Iklan Nuffnang

3 Hari 2 Malam Di Kuala Terengganu : Mencari Kelainan Tarikan Di KT

alriana5604@gmail.com - AL The One

Assalamualaikum & Salam Online;

Rakan2 & Pengunjung yang budiman,

Ok, untuk kedua kalinya selepas ENTRY/ POSTING saya yang lepas berkenaan Kunjungan ke Langkawi, saya gunakan format catatan yang sama lagi.

Ini memudahkan kita membaca dan memahami kisah travelog saya.

Kali ini saya kongsikan berkenaan kisah saya 3 Hari 2 Malam di Kuala Terengganu (KT).

Saya berkunjung ke KT dari tarikh 09-11 Mei 2015.

Jom ikuti kisahnya.


INTRO

Sebenarnya saya suka mencoretkan kenangan di blog peribadi saya ini.
Ia untuk kenang-kenangan jika umur diizinkan oleh Allah hingga ke usia tua.
Bolehlah dilihat kembali, dikenang kembali dan ditunjukkan ke anak-anak dan cucu-cucu, sekadar sebagai cerita ceriti di hari tua atau setelah bersara.
Selain itu, segala isi kandungan yang berfaedah dari blog saya ini juga saya izinkan dibaca, digunakan dan dijadikan panduan.

MULA CERITA

Ini cerita travelog saya.
Baru-baru ini saya telah pergi bercuti di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Mungkin bagi segelintir ‘travel-holic’ (kalau wujudlah perkataan/terma ini), merujuk kepada mereka yang suka melancong, bersiar2, berjalan2 & ‘makan angin’ (holiday), Kuala Terengganu apa lah sangat bagi mereka, kan?

Kata2 seperti,…’’pergi Terengganu, beli keropok lekor boleh lah bro’’…
‘’Alahh…pergi Terengganu bukan ada apa, bro, kalau pergi ke Pulau Peranginan, seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian atau Pulau Redang baru best’’…


Mesti kita pernah dengar kata2 begini, dari rakan2 dan sahabat handai,betul tak?
Sebenarnya saya mengambil keputusan bercuti di Kuala Terengganu bersempena dengan Hari Lahir anak saya, Zarif yang ke-4 tahun, iaitu pada 09 Mei.
Saja2 nak menggembirakan anak saya ini.Jadinya saya usahakanlah ‘Program Cuti2 Bajet’ tersebut.
Lagipun, sudah lama saya tidak berkunjung ke Kuala Terengganu, mungkin sudah 5 tahun rasanya.

Oleh sebab pada bulan Januari 2015 baru2 ini, kami sudah mengunjungi Pulau Langkawi, jadinya keterujaan untuk ke Pulau Peranginan, seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian atau Pulau Redang rasa sudah kurang berminat buat masa ini.Mungkin di lain masa baru timbul semula rasa keterujaan untuk mengunjungi Pulau Peranginan nanti.


Untuk Kisah Travelog Langkawi sila klik di link ini :

Langkawi Setelah 8 Tahun Tidak Berkunjung

Saya cuba mencari sedikit kelainan dari segi mengunjungi tempat2 menarik di KT.

Asyik2 tarikan biasa yang sudah ramai sedia maklum saja, tentulah bosan juga.Justeru itu, saya meneroka apa lah agaknya tarikan2 yang agak berlainan atau masih dikira tarikan yang baru di KT?

Jom kita lihat, mungkinlah tak semuanya dikira tarikan baru, namun terdapat beberapa lokasi di KT yang dikira tarikan baru buat pelancong/pengunjung ke KT ini.

KE MANA SAYA BERKUNJUNG DI KUALA TERENGGANU (KT)?

Berikut ialah lokasi-lokasi tarikan yang saya kunjungi dan aktiviti-aktiviti yang saya lakukan ketika bercuti di Kuala Terengganu (KT).


1.Mengunjungi Kampung Cina – Ia merupakan tarikan terbaru di KT dan sebagai menggambarkan kepentingan wujudnya Golongan/Generasi Cina Peranakan di KT.Ia seperti juga Golongan/Kaum Peranakan Cina (Baba & Nyonya) di Melaka.Di sini ramai pelancong menikmati keunikan hiasan dinding yang dilukis di lorong2/jalan2nya.Kedai2 menjual kain dan pakaian juga banyak terdapat di sini.Selain itu Kampung Cina juga berdekatan dengan Kedai Payang dan Bazar Warisan yang memang sentiasa dikunjungi orang ramai, sama ada pelancong atau pun pekerja2 di situ.




Saya berkesempatan mengabadikan gambar2 unik di lorong2 berkenaan.Selepas itu, saya membeli belah pakaian dan mainan anak saya di Kedai Payang.



2.Mengunjungi Masjid Kristal – Ramai sungguh pelancong bertandang ke sini.Senibina yang unik dan kubahnya diperbuat dari Kristal menambat hati pelancong2 untuk melihat sendiri kecantikan masjid ini.


Saya siap beraksi ‘terbang’ di hadapan Masjid Kristal ini, tau…. Hahaha…


3.Menyusuri Sungai Kuala Terengganu dengan menyertai TATI River Cruise – Taman Tamadun Islam (TATI) River Cruise ialah produk pelancongan terbaru yang memberikan pelancong peluang untuk menyusuri Sungai Kuala Terengganu dengan menaiki bot besar berbumbung sambil menikmati pemandangan di persisiran sungai yang cantik dan mendamaikan.



Saya menaiki bot dengan rasa teruja jugalah kerana sebelum ini saya cuma pernah menyertai Melaka River Cruise, itu pun sudah lama ketika mengunjungi Melaka suatu ketika dulu.


4.Mengunjungi KT Waterfront – Dengan mercu tandanya yang cantik dan tersergam indah iaitu berbentuk bulatan ‘globe’, lokasi ini amat mendamaikan dan dikunjungi orang ramai ketika suasana teduh di petang hari.Gerai2 makan dan taman2 permainan menggalakkan lagi ramainya orang untuk bertandang ke sini sambil berehat2 di tepian sungai (waterfront).


5.Mengunjungi Taman Awam Pantai Batu Buruk – Di sini sangat ‘happening’ dan ramai orang berkunjung mulai tengahari sampailah ke malam.Ada aktiviti menunggang kuda, menaiki kereta kuda, taman permainan kanak2 pun banyak, wujudnya kedai2 makan dan warung2 berdekatan yang menghidangkan juadah2 enak.Makanan2 seperti ICT (Ikan Celup Tepung atau Makanan Laut Celup Tepung) sangat sedap di sini.Ikan bakar dan keropok lekor yang lazat seolah2 memanggil2 orang ramai untuk menikmati makanan tersebut.



Saya juga tidak tertahan nafsu, lantas mengorbankan hampir RM50.00 untuk menikmati Sotong Besar (400grams) yang digoreng Celup Tepung.Lazatnya Sotong Celup Tepung, bro!


6.Menikmati makanan di Warung Pak Maidin – Namanya ‘Warung/Stall’ tapi ianya adalah Restoran.Restoran ini ialah milik bersama Pengurusan Batu Buruk Beach Resort (BBBR) di mana saya menginap selama 3 Hari 2 Malam.Ianya terletak berhadapan dengan BBBR.Warung atau pun Restoran Pak Maidin ini ialah merupakan ‘memorial’ bagi tujuan memperingati Peserta Olimpik Termuda pada Tahun 1960-1970-an, jika tidak silap namanya Maidin, yang ketika itu hanya berumur 17 tahun sudah layak ke Sukan Olimpik mewakili Malaysia.Kini, Warung Pak Maidin diuruskan oleh anak2nya.

Makanan2 di sini juga sedap2 dan istimewa dan yang penting harganya berpatutan.Saya sempat menikmati 1 kali Lunch dan 2 kali Breakfast di sini.

7.Menikmati Telur Penyu di Restoran Mat Binjai – Saya benar2 teruja! Maklumlah ‘1st timer ’ makan telur penyu macam saya ini, rasanya memang sedap, agak berlendir tapi tidak hanyir.Telur kuningnya lebih keras sedikit, telur putihnya berlendir, cengkerang/kulit telurnya lembik dan perlu digigit/dikopek dengan kuku sedikit kemudian sedut isi telurnya!
Orang yang fobia benda2 lembik dan berlendir memang tak boleh makan telur penyu ini.Satu lagi, rasa isi telurnya juga agak masin sedikit, mungkin faktor telur penyu tertanam/terbenam dalam pasir pantai yang masin.


Bagi saya ianya sedap dan rasanya ‘eksotik’, kalau dapat makan lagi lain kali pun nak lagi.Sebiji telur penyu yang mentah/direbus dijual dengan harga RM5.00.

Saya difahamkan oleh penjual/peniaga di Restoran Mat Binjai ini, telur penyu yang dijual adalah bukan dalam kategori penyu yang diancam kepupusan.Lagi satu, beliau juga mempunyai lesen kebenaran untuk menjual telur penyu.

8.Losong – Biasalah, memang tersohor dan telah dikenali ramai akan lokasi ini.Ramai peniaga yang menjual Keropok Lekor/Keropok Losong.Pelancong dalam dan luar negara ramai bertandang ke sini membeli keropok Losong sama ada keropok yang kering atau pun yang basah di’vakum’ (dibungkus mampat dengan plastik).

9.Keropok BTB 2209 – Ia singkatan kepada nama tempat iaitu Bukit Tok Beng (BTB).Lokasi ini semakin menjadi perhatian dan mungkin juga sudah mengungguli sebagai tempat tersohor yang baru dalam bidang pembuatan, pemprosesan dan penjualan Keropok di Terengganu.Jadinya, tidak hanya di Losong, kini BTB lebih tersohor dan dijagai kualiti produknya.Segelintir orang Terengganu juga mengesahkan perkara ini dan memaklumkan bahawa Losong kini sudah tidak lagi se’famous’ dahulu, setelah wujudnya Keropok BTB 2209 dan Keropok BTB yang lainnya.



Jika mahu ke sini, jika memandu kereta dari KT, ‘aim’ kan papan tanda jalan menuju ke Seberang Takir, iaitu juga jalan menuju ke Airport.Kemudian sebelah kiri jalannya ada sebuah premis seperti Rumah/Kilang Desa 2 tingkat, berpapan tanda yang tertera BTB 2209.

10.Batu Buruk Beach Resort – tempat penginapan saya, anak & isteri selama 3 Hari 2 Malam.Biliknya yang selesa, dekat dengan Restoran/Warung Pak Maidin, pantai yang ‘happening’, ‘nightlife’ yang hidup dengan restoran/warung/gerai ikan bakar, ICT,keropok dan macam2 menu masakan ‘seafood’.



Saya memang cadangkan anda yang ingin bercuti bajet bersama family, menginap di sini.Kolamnya memang sesuai untuk dewasa dan kanak2.Suasananya bersih dan tenang.

Masa kami menginap itu, ramai yang datang ke Resort ini, kebetulan ada Bas Perhilitan dan staf2 Perhilitan menempah penginapan bagi acara Family Day mereka.Kemudian berbagai2 Sekolah dan Universiti datang juga ke Resort ini untuk aktiviti ‘Motivation Camp’, Hari Keluarga dan juga Seminar.

TOLONG IKLAN

Oleh kerana saya ‘travel by air/flight’ dari KLIA ke KT, jadi, semestinyalah untuk memudahkan pergerakan, saya telah menyewa kereta selama saya berada di sana.Untuk rujukan dan bantuan khidmat penyewaan yang bagus dan memuaskan hati, sila hubungi En. Dasuki atau DAS Transport & Car Rent, di sini :

En. Dasuki : No. H/p : 016 951 4414

Beliau begitu baik hati dan mudah berurusan dengannya.Saya menyewa sebuah Perodua AXIA, 1.0 CC selama 33 jam atau pun 1 hari 9 jam.Bayaran dikenakan ialah RM200 sahaja dan beliau menghantar kereta itu ke Batu Buruk Beach Resort, tempat penginapan saya.


Beliau mempunyai FB dengan nama syarikatnya DAS Transport & Car Rent dan diakui oleh ramai penyewa sebelum ini, Encik Dasuki merupakan seorang yang professional, menyediakan khidmat penghantaran kereta sewaan ke lokasi kita menginap di Terengganu dengan bayaran tambahan pergi balik khidmat menghantar kereta hanyalah dikenakan RM20.00.

KONSEP PERCUTIAN SAYA

Bagi saya, lokasi tarikan menjadi faktor utama untuk melancong.Khususnya tarikan-tarikan tersebut saya masih belum mengunjunginya, atau pun sudah lama tidak mengunjunginya.

Manakala faktor makanan, penginapan dan peruntukan wang untuk membeli belah bagi saya bukanlah keutamaan.Makanan bagi saya asal rasa sedap, harga berpatutan dan mengenyangkan, sudah OK bagi saya.Penginapan juga begitu, asalkan penginapannya bersih, agak selesa dan harga berpatutan sudah memadai.Bagi aktiviti membeli belah, asalkan ada sedikit sebanyak ole-ole dan buah tangan yang dibeli, itu pun sudah dikira bagus.

Sebab itu,saya bercuti di Kuala Terengganu saya telah ‘set’ kan perancangan saya untuk menginap di penginapan berkonsepkan Resort bukannya Hotel di bandar/kota, kemudian saya mahu anak saya bermandi manda di kolam yang bersih dan luas, jadinya Batu Buruk Beach Resort lah menjadi pilihan saya sekeluarga.Pantainya ramai pengunjung, meriah dan juga banyak tarikan taman permainan kanak2 serta gerai2 makanan dan minuman berdekatan.Pendek kata, bak kata orang putih, ‘easy acess’ kepada macam2 perkara penting dan kemestian, seperti makanan, bersuka ria, permainan,restoran ikan bakar dan masakan ‘seafood’.Medan Selera Batu Buruk juga amat dekat dengan Resort ini.

Memang namanya sahaja Batu Buruk, namun persekitarannya amat indah, meriah dan juga rasa terhibur ketika berada di sini.Saya tidak nampak dan belum terjumpa di manakah wujudnya ‘Batu’ yang dikatakan ‘Buruk’ itu hingga diberikan nama tempat ini Batu Buruk.

Hahaha… :)


Pantainya juga bagus dan bolehlah mandi manda di sekitar gigi air di kawasan ceteknya, jangan pergi jauh sangat kerana adanya pasir jerlus dan membahayakan.Ini saya dimaklumkan oleh orang Terengganu sendiri.Sebab itu di pantai ini tidak ramai yang berani mandi manda dan pergi agak jauh melawan arus ombak laut.

Batu Buruk kalau diterjemah ke Bahasa Inggeris ‘word by word’ apa, ya? Ugly Stone? Rotten Stone?....
Apa2 jer lah, asalkan jangan Rolling Stone sudah, sebabnya Rolling Stone penyanyi, bukannya nama tempat.

Kan?

Betul tak?

PENUTUP CERITA

Jadi itu sajalah ceritanya, daripada saya berkenaan Jalan2 ke Kuala Terengganu bersempena Hari Lahir ke-4, Zarif, anak saya.Saya berasa puas dan seronok apabila melihat Zarif juga berseronok dengan percutian ini.Inilah hadiah yang tidak seberapa daripada saya kepada Zarif sempena hari lahirnya.


Memang, sesungguhnya banyak lagi tarikan pelancongan di KT, namun selama 3 Hari 2 Malam saya menginap di KT, aktiviti2 yang lain tidaklah saya berkesempatan untuk melakukannya.Bagi yang tidak ke Pulau Peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas,ternyata banyak lagi aktiviti ‘grounding’ (di Tanah Besar) KT yang boleh dilakukan ketika melancong ke sini, di antaranya mengunjungi tempat membuat dan menghasilkan Batik Terengganu, Songket Terengganu, mengunjungi Muzium Negeri,Masjid Terapung,mengunjungi Pusat Pemuliharaan Penyu dan lain2 lagi.

TAGLINE TRAVELOG SAYA

Seperti selalu dalam entri blog saya (jika postingnya bertemakan pelancongan) yang lepas, saya ulang semula Tagline travelog saya, iaitu :

‘Santai kita, cara kita’.

Maksudnya, usah peduli kata orang dan jangan cuba meniru gaya orang lain bercuti dan melancong.Usahakan dan bina cara kita sendiri, kecenderungan kita sendiri dan kemampuan kita sendiri.

Jika kita ada bajet yang kecil dan agak terhad,pergilah melancong dekat2 dan dalam negara sahaja, jika ada rezeki lebih dan melimpah ruah, barulah kita usahakan untuk terokai dunia.

So, last but not least, hargailah masa berkualiti kita bersama keluarga.

Jom melancong !

7 ulasan:

nurulhuda.cheisa berkata...

Perkongsian yang menarik..thanks..in sha allah akn berkunjung ke KT nov depan..

alriana5604 berkata...

Ya, terima kasih Nurul Huda di atas kesudian u singgah dan baca entri blog saya.Semoga ia memberi manafaat dan sebagai suatu kebajikan yg saya dapat berikan/sumbangkan kpd sesiapa jua.
Selamat bercuti di Terengganu,ya! :)


blackyellow berkata...

Slm sejahtera..
Saya seorang runner(trip advisor) pekej bercuti/melawat ke pulau/tasik/tmpt2 menarik di terengganu
Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian.. Bleh dijadikan panduan utk saya bercuti ke Terengganu
Azilah82

alriana5604 berkata...

Ok, Azilah, Terima kasih kembali sebab sudi membaca posting di blog saya yang tidak seberapa ini.Saya ucapkan selamat bercuti ke Terengganu, OK.Good luck & Selamat bercuti.

Ismah izzatj berkata...

Harap lepas ni tak makan dah telur penyu. Keadaan penyu semakin nazak dan hampir pupus. Sedih tengok orang makan telur penyu. Kesian kat penyu kerana nak servive hidup makin susah sebab kita makan dia.

alriana5604 berkata...

Ya betul tu, Ismah,saya pun sejak dari balik melancong ke Terengganu dulu tu, saya dah tak makan lagi telur penyu.Sekarang pun dah tak nampak lagi orang menjualnya di mana2.Saya makan dulu hanya sekadar nak merasa sama ada benar rasanya benar2 exotic atau tidak.