Iklan Nuffnang

Legoland Malaysia : 1 Lagi Tarikan Di Malaysia

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera & selamat bertemu untuk ke sekian kalinya.

Ini adalah saat yang saya nanti-nantikan! Setelah menonton dokumentari dari Majalah 3 di TV3 sebentar tadi,saya percaya semua orang juga teruja untuk mencuba sendiri pelbagai jenis permainan dan meluangkan masa bersama keluarga mengunjungi Legoland di Malaysia ini.Betul tak?

Sabarlah dulu…..dijangkakan bulan September 2012 nanti baru pelancaran akan dilaksanakan dan ianya dibuka kepada pengunjung dan orang ramai secara rasmi.

Mari kita sama-sama lihat maklumat berkenaan Legoland Malaysia ini.

Legoland Malaysia adalah sebuah taman tema yang dijadualkan akan dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada September 15, 2012 dengan lebih 40 permainan tunggangan, pertunjukan interaktif dan tarikan.

Ia akan menjadi taman tema pertama di Asia apabila ia ditubuhkan. Ia akan berkedudukan tengah dari 5.500.000 kaki persegi (510,000 m2) kompleks bersepadu di Nusa Cemerlang Industrial Park, dalam wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup masakini, pejabat, perniagaan runcit, hotel, pangsapuri perkhidmatan dan unit kediaman.

Hotel Legoland, hotel Lego-tema yang terletak di taman tema dan juga yang pertama di Asia Tenggara, akan dibuka pada separuh pertama 2014. Hotel ini dibina di bawah perjanjian pengurusan antara syarikat Legoland Malaysia dan LL Themed Hotel Sdn Bhd, sebuah syarikat usahasama yang dimiliki oleh Resorts Destinasi dan Hotel Sdn Bhd dan Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd.

Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat apabila ia dibuka kelak.

Jadi, akan wujudlah persaingan antara Legoland Malaysia ini nanti dengan tarikan di Universal Studio Singapura,kan?

Adil lah tu.Rakyat Malaysia akan ke Universal Studio Singapura, manakala rakyat Singapura pula akan mengunjungi Legoland Malaysia.Barulah dapat menjana ekonomi pelancongan untuk faedah kedua-dua negara,kan?

Sama-sama kita nantikan pelancaran Legoland Malaysia ini !

Untuk keterangan lanjut sila layari :

Link : http://www.legoland.com.my/

4 ulasan:

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

rsnya legoland ngan universal studio mn lg best..??

alriana5604 berkata...

Terpulang atas diri masing2....Universal Studio lagi best kot,zulhilmi....

Dkna Abza berkata...

kerajaan nak tarik rakayt singapura masuk sini :)

alriana5604 berkata...

Ya,Adylia...saya pun fikir begitu,krjn Msia nak agar rakyat Singapura spend their money a lot more in Msia....lagipun,projek Iskandar Msia idea dari PM ke-5 Msia,Pak Lah ni, tak la sia2 jadi 'projek gajah putih' jer,kan.... :)