alriana5604@gmail.com - AL The One
Hai,
Assalamualaikum dan Salam Syawal 1437 Hijriah,
Buat semua rakan2 & kenalan2, saya ucapkan Salam Aidilfitri dan semoga anda semua bergembira merayakan Aidilfitri pada tahun ini.
Ya, biasalah kan, masih di bulan Syawal, hari ini baru 6 Syawal, jadinya ini adalah entri/catatan di blog saya yang kisahnya berkenaan Aidilfitri tahun ini.
Ini adalah ‘Kisah saya dan keluarga di Aidilfitri 1437H/2016’ dan sedikit coretan luahan jiwa berkenaannya.
Secara umumnya, Aidilfitri pada tahun ini saya menyambutnya secara serba sederhana.Tiada yang ‘vogue’ atau pun luar biasa.Walaupun orang ramai sekarang ini menginginkan segala sesuatu menjadi XO (extraordinary) iaitu luar biasa, namun saya tidak begitu.
Sambutan Aidilfitri saya bersama keluarga pada tahun ini secara biasa2 sahaja.
Kehadiran ramai sanak saudara khususnya adik beradik saya, abang2, adik2, anak2 saudara,memeriahkan juga sambutan Aidilfitri pada tahun ini.Jika Aidilfitri pada tahun2 sebelum ini, ramai yang pulang ke kampung pasangan masing2, namun pada tahun ini tidak begitu.
Kami dapat berkumpul dan saling bertanya khabar, bergurau senda,berbual panjang dan juga menikmati juadah hari raya bersama2.
Bagi saya, pengisian Aidilfitri pada tahun ini, saya mendapat satu kekuatan/semangat/’ruh’ yang baru.
Seiring dengan bertambahnya usia, maka seharusnyalah untuk kita bersikap lebih matang dan berakhlak mulia.
Saya mula menyedari perlunya melalui fasa2 perubahan ini semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebagai contohnya, jika sebelum ini, Aidilfitri disambut dengan pendekatan yang ghairah untuk memiliki segala sesuatu yang baru sahaja, berhempas pulas menghias rumah, membeli perabot2 dan langsir2 baru, membeli kuih muih raya yang banyak atau pun mengutamakan segala sesuatu yang berteraskan unsur2 ‘materialistik’ sahaja, makanya sambutan Aidilfitri pada tahun ini mencerminkan perubahan yang agak ketara.
Saya lebih bersederhana, saya juga mengambil peluang dan ruang mendekati surau2 dan masjid bagi tujuan belajar dan menyertai aktiviti2 keagamaan.Saya sedari dan akui, jiwa menjadi lebih tenang, rasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan dan juga tidak mengikut hawa nafsu semata2.
Sementelah pula, kedua2 Ibubapa saya masih ada walaupun usia mereka sudah menginjak ke 80 tahun, saya amat bersyukur kerana mereka masih sihat sejahtera.Apabila melihat raut wajah Ibubapa saya yang bergembira, saya juga turut berasa gembira dan riang.
Manakala di sudut lain pula, anak2 saudara saya ramai yang sudah besar dan dewasa.Teringat dan terkenang kembali akan zaman remaja saya apabila melihat mereka sudah pun dewasa, belajar di Universiti atau pun ada yang sudah bekerja.Ada juga anak2 saudara saya yang masih kecil2 dan seronok untuk bermanja dan didukung.Mendengar hilai tawa mereka bermain menjadikan hidup saya bertambah gembira.
Tanpa saya sedar, saya sudah pun memiliki ‘cucu2 saudara’ yakni anak2 kepada anak2 saudara saya.Betapa terasa diri ini sudah ‘digigit/dimamah’ usia apabila ‘title’ Atuk/Aki telah layak diberikan kepada saya.Bermakna Ibubapa saya kini telahpun mempunyai cicit2, Ibubapa saya telah digelar Moyang dan saya digelar Atuk/Aki.
Kadang2 terasa kelakar dan lucu.Namun inilah hakikat hidup di dunia yang fana ini.
Roda kehidupan sentiasa berpusing, dulu Ibubapa kita bersusah payah membesarkan kita, zaman muda mereka berkerja bertungkus lumus untuk kita.Kemudian kita pula berumahtangga, membesarkan anak2, mencari rezeki dan membina keluarga.Selepas itu, anak2 kita pula sampai waktu mereka membina keluarga, berjuang dalam kehidupan yang seba mencabar yang setiap saat memerlukan wang dan kebendaan.Setelah mereka berjaya mengharunginya, tibalah saat anak2 mereka pula melakukan perkara yang sama.
Bak kata pepatah atau pun sebutan2 biasa kita dengar – ‘Walhasil balik asal’, iaitu maksudnya segala sesuatu yang sama diulang2 dan berkitar (cycle) memberikan pola/kesan yang sama.
Maka adakah kehidupan kita hanya berkisar kepada perkara ini?
Berkeluarga – Membina Keluarga/Mencari Rezeki – Bersara - Anak2 dan cucu2/cicit2 pula melakukan perkara sama.
Adakah hanya ini tujuan hidup kita? Fikir2 kan lah.
Tidak salah andainya kita jadikan Aidilfitri mulai pada tahun ini sebagai sebuah permulaan untuk kita menghisab diri dan bermuhasabah.Kita betulkan mana yang tidak betul.Kita sucikan hati.Kita bina silaturrahim.Kita berazam untuk mengamalkan akhlak yang lebih baik.Kita perbaiki diri.Kita tambah amal soleh.Kita mendekati Allah.
Semoga suatu hari nanti kita juga mudah2an dapat ‘merayakan’ sebuah PERAYAAN dan kemenangan yang jauh lebih besar di Akhirat nanti.
Akhir kata daripada saya, Salam Aidilfitri 1437 Hijriah, Mohon maaf, lahir dan batin kepada anda semua.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Sekian dan jumpa lagi di lain entri saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan