Iklan Nuffnang

Sessi Teh Tarik Bersama Datuk Bazlan

alriana5604@gmail.com - AL The One


Assalam & Salam Online,

Hai Guys & Girls,

Suka saya di blog ini untuk kongsikan berkenaan saya menyertai Jemputan ke Sessi TT (Teh Tarik) bersama VIP pengurusan atasan saya iaitu bersama Yang Berbahagia Datuk Bazlan Osman sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat tempat saya bekerja.

Kiranya kalau nak mudah faham, macam ala2 ‘In Person’ lah ni.Kan, kalau siaran TV Orang Putih, biasanya mereka buat ala2 slot begini.Kemudian disiarkan secara langsung ke udara melalui TV.Macam ‘event’ saya ini, tidaklah ‘on air’ ke siaran TV. Cuma yang seronoknya ialah dalam sessi yang santai, kira2 bersama dalam 20 orang peserta saja macam tu.Jadinya, tiadalah ‘crowd’ atau bising sangat.


Bagi saya, sessi begini bagus untuk menghargai staf/pekerja kerana ia dilaksanakan dalam keadaan ‘unofficially’ (tidak rasmi/tidak formal), santai, tiada berprotokol , tidak terlalu ramai menyertai dan yang paling penting ia ada penumpuan (concentration) untuk kita berdialog dengan pengurusan atasan kita.


Sessi ini juga mengajar kita bahawa hubungan antara majikan/pihak pengurusan atasan dengan staf di peringkat pelaksana objektif majikan dapat diadakan dengan keadaan yang jauh lebih mesra, berterus terang dan adanya jawapan/respon segera.

Saya juga mendapat satu ilmu baru dalam sessi begini iaitu apabila kita berada di peringkat atasan, maka cara/vision/perspektif kita dalam melihat sesuatu masalah/isu adalah sangat berbeza.

Contohnya, ini contoh yang senang dan amat mudah difikirkan.

Sekiranya kita melihat rumah kita dengan hanya berdiri di halaman depan rumah, sudah tentulah kita cuma melihat fizikal dan bentuknya secara berhadapan sahaja.

Bagaimana jika kita mempunyai pokok yang agak tinggi melepasi bumbung rumah di laman hadapan rumah, kemudian kita ambil tangga atau pun panjat sahaja pokok itu dan melihat ke rumah kita secara berhadapan?Apa yang kita nampak?

Tentu lebih banyak yang kita nampak,kan?Mungkin kita nampak apa2 yang ada di atas bumbung rumah kita, mungkin melangkaui ke belakang, kita nampak rumah2 jiran kita di belakang sana.Kita nampak pokok2 atau pemandangan2 lain lagi di kejauhan belakang sana.


So, MOTS (moral of the story) nya ialah, apabila kita berada di peringkat atasan, cara kita berfikir, mencuba menyelesaikan sesuatu permasalahan adalah amat berbeza dengan cara berfikir orang yang berada di peringkat bawahan.Jadi, sebab itulah setiapkali diajukan masalah ke peringkat atasan, cara penyelesaian mereka berlainan dan tidak selalu menepati cara yang kita hendak/yang kita fikirkan.


Walau bagaimanapun, saya bersyukur, sebab dalam Sessi TT ini, pengurusan atasan mendengar keluhan kita, menjawab dengan baik dan tertib persoalan kita, membuatkan kita berasa senang dan faham kedudukan sebenarnya.

Saya bukanlah yang begitu ‘vocal’ atau ‘voice out’ sangat, tetapi Sessi TT yang secara santai dan tidak formal ini memberikan ruang dialog yang cukup untuk kita menyuarakan isi hati berkenaan dengan permasalahan kerja dan hidup kita.

Terima kasih Datuk Bazlan, rakan2 peserta yang lain dan juga kepada pihak Penganjur !

Sekian.

Tiada ulasan: