Iklan Nuffnang

The Dark Knight Rises : Batman Teruk Dibelasah?

Salam sejahtera,

Batman kena belasah teruk!!! Saya boleh mengatakan begini sebagai ulasan pertama bila menonton filem ini.Bahkan Batman dilihat amat lemah dan gagal di separuh plot perjalanan ceritanya.
Ternyata pengarahnya,Christopher Nolan pandai membuatkan penonton 'patah semangat' dan hampa di awalnya.Imej permulaan ini amat penting untuk kemudiannya dilihat 'kebangkitan' semula Batman (rises).Jadi filem ini ada garapan menarik kerana adiwira dibelasah teruk kemudian bangkit membuat perhitungan dengan seteru barunya,Bane 'si psikopath' yang kejam dan mengganas mahu menakluki bandar Gotham.
Watak Catwoman juga menarik kerana akhirnya menyebelahi Batman.Namun adegan Catwoman menipu Batman dan membiarkan Bane membelasah teruk hingga patah tulang belakang Batman benar-benar membuatkan penonton marah.Rasa kasihan dan marah timbul kepada Catwoman.
Secara keseluruhannya,filem ini menarik untuk ditonton dan inilah filem Superhero yang sejati.Menentang penjahat hanya dengan teknologi dan tanpa sebarang 'superpower'.Ingat lagi 'Bat'?,pesawat kecil yang canggih dipandu Batman?Ini juga realistik dan kelihatan logik,satu-satunya gajet baru Batman dalam filem ini berbanding filem sebelum ini.
Watak yang mungkin ada kesinambungan untuk dijadikan sekuel filem Batman seterusnya nanti ialah Robin.Dalam filem ini,Robin diketengahkan sebagai seorang polis muda yang tahu Bruce Wayne ialah Batman.Namun wataknya tidak bergandingan secara terus bersama Batman.Mungkin pengarah ada perancangan baru untuk projek filem Batman seterusnya agar watak Batman dan Robin boleh digandingkan bersama menentang penjahat baru di filem sekuel Batman akan datang.
Ternyata jika merujuk kepada komik Marvel, ramai lagi penjahat (villain) yang boleh direalisasikan dalam filem Batman seterusnya, seperti Poison Ivy,Riddler dan Hush.Watak-watak penjahat sebelum ini yang telah pun diketengahkan ialah seperti Ras Al Ghul,Joker,Penguin,Mr.Freeze,Two Faces dan kini, Bane.
Jadi,masih banyak lagi idea,plot dan cerita baru boleh digarap untuk filem Batman ini.
Mari kita sama-sama lihat pelakon-pelakon yang melakonkan watak Batman ini dan perbezaan kostum serta penampilannya.Di antara pelakon yang pernah memegang watak Batman ialah Michael Keaton,George Clooney,Val Kilmer dan terkini ialah Christian Bale.
Tahu tak apa 'tagline' atau 'common dialogues' dalam filem Batman?Sebenarnya banyak,ia mengikut sekuel filem itu sendiri.Jika merujuk yang terkini ialah 'The legend ends'.
Hakikatnya,Batman ialah lambang penentang jenayah ulung yang tidak bersandarkan kuasa luar biasa.Kalau Spiderman gah dengan gaya 'your friendly neighbourhood'nya,Batman pula gah dengan 'secret mansion & sophisticated gadjet'nya.Apa-apa pun,filem superhero memang menjadi kegemaran ramai dan mewujudkan berjuta-juta peminatnya yang tersendiri.
Sama-sama kita nantikan khabarnya ada filem superhero kartun Thundercats pula akan difilemkan pada tahun depan,2013 nanti.Ianya bukan filem animasi,sebaliknya lakonan 'real' oleh pelakon.Mesti best,kan?

Sekian.

Tiada ulasan: