Iklan Nuffnang

Harga Minyak RON 97 Naik Lagi : Jangan Sampai Rakyat 'Naik Minyak'

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam pertemuan sempena Lebaran Syawal yang masih berbaki lagi,

Aduhai….ramai lah yang 'naik minyak' di bulan Syawal yang mulia ini, wahai rakyat sekalian alam di Malaysia,apa taknya,minyak RON 97 pulak sudah naik mendadak,sekaligus RM0.30 sen kenaikan!

Lihat sumber ini : http://www.malaysiakini.com/news/208138

Tapi jangan risau,kebanyakan (walaupun tak semestinya),pemilik-pemilik kenderaan mewah, kenderaan besar-besar CC nya dan juga orang yang berkelas tinggi sahaja yang merasainya.

Ya lah,minyak petrol RON 97 ini selalunya diisi dan digunakan untuk mereka yang memiliki kenderaan seperti, BMW,Mercedes,Audi,Peugeot,Hyundai,Honda atau pun Toyota.Sementelah pula CC kenderaan mereka miliki paling tidak 1.8 CC hingga lah mencecah 4.0 CC.Jadi, pemiliknya bukanlah ‘kecil-kecil anak’pendapatan dan sumber kewangannya, bukan?

Jadi, kita semua yang masih menggunakan RON 95 ini jangan risau,buat masa ini, ia belum dinaikkan harga oleh kerajaan lagi.Atau pun, menunggu masa saja untuk dinaikkan? Mungkin lepas Pilihanraya Umum ke-13, agaknya terus dinaikkan? Mana kita tahu,kan?Jadi,undi kita penting untuk membuatkan atau mengekang agar kerajaan tidak sesuka hati menaikkan harga minyak.

Yang lecehnya, jika adanya kenaikan harga petrol/minyak ini,semua orang khususnya peniaga,penjaja,pengangkut dan juga industri yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api untuk pengangkutannya, akan serta merta menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.Alasan mereka,kos pengangkutan dan kos bahan api mereka bertambah.Ini yang membuatkan rakyat kebanyakannya tertindas dan dibebani kos harga barangan dan kos sara hidup untuk barangan keperluan yang melambung tinggi!

Sampai bila kita dibebani begini?Pendapatan tidak pun naik sebanyak mana,kos bahan api/minyak pula sentiasa bertambah.Pendek kata, jika kita mahu memandu kereta, kos bahan api petrol dan kos bayaran tol awal-awal lagi telah meluakkan begitu banyak dari sumber pendapatan kita secara bulanan.

Ayuh, lakukan sedaya mungkin,ubahlah gaya hidup,berjimat,buat kerja sambilan menambah pendapatan,ikat perut jika terpaksa.

Kita sebagai rakyat biasa sentiasa menjadi mangsa.Sampai bila?

Jangan sampai disebabkan harga minyak naik,rakyat pula 'naik minyak' kepada pemerintah/kerajaan...

Tiada ulasan: