Iklan Nuffnang

CERITA : Kenali Diri - Siapa Saya, Siapa Kita Sebenarnya?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai Guys & Girls,
Assalamualaikum, apa khabar?

OK, tiba2 rasanya nak bercerita lagi.

Cerita kali ini adalah mengenai saya dan kita.

Siapa saya dan siapa kita sebenarnya?

Adakah anda faham apa maksud saya?
Maksud saya adalah adakah kita sendiri kenal dengan diri kita sendiri dan adakah orang lain juga kenal dengan kita sebagaimana kita kenal dengan diri kita sendiri?


Bunyinya macam berbelit2, tapi cuba fikirkan.

Ok, begini sebenarnya.

Jika diri saya sebagai contoh, saya adalah seorang yang SENTIMENTAL.

Anda tahu apa itu sentimental?


Klik di sini :

SENTIMENTAL TAKRIFAN DALAM GOOGLE

Ini adalah definisi berdasarkan carian dalam Google.Jika ianya melibatkan diri seseorang, sentimental bermaksud :
‘’ excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia.’’

Jika dirujuk maknanya, ada lah kena dengan diri saya sikit2...


Namun, apa yang saya cuba terangkan ialah maksud sentimental ini agak unik dan tersendiri.Ramai yang berfikiran bahawa seseorang yang bersikap sentimental ialah jenis orang yang ‘tangkap leleh’, Mat Cintan Cintun,suka berkhayal,Mat Jiwang, berjiwa sensitif, mudah menangis, manja dan lain2 lagi dikaitkan sentimental dengan jenis ‘Mat2 Bunga’ atau ‘seseorang yang berjiwa lembut’.Orang sekarang sebut ‘Dalam hati ada taman’.


Ya, ada benarnya.

Namun saya sedari, semenjak kecil saya memang jenis yang agak berjiwa sensitif dan juga sukakan kesempurnaan (perfectionism).Namun hampir tak pernah saya mengecapi kesempurnaan dalam apa jua yang saya inginkan.Pun begitu, saya tetap bersyukur.Apa yang dikurniakan oleh Allah adalah yang terbaik untuk saya, saya amat yakin akan keadaan ini.

Selain itu, saya mudah berasa kasihan kepada seseorang apatah lagi jika melihat kedhaifan/kesusahan seseorang.Hati kecil saya cepat merasa mengalah, sedih, sensitif dan terharu/sayu hati rasanya.Sebab itu jenis orang yang mudah kasihan kepada orang seperti saya ini, mudah diperdaya.Namun kini saya dapat mengawal perasaan ini dan tidaklah berasa kasihan kepada semua orang.

Saya juga suka berpenampilan kemas dan sesekali saya suka membuat kejutan dan suka mengenakan pakaian yang kelihatan gaya orang muda masa kini (contemporary style).

Seperkara lagi, saya mudah terkenang atau mengenang kisah lalu.Walaupun bak kata bait2 dalam lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, ‘’Barang yang lepas, janganlah dikenang’’, namun ada masa2nya saya masih lagi terkenang2 akan kisah masa2 lalu saya.Kisah2 semasa kecil, bersekolah rendah dan menengah, kehidupan dengan rakan2 di asrama semasa sekolah menengah di usia remaja, kisah kehidupan ketika di kampus menyambung pengajian di IPT dan juga lain2.


Kadang2 kisah2 lalu/lampau ini membuatkan hati saya menjadi lebih sentimental.

Kenangan di mana saat menjadi kanak2, berkawan bersama teman2 sebaya, bersekolah, susah senang bersama teman2 karib yang kini semuanya hilang entah ke mana.Bagi saya, sama ada anda mempercayai atau tidak, ingatan saya cukup kuat bila mengenangkan kisah2 lalu.Saya bersyukur dengan kurniaan ini.

Saya masih mampu mengingat beberapa orang rakan2 saya ketika saya sekecil usia 5-6 tahun.Kira2 hampir 40 tahun/4 dekad yang lalu.Kalau anda, sekarang ini, masih boleh ingatkah rakan2 kecil anda ketika usia anda 5-6 tahun yang lalu?

Kemudian pula, saya terkenang, ada juga rakan2 rapat atau pun kurang rapat yang telah pergi buat selama2nya, iaitu meninggal dunia.Ada di antaranya meninggal dunia di usia kecil di alam sekolah rendah, ada yang sudah masuk umur belasan tahun meninggal dunia dan juga ada yang meninggal dunia ketika di pusat pengajian tinggi.Baru2 ini ada seorang rakan karib saya yang meninggal dunia di alam pekerjaan ketika kerjaya beliau sedang memuncak.

Semua perkara yang berlaku ini menyebabkan hati saya berasa bertambah sayu bila mengenangkan kejadian ini.Saya berasa pasrah dan menerima ketentuan takdir dari Yang Maha Esa.Semuanya sudah tertulis dan tersurat.

Saya diberikan peluang hidup sehingga kini sewajibnya bersyukur yang amat sangat kepada Allah.Saya dikurniakan kesihatan yang baik, rumahtangga yang bahagia, pekerjaan yang baik dan selesa, semestinyalah tidak boleh mempersia2kan peluang ini.Mana2 amalan baik dan soleh yang mampu dikerjakan, masa inilah harus saya mengerjakannya dan menambah amalan soleh sebanyak2nya.

Inilah yang membuatkan saya menjadi SENTIMENTAL.

Ya, saya menjadi sentimental kerana mengenangkan sesuatu yang lalu, mengaitkannya dengan kehidupan saya sekarang dan juga memikirkan mengenai tanggungjawab saya kepada Yang Maha Esa.

Bak kata orang, ‘’Yang sudah tu, sudah lah’’.

‘’Let bygones be bygones’’, kata ungkapan dalam Bahasa Inggerisnya.


Kadang2 terlalu mengenang semula akan peristiwa2 lama menjadikan kita ‘pasif, asyik bersedih, leka, menjadi ‘moody’ (mood tak baik), tidak berwawasan, agak ketinggalan dan juga seolah2 tidak dapat hidup dalam dunia nyata/tidak dapat menerima kenyataan.

Inilah yang membuatkan saya mengawal diri sendiri dengan cara memotivasikan diri sendiri supaya berfikir dengan cara positif.
Beginilah saya dan juga cara saya berfikir untuk mengenali diri saya sendiri.

Saya mengenali diri saya ini sudah lama, apabila usia makin bertambah kini saya lebih mengenali diri saya ini.
Saya sukakan kehidupan saya yang sederhana, menerima pemberian dan kurniaan Ilahi dengan rasa penuh syukur.

Saya seorang yang suka kepada keadaan yang kemas, bersih, suka berpenampilan kemas,suka mempelajari ilmu2 agama, suka kepada pantai, suka kepada ketenangan, kerapkali suka mengenang kisah2 lalu, seorang yang penyayang,agak ‘low profile’ dan juga bertanggungjawab.

Inilah diri saya.


Bagaimana pula dengan diri anda?

Adakah anda benar2 mengenali diri anda, dengan sebenar2nya.

Adakah anda juga SENTIMENTAL seperti saya?
Hmmm....binalah karektor yang ikhlas dan menuruti jiwa anda sendiri seadanya, selama mana ia tidak bertentangan dengan agama.

Wallahualam.

Sekian.

Tiada ulasan: