Iklan Nuffnang

Coretan Kenangan - Majlis Graduasi Pra Sekolah Zarif

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai,

Assalamualaikum & Salam Online,

Rakan2 blogger & pengunjung2 sekalian,

Saya berbesar hati dan sekadar sebagai suatu perkongsian di blog ini untuk saya menceritakan mengenai Majlis Graduasi Pra Sekolah anak saya, Amar Zarif.




Ya, bukan graduasi tamat Ijazah atau Diploma, cuma baru peringkat pra sekolah sahaja.Sengaja sekadar coretan kenang2an buat keluarga kecil saya ini.Suatu hari nanti bolehlah dibaca semula dan dilihat semula gambar2nya, jika usia kami masih panjang diizinkan oleh Allah.

Zarif secara rasminya, menamatkan sesi pra sekolahnya (tadika) ialah pada 24 November 2017/Hari Jumaat.Kemudian pada 26 November 2017/Hari Ahad barulah berlangsungnya Majlis Graduasinya.

Memang amat menyeronokkan dan sangat gembira, terharu dan seolah2 tidak percaya yang kini Zarif telah pun tamat selama tempoh 2 tahun di sesi pra sekolahnya.



Saya dan isteri selalu menerapkan sifat2 positif kepada Zarif, seperti sikap berdikari,menghormati guru dan orang yang lebih tua,melayani rakan2 dengan baik, bergaul dengan rakan2 dengan baik,rajin belajar dan mengulangkaji pelajaran,menunaikan solat,berkeyakinan dan berani.

Nampaknya Zarif kini sudah ada bibit2 ke arah itu.Saya melihat dia menjadi aktif dan cergas, berani dan yakin,mengingati apa yang dipelajari dan sudah mula mempelajari untuk menunaikan solat setiap waktu.

Syukur Alhamdulillah.


Tadika Insani Fokus amat berjasa dalam membentuk Zarif dalam karekternya sekarang.Dipimpin oleh Teacher nya, iaitu Teacher Shila yang pandai mendidik dan memahami perangai kanak2 seperti Zarif, membuatkan Zarif berasa seronok untuk belajar di tadika tersebut.Tadika Insani Fokus menekankan aspek pembelajaran asas2 Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga asas2 didikan agama Islam.

Memang tidak dapat dinafikan,ini hanya lah permulaan dan perjalanan anak ini, Zarif, masih jauh dalam mengharungi kehidupannya.Bagi segelintir orang, kisah graduasi pra sekolah bukanlah apa2.Ia hanya sekadar seperti angin bayu yang berlalu dan dibiarkan begitu sahaja.Namun tidak bagi saya dan isteri.Kami mengenangnya (majlis ini) sebagai satu titik mula pembinaan sahsiah diri bagi seorang kanak2.


Ya, ada benarnya dan ada juga tidak benarnya.

Umpama sepohon buluh, jika mahu dilentur biarlah bermula dari rebungnya.Begitu juga kanak2, mereka perlulah diberikan didikan yang betul dan berkesan untuk permulaan di waktu kecilnya sehinggalah mereka membesar meneruskan pembelajaran di alam persekolahan, di institusi pengajian tinggi dan juga ketika menempuh alam berdikari/bekerja nanti.


Umpama kain putih, kita sebagai ibubapa lah yang mula2 mencorakkan kain tersebut menjadi warna apakah ia di kemudian hari.

Hidup kita ini adalah bergantung kepada USAHA,TAWAKKAL dan selebihnya bergantung atas KETENTUAN ALLAH.Ada kanak2 yang tidak pandai di usia kecilnya, tapi menjadi pandai di masa dewasanya.Begitu juga ada kanak2 yang pandai di usia kecilnya dan menjadi tidak pandai atau menjadi biasa2 sahaja/sederhana tahap IQ/EQ pembelajarannya apabila sudah dewasa.


Perkara ini kita perlu sedar.Saya juga perlu sedar.

Namun, saya mengharapkan dengan karekter Zarif kini yang lincah/aktif/cergas dapatlah berterusan.Zarif juga saya sangat2 terapkan/ingatkan selalu mengenai kepentingan mempelajari asas2 agama Islam khususnya Solat dan membaca Jawi/Iqra sebagai bekalan dirinya dan hidupnya suatu hari nanti.Selain itu saya selalu mengingatkan dia agar sentiasa menghormati guru supaya ilmu akan senang untuk dipelajari.Berani untuk bertanya akan apa yang tidak difahami dan juga bergaul dengan baik, yakni menerapkan akhlak yang baik dengan rakan2 dan juga kepada semua orang.

Saya bersyukur sangat2 kerana Zarif agak menyerlah dan persembahan di Hari Graduasi Pra Sekolahnya tidak menghampakan.Sungguh berkeyakinan Zarif dan rakan2nya dengan begitu bertenaga,suara yang kuat,berpenampilan kemas dan menarik,menyanyi dan menari dengan penuh kegembiraan.Saya dan ibubapa lain yang hadir pun rasa cukup terhibur melihat persembahan anak2 kecil ini.







Tidak ketinggalan, isteri saya juga diberikan Anugerah untuk ‘Best Mother Award 2017’ oleh pihak Tadika Insani Fokus, yang saya dan isteri sungguh tidak menjangka.

Syukur Alhamdulillah, saya panjatkan kepada Allah, bagi pihak isteri.Ternyata usaha dia dengan susah payah menguruskan Zarif, membimbing anak ini mendapat penghargaan dari pihak Tadika Insani Fokus.Namun siapa lah kami,jika tanpa guru yang tekun mengajar dan mendidik Zarif dan rakan2nya.



Bagi saya secara peribadinya, tugas mendidik anak2 kecil oleh guru2 pra sekolah sebenarnya adalah lebih jauh sukar berbanding guru2 lain di peringkat kanak2 yang sudah pun agak dewasa.Ini kerana anak2 kecil kita bermula dengan kosong (0 atau zero),iaitu maksudnya mereka langsung tidak kenal huruf, tidak tahu menulis,tidak tahu membaca,tidak tahu menyebut dan boleh dikatakan tidak tahu apa2 langsung berkenaan sesi pembelajaran akademik.Setelah 1-2 tahun, kanak2 kecil ini semua seolah2 di transformasikan hasil didikan guru2 pra sekolah tersebut, lalu anak2 kecil kita tahu dan pandai bermacam2 jenis kemahiran seperti pandai menulis, menyebut/mengeja,membaca, kenal huruf dan yang lebih bagus, tahu asas2 agama Islam.


Sebab itu bagi saya, guru2 pra sekolah adalah guru2 yang paling mulia dan berjasa (sekiranya ada ranking dalam kategori guru2 lah).Umpama seperti seseorang yang berada dalam kegelapan malam yang pekat gelap gelita, lalu muncul lah satu cahaya umpamanya cahaya dari petikan api mancis yang seketika sahaja.Cahaya tersebut mampu membuatkan seseorang tadi mencari halatuju dan arah.Kemudian perlulah berusaha sendiri untuk mendapatkan cahaya lain pula yang lebih lama untuk perjalanan hidupnya.Itulah andaian/anggapan saya yang saya boleh umpamakan kepada guru2 pra sekolah, iaitu seperti satu kerdipan cahaya terang yang cahayanya walaupun sebentar namun ia mampu menerangi permulaan arah/halatuju perjalanan hidup seseorang dalam kegelapan.



Akhir kata, saya ucapkan Tahniah kepada Zarif di atas tamatnya dia belajar selama 2 tahun di sesi pra sekolah Tadika Insani Fokus.Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru2 yang mendidik Zarif sehingga dia menjadi kanak2 yang celik huruf dan boleh membaca.

Sekian.

Tiada ulasan: