Iklan Nuffnang

Selasa, 3 Julai 2012

Kiat Esemka Rajawali : Kenderaan Buatan Tangan ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Selamat bertemu lagi,

Adakah anda pernah dengar jenama Kiat Esemka, kenderaan pelbagai guna ciptaan dari negara Indonesia?Mungkin ada yang pernah dengar dan sudah lihat gambarnya kan?

Mari kita lihat spesifikasi dan harganya.

Spesifikasi Kiat Esemka, diberi gelaran Rajawali atau Kiat Esemka Rajawali ialah :

1. Panjang : 5.035 mm
2. Lebar : 1.690 mm
3. Tinggi : 1.630 mm
4. Bahan Bakar : Bensin
5. Kapasitas Enjin : 1.500 cc SOHC 4 silinder + multi point injection
6. Transmisi : 6 (1-2-3-4-5-R)
7. Max Speed : 180 Km/jam
8. Max. Output : 105HP / 5.500 rpm
9. Max Torque : 145 Nm / 4.100 RPM
10. Power Steering
11. Central Lock System
12. Power Windows
13. Parking Censor
14. Air Conditioner Dual Zone
15. Audio System + CD
16. Daya Tampung 7 Penumpang + Pemandu


Harga?

Ini yang penting sekali bagi kenderaan buatan pertama dalam usaha menarik minat pembeli khususnya produk automobil pertama dari Indonesia ini.

i.Harga Esemka Rajawali jenis Pick-Up Single/Double Cabin = Rp. 75 juta hingga 95 juta.
Ini harganya jika ditukarkan kepada nilai matawang RM
(Lihat link ini : http://www.xe.com/) :

75,000,000.00 IDR = 25,192.604 MYR
95,000,000.00 IDR = 31,910.530 MYR

ii.Harga Esemka Rajawali jenis SUV = Rp. 100 Juta hingga 125 Juta.

Ini harganya jika ditukarkan kepada nilai matawang RM :

100,000,000.00 IDR = 33,590.0311 MYR
125,000,000.00 IDR = 41,974.1896 MYR

Murahnya! Berbanding harga kereta-kereta buatan nasional di Malaysia!

Buat masa ini, Esemka Rajawali dipegang oleh agen tunggal pemegang (ATPM) iaitu PT Solo Manufaktur Kreasi.

Benarkah Kiat Esemka didakwa oleh pemerintah Indonesia ialah kenderaan ‘buatan tangan’?Mari kita baca ulasan/penerangan dari blog ini.

Lihat link ini : http://www.blog5zal.com/2012/01/kiat-esemkakenderaan-indonesia-buatan.html

‘’Asalnya nama Kiat datang dari seseorang yang bernama Sukiyat.Sukiyat ini tak pandai kat sekolah,maka dia gagal peperiksaan STM.Aku pun tak tau apa benda STM tu.Walaupun dia gagal sekolah,dia buka bengkel mengetuk dan mengecat kereta pada tahun 1978.
Tahun 2007,Sukiyat memodified sebuah kereta yang berpenampilan keren gitu.Keren ni maksudnya, mantap,cun, dan ‘up to date’ la kot.Lepas tu Sukiyat berkolaborasi dengan sebuah SMK untuk menghasilkan satu lagi kenderaan.Di bengkelnya,beliau mengajak pelajar SMK untuk membuat kerja lapangan.Pengarah Pembinaan SMK,Joko Sutrisno kagum dan meminta Sukiyat membina kenderaan bersama dengan pelajarnya tanpa menggunakan mesin’’.
Usaha Sukiyat berhasil dan berita tentang kejayaannya bersama pelajar SMK menjadi ‘hot’ kat seberang sana.Buat masa sekarang dua jenis kenderaan dibina iaitu SUV Kiat Eemka Rajawali dan Pick-Up Truck Double Cab Digdaya.

Anda perasan tak, jika dilihat dari depan, Kiat Esemka ini, ada bentuk 'ala-ala' Honda baru CRV, kan?

Kalau dijual di Malaysia, berapa kah jadinya harga Kiat Esemka Rajawali ini, ya?

*Sumber : http://teguhhariyadi.blogspot.com/2012/01/mobil-kiat-esemka-rajawali-harga-dan.html#ixzz1zY7vcgYy








2 ulasan:

iwan_redzuan berkata...

"waduh2. enggak pernah denger nama mobil itu, dong!" (slang indon).

sekali dengar, macam nama Fiat pulak. hehe

alriana5604 berkata...

Tu la pasal,keta nasional pertama Indonesia yg vogue gitu... :)