hari nanti saya beroleh hadiah yang lebih besar dari yang dimenangi sekarang, mana tahu saya bertuah memenangi sebuah kereta ker? Tak pun se unit rumah teres ker?..hahaha…berangan lah saya.


Lihat di label 'Menang Peraduan' berkenaan saya pernah memenangi hadiah sebelum ini.

Tiada ulasan: