Iklan Nuffnang

Cerita Aktiviti 'Go Green' : Apa Cerita Sebenarnya?

alriana5604@gmail.com - AL The One

Hai, guys & girls,

Salam sejahtera semua,Ok.

Sudah lama benar saya tidak membuat posting blog/cerita berkenaan aktiviti berkaitan kerja dan di persekitaran pejabat saya.

Ceritanya ialah berkenaan cerita Aktiviti 'Go Green' : Apa Cerita Sebenarnya?

Apa yang sana-sini heboh2 pasal Go Green, ni?

Apa sebenar aktivitinya?

Nak tahu?

Jom, saya ceritakan sedikit.


Walaupun ‘event’/sambutan ini sudah berlalu pada 15 Februari 2016, tapi saya coretkan juga di sini sebagai tatapan dan juga diari kehidupan saya.

Saya melibatkan diri (sebenarnya dilantik) sebagai Ketua Kumpulan bersempena dengan aktiviti ‘Go Green’.

Aktiviti ‘Go Green’ini untuk senang kita faham ialah hari galakan dan sokongan kita untuk membantu menghijaukan alam sekitar atau pun bumi yang kita diami ini.


Saya diberikan tugas bersama-sama dengan kumpulan saya (unit saya bekerja) untuk menanam sepohon pokok Durian Belanda (Soursop) di perkarangan bahagian tepi kawasan pejabat saya.

Turut menyertai ialah Yang Berbahagia Dato Zuraidah yang juga kini, selaku Vice President TM Selangor.
Dulunya Dato Zuraidah memegang jawatan sebagai CEO Menara KL.


Selain itu, rakan2, ketua2 jabatan,pegawai2 lain turut serta menjayakan aktiviti menanam pokok sempena sokongan untuk aktiviti ini.
Setiap satu jabatan diberikan sepohon anak pokok yang berlainan jenis untuk ditanam dan dikehendaki menjaganya, menyiramnya supaya boleh tumbuh membesar dan subur.

Saya amat berbesar hati dan rasa bertuah kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga untuk menanam anak pohon Durian Belanda bagi unit saya bekerja.


Saya memang menyokong usaha menghijaukan bumi dan melestarikan alam sekitar kerana saya juga adalah Ahli Berdaftar Kelab Alam Sekitar di bawah Jabatan Alam Sekitar (Department of Environment/DOE) di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia.

Link : Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia



Jom kita sama2 menghijaukan bumi dan alam sekitar kita ini.
Biar kita sentiasa ada banyak bekalan udara & oksigen yang bersih untuk kita bernafas setiap hari.

Ayuh sertai ‘Kempen Bumi Hijau’ dan melibatkan diri dalam aktiviti ‘Go Green’.

Tiada ulasan: