Iklan Nuffnang

Bagaimana Gerhana Terjadi ?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Marilah kita sama-sama melihat kebesaran Allah menjadikan peristiwa Gerhana Bulan yang dijangka akan berlaku pada jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi bertarikh 1 Januari 2010 ini.Jika berkesempatan, tunaikanlah solat sunat Gerhana 2 Rakaat bagi menunjukkan kesyukuran dan kepujian terhadap Allah yang sungguh Maha Berkuasa menciptakan alam semesta dan menjadikan fenomena gerhana bulan ini.

Fenomena Gerhana Bulan dikatakan boleh berlaku hanya dalam masa belasan tahun barulah ianya terjadi.Oleh itu, kalau terjaga dari tidur atau sengaja berjaga malam itu nanti, jangan lepaskan peluang melihat fenomena ini dan jika boleh 'snap' kan beberapa 'view'nya sebagai kenang-kenangan.

Lihat di bawah ini, bagaimanakah gerhana boleh terjadi.





Gerhana

Fasa gerhana bulan
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:

1.Gerhana matahari
2.Gerhana bulan

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

i. Gerhana penuh
ii. Gerhana separa
iii.Gerhana anulus

Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana".

Tiada ulasan: