Iklan Nuffnang

Olimpik London 2012 : 'Salute' kepada Datuk LCW !

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Bertemu lagi di entri saya kali ini.

Olimpik oh Olimpik! Bila lah Malaysia mampu dapat pingat emas?Hanya sukan badminton sahaja setakat ini yang boleh Malaysia benar-benar pertaruhkan untuk memenangi pingat emas, namun hampir-hampir sangat Datuk Lee Chong Wei dapat menamatkan kemarau emas Olimpik untuk Malaysia baru-baru ini.Hanya kalah di set ke-3 dengan 2 mata sahaja (19-21) oleh musuh tradisinya , Lin Dan dari China.Namun, nasib dan tuah masih lagi tidak menyebelahinya seperti mana di Olimpik Beijing yang lepas.Beliau hanya mampu setakat ini memperolehi pingat perak sahaja.Bagi saya,selaku peminat sukan badminton selain dari meminati juga sukan bolasepak, kesungguhan usaha dan jerih payah Datuk Lee Chong Wei yang kita perlu lihat.

Kita lihat dan dengar bait-bait kata ulasan dari salah seorang Penyelaras atau kakitangan penaja Olimpik London 2012 yang boleh diterjemahkan begini :

…..’’Gaya dan sikap Lin Dan yang agak sedikit sombong dan memarahi dirinya sendiri apabila hantaran, smashnya tidak menepati sasaran, mampu memenangi pingat emas Olimpik, tetapi gaya permainan dan sikap juang Datuk Lee Chong Wei yang bersungguh-sungguh, tenang dan berkeyakinan, mampu memenangi hati peminat’’.

Tak dapat kita sangkal lagi, Datuk Lee Chong Wei adalah bintang badminton dunia yang kelihatannya cukup professional, tidak belagak, seperti kelihatan agak ‘low profile’ namun berjiwa besar,berdedikasi,bersemangat juang tinggi dan juga tidak mudah berputus asa.

Saya harap suatu hari nanti akan wujud pelapis pemain badminton bertaraf dunia seperti beliau wujud di Malaysia.Alangkah bangganya Malaysia jika wujud 10,20 atau 100 orang pemain badminton di Malaysia yang bersikap seperti Datuk Lee Chong Wei.
Salute to you, Datuk LCW !



Tiada ulasan: