Iklan Nuffnang

Filem Spiderman 'Andrew Garfield' Kurang Menarik?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam untuk semua,

Setelah saya menonton filem blockbuster The Amazing Spiderman baru-baru ini di TGV Bukit Raja,Klang Selangor, apa saya dapat rumuskan berkenaan dengan filem ini ialah kurang baik jika dibandingkan dengan filem Spiderman 1,2 dan 3 sebelum ini.Maksudnya,dari segi plot cerita,pelakon utamanya sebagai Spiderman iaitu Andrew Garfield juga kelihatan agak kurus dan melengkung badannya.Tidak seperti Tobey Maguire,iaitu pelakon watak Spiderman sebelumnya,yang saiz badannya agak kelihatan kecil tapi tegap.

Cerita The Amazing Spiderman ini juga memperlihatkan satu plot permulaan yang agak ringkas bagaimana asal usul Spiderman wujud di kota New York.Ianya amat cepat jalan cerita bagaimana Andrew Garfield/Peter Parker tercetus idea untuk menguasai keistimewaannya sebagai Spiderman.Mungkin pengarahnya,Marc Webb mahu mempercepatkan plot di sini.Juga agak kurang menarik apabila 'spider web'dalam filem ini perlu dicetuskan melalui sejenis alat mekanikal di pergelangan tangan Peter Parker.Sedangkan pada filem Spiderman sebelumnya,'spider web'wujud sekaligus dengan kuasa sebagai Spiderman dan ia nya automatik boleh dikeluarkan tanpa menggunakan alat mekanikal di pergelangan tangan.

Sila lihat link ini :

http://monyetbesi.blogspot.com/2012/03/differences-between-reboot-amazing.html

Link ini adalah blog yang menerangkan berkenaan perbezaan di antara ciri-ciri Spiderman dalam filem sebelum ini dengan filem The Amazing Spiderman yang terbaru kini.

Namun,watak antagonisnya (Rhys Ifans) wajar dipuji iaitu Dr. Connors@ The Green Lizard yang agak menarik,berimejkan penjahat baru (sebelum ini Spiderman 1,2 &3),belum ada The Green Lizard.Juga kredit dan penghargaan kepada Marc Webb kerana mengambil pelakon Bollywood,Irrfan Khan sebagai pelakon tambahan.Bermakna,industri perfileman Bollywood sebenarnya telah pun diiktiraf dan dilihat berkualiti pelakon dan penggiat seninya di mata dunia khususnya oleh pengarah filem blockbuster terkenal seperti filem superhero Spiderman ini.

Akhir sekali,sebagai peminat filem superhero,saya boleh berikan 8/10 sahaja untuk filem The Amazing Spiderman arahan Marc Webb ini.Manakala filem Spiderman 1,2 &3 arahan Sam Raimi,saya berikan 9/10.

Bagaimana 'review' dan penilaian anda pula?

Sekian buat waktu ini.

4 ulasan:

Tauke Budu berkata...

mungkin itu yg dikatakan pebaharuan...

alriana5604 berkata...

Ya la,Tauke Budu, betul jugak tu....nanti kan Batman The Dark Knight Rises pulak yer.... :)

Bloody Red Ruby berkata...

Kostumnya sengaja dimodifikasi agar terlihat melengkung. Untuk jaringnya, di film 'Ultimate Spider-man' juga dari mesin, kalau ceritanya, jika 'spider-man' berfokus pada Actionnya, 'the Amazing Spider-man' ini sedikit berfokus pada misteri hilangnya ayahnya, dan lainnya.

alriana5604 berkata...

Ya, boleh diterima lah Red Ruby...namun diharapkan The Amazing Spiderman 2, 01 Mei 2014 nanti akan lebih 'amazing'.... :)