Iklan Nuffnang

Pantun Satira Politik Sempena Pilihanraya Ke-13...

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya,

Kali ini saya hidangkan anda semua Pantun Satira politik sempena Pilihanraya Malaysia.
Pantun ini ciptaan saya sendiri dan ianya bertujuan hanya untuk hiburan.
'Satira' bermaksud sindiran atau perli.

Hayati lah ianya sekadar sebagai sebuah sketsa dan sebahagian dari satira (satirisme) dan gelagat situasi politik di Malaysia.Apatah lagi rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13, kurang dari tempoh 6 bulan akan datang.Jadi ianya amat cocok dan sesuai dengan musimnya untuk bersatira berkenaan politik.

1.
Sayang Pak Itam Si tua keladi
Mengorat janda di Kuala Lumpur
Janganlah undi sebarang undi
Undilah parti yang membawa makmur

2.
PM Najib bertanding di Pekan
Bandar Di Raja negeri Pahang
Undilah parti membawa perubahan
Negara makmur rakyat pun senang

3.
Projek Lynas rakyat membantah
MB Pahang susah hati
BN sudah lama memerintah
Perlu teruskan atau berhenti ?

4.
Ibrahim Ali lagaknya berani
Tidak seperti Pengerusi JATI
Kamera AES mengenyangkan kroni
Menyaman rakyat sesuka hati

5.
Noh Omar pergi ke Chenor
Membeli udang dan juga cabai
BN bertekad merampas Selangor
Apa pun cara asal tercapai

6.
Tok Guru Nik Aziz suka berdakwah
Anwar Ibrahim asyik difitnah
Jika rakyat ingin berubah
Di PRU 13 undi diterjemah

7.
Karpal Singh kerap membantah
Haji Hadi bersikap tenang
Kalau BN terus memerintah
Rakyat terbeban bertambah hutang

8.
Muhyiddin Yasin mengesat peluh
Selepas berlari keliling padang
Sudah terang lagi bersuluh
Ramai pengundi 'orang Seberang'

9.
Nurul Izzah pergi ke Pekan
Hendak menuju ke Kg Lamir
Parti apakah yang diumpama Syaitan
'Syaitan Dikenali' ungkapan Mahathir

10.
Di sana Hudud di sini perlembagaan
PAS dan UMNO sering bercanggah
Pemimpin sibuk mengumpul kemewahan
Rakyat terhimpit hidup pun susah

11.
Nedim Nazri memandu Hummer
Sayang Nazri tak tahu menahu
'BN, I know what U did last summer'
'Last election, SPR help U'

12.
Zulkifli Nordin MP Bebas
Mesra BN menyokong Perkasa
Duit rakyat habis dikebas
Tinggal lah BR1M sebagai sisa

13.
Chua Soi Lek pelakon ranjang
Datuk T tak mahu fitnah
Kepada PR berilah peluang
Harapan rakyat untuk berubah

14.
Che Det pecat Anwar Ibrahim
Rakyat bangun berdemonstrasi
Bina lah KR1M berilah BR1M
Rakyat dapat bukannya isi

15.
PAS kalah di negeri Terengganu
Tetapi menang di negeri Kedah
BN suka meng'api'kan Melayu
PR menyeru rakyat berubah

16.
Khir Toyo dihukum penjara
Boleh dibebas dengan bersyarat
Hak dan kebebasan untuk bersuara
Semakin hari semakin disekat

17.
Pilihlah berita di media massa
Berita yang benar tidak memihak
PR jangan merasa selesa
Pastikan ditawan Sabah dan Sarawak

18.
Anak Nik Aziz orangnya warak
Nik Abduh nama diberi
Janganlah PR asyik bersorak
Tiada usaha pengundi pun lari

19.
MB Selangor kerusinya panas
Hassan Ali kepingin nak jadi
BN berusaha berhempas pulas
Menambah daftar bilangan pengundi

20.
Jamal Pak Tongkol asal Sekinchan
Kawasan subur tumbuhnya nyior
Sudah bertahun BN idamkan
Memerintah Kelantan merampas Selangor

21.
Pesalah seks dihukum rotan
Perangai binatang bukan manusia
Rampas lah Selangor ambil lah Kelantan
Asalkan PR perintah Malaysia

22.
Jamil Khir pergi ke Mekah
Masyitah Ibrahim enggan mengikut
Rakyat ketawa berdekah dekah
Ajak berdebat pun PM takut

23.
Saifuddin Abdullah suaranya lantang
Ramai menteri berasa iri
Rakyat masih merasa bimbang
Anwar Ibrahim Perdana Menteri?

24.
Rosmah Mansor duitnya banyak
Hasil menabung semenjak kecil
Pakatan Rakyat bakal dilanyak
Jika kemenangan tidak berhasil

25.
Mukhriz Mahathir orangnya segak
Walaupun botak perutnya kempis
Pemimpin PR jangan berlagak
Perasan menang,kerja belum habis

26.
Nasrudin Hasan suka berserban
Digaya bersama sut yang cantik
Mengundi BN menambah beban
Selesai PRU,harga barang pun naik

27.
Anifah Aman dulunya sibuk
Kini lega dibantu Rosmah
Orang PAS jangan suka mengutuk
Kesilapan sendiri perlu muhasabah

28.
MB Kedah orangnya bijak
Pandai mentadbir pandai berlawak
Parti manakah yang sudah nazak
Ke lubang kubur rakyat nak campak

29.
Bukan roti sebarang roti
Roti diuli petugas NASA
Bukan parti sebarang parti
Kononnya UMNO pembela bangsa

30.
Di sini lembu di sana lembu
Mana nak sama lembu Shahrizat
Di sana gebu di sini gebu
Itulah Puteri UMNO kononnya hebat

31.
SPM kantoi dapat SAP
SPRM pula dulunya ACA
PAS dikata tunggangan DAP
UMNO pula di'lembu'kan MCA

32.
Sayang Tok Guru Si Haji Hadi
Bertemu rahsia mengunjungi Pak Lah
Slogan 1Malaysia tidak menjadi
Rakyat masih berpecah belah

33.
Zahrin memandu Mercedes baru
Memandu laju terlanggar lubang
Kini PAS ke era baru
Kafir mengkafir usahlah diulang

34.
Khalid Samad memakan durian
Muslimat PAS senyum tersipu
Najib banyak pegang kementerian
Menteri Wanita pun dia sapu

35.
Fuad Zarkashi menghirup bubur
Di gerai berdekatan Plaza Angsana
PAS berdoa UMNO hancur
Pemimpin UMNO gundah gulana

36.
Badrul Amin dituduh berkasih
Diperangkap orang dikenakan tuduhan
Khairy Jamaludin pemimpin tersisih
Ketua Pemuda UMNO tanpa gelaran

37.
Roti canai enak dimakan
Dimakan bersama kuah dal
Zahida Rafik artis pujaan
Penenang jiwa Shafie Afdal

38.
Membeli TV di kedai Seng Heng
Singgah sebentar di kedai kayu
UMNO menuduh YB Lim Guan Eng
Memfitnah beliau anti Melayu

39.
Kalau sungguh PR menang
Jangan bertelagah meninggi diri
Pakatan Rakyat eloklah berbincang
Biarlah PAS jadi Perdana Menteri

40.
Donald mandi terlupa bersabun
Douglas asyik duduk perhati
PAS, PKR atau DAP pun
Siapa pun PM asalkan majoriti

41.
Najib pergi bertemu Obama
Pergi bersama Paul Teutul
Isu hak kebebasan beragama
UMNO canangkan mengutuk Nurul

42.
Lazat sungguh ayam Hainan
Makan bersama pemuda Kenya
Isu murtad bukan mainan
Mufti sendiri mengakuinya

43.
Dr.Yakop menjala ikan
Selesai menjala pergi ke pekan
Isu air digembar gemburkan
SYABAS pula UMNO perkudakan

44.
Datuk Mustapha ke Tanah Merah
Tujuan mencari tangkal azimat
Surau dan masjid menjadi meriah
Berkat tadbiran kerajaan rakyat

45.
Mahadzir Khalid asal di Kedah
Di Kg. Jabi bukan Kokdiang
Selain Kelantan, Selangor dan Kedah
Najib kini mahukan Pulau Pinang

46.
Zambry Kadir memasak kanji
Selesai memasak hari pun petang
Pak Lah janji Najib pun janji
Projek Monorel untuk Pulau Pinang

47.
Cantik sungguh Puteri Zubaidah
Pemuda melihat terjerit jerit
Hishamuddin KDN buat tak endah
Musa Hassan mula menggigit

48.
Ramainya orang di Hari Buruh
Berhimpun di padang melambai tangan
Polis Malaysia tuduh menuduh
Menteri pula campur tangan

49.
Kalau pergi ke Hutan Belum
Pergilah awal di pagi hari
Saham FELDA makin merudum
Peneroka juga menggigit jari

50.
PAS asyik dikenakan fitnah
Tok Guru marah kepada media
Najib mula berasa resah
Deepak berpaling tak sokong dia

51.
Pergi ke bank bersama Carmen
Membuka akaun pelaburan ASN
Hai..lambat nya Najib bubar Parlimen
Mengundi nanti,siap kau BN!!

.....Errkkk...mengapa jadi 51 rangkap pantun ? Patutnya saya berhasrat nak buat 50 rangkap saja, terlebih satu lah pulak....

Ok, sekian buat masa ini.

P/s : ....- Undilah parti yang mampu membela rakyat, memberikan kelegaan kepada hidup rakyat, tidak dibebani hutang keliling pinggang, harga kenderaan yang munasabah, harga rumah yang sederhana dan selesa, kerajaan yang telus, tidak mengumpul kekayaan sesama kroni dan yang penting sekali pemimpin yang mentaati perintah agama.
Jika terpaksa mengundi calon bukan Muslim, pilihlah calon bukan Muslim yang elok akhlaknya,bertanggungjawab,membantu rakyat,telus, tidak korup,tidak rasuah dan juga yang profesional boleh buat kerja dan mentadbir.Jangan pilih yang 2-3 tahun sekali baru nampak muka di kawasan DUN atau Parlimen.

Selamat Mengundi kepada semua rakyat Malaysia !!


Tiada ulasan: