Iklan Nuffnang

Selasa, 3 Julai 2012

Sepanyol Juara Piala Euro 2012

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu kembali,

…Straight to the point…

Saya ucapkan tahniah di atas kemenangan skuad bolasepak Sepanyol di dalam perlawanan akhir Piala Euro 2012, mengalahkan skuad Itali dengan 4-0.

Walaupun saya penyokong skuad German, tetapi tidak mengapa.Menang dan kalah adat pertandingan.

Paling tidak, German sudah berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi kecundang menentang Itali dengan Itali (2 jaringan gol-oleh Mario Balotelli)
dan German (1 jaringan gol-Oleh Mesut Ozil, melalui sepakan penalti).

Jadi,sebagai penyokong dan bagi merancakkan lagi industri bolasepak dunia, saya juga mengkagumi skuad Sepanyol yang menang megah dan bergaya apabila dapat mengalahkan Itali dengan 4-0, dalam perlawanan akhir Piala Euro 2012.

Ternyata sentuhan berbisa skuad Sepanyol memang tidak dapat dinafikan lagi.

Penjaring gol Sepanyol ialah David Silva,Juan Mata,Fernando Torres dan Jodi Alba.

Juga tahniah kepada Jurulatih Sepanyol Vicente Del Bosque yang hebat,tapi nampak macam 'low profile' jer, kan?

Gambar menunjukkan Ketua/Kapten pasukan Sepanyol Iker Casillas (juga sebagai penjaga gawang) bersama Jurulatih Sepanyol Vicente Del Bosque memberikan 'pose' istimewa sambil menunjukkan trofi Piala Euro 2012 yang dimenangi.

Tahniah Sepanyol !

Viva Espana ! – (Hidup Sepanyol!)


Tiada ulasan: