Iklan Nuffnang

Jalan-Jalan ke Muzium Automobil Nasional...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera,

Kesempatan berkunjung ke Muzium Automobil di Sepang, Selangor baru-baru ini menjadi cerita di blog saya pada kali ini.



Biasalah, bila ada masa dan ada ‘mood’ bawalah keluarga pergi berjalan dan bersiar-siar sedikit.Asyik duduk terperap saja di rumah, bosan juga kan?

Tak dapat berjalan jauh, kita berjalan dekat-dekat saja pun ok juga.Asalkan keseronokan dapat dinikmati bersama keluarga ianya memang berbaloi.Bak kata orang putih, ‘’Spend your time with children is better than spend your money to them’.Maknanya, ‘’Meluangkan/menghabiskan masa bersama anak-anak adalah lebih bagus berbanding menghabiskan/membelanjakan wang yang banyak kepada mereka’’.



Anak saya, Zarif ini dia memang sukakan kenderaan, kereta sport dan apa jua jenis kenderaan akan menjadi keterujaan baginya.Bila naik kereta bersamanya melalui jalanraya, asal nampak saja ‘kereta sodok’ (bulldozer) dia akan menegur, ..’’ Abah, Abah, Mama, Mama, tu tengok keta sodok’’, katanya dalam sedikit pelat/telo kanak-kanak.



Bila nampak pula motor besar (motorbike) dan kereta sport dan kereta-kereta yang pelik/menarik bagi dia, dia juga akan teruja dan menegurnya.Bahkan lori yang besar (seperti kontena) itu pun dia seronok melihatnya.Biasalah…budak kecil, kan? Mungkin saya selalu dedahkannya supaya menonton filem CARS yang membuatkan dia suka kepada kereta/kenderaan agaknya.


Ok, berbalik semula kepada Muzium Kereta atau pun dinamakan sebagai Muzium Automobil Nasional ini sebenarnya terletak dalam kawasan berpagar dan bolehlah dikatakan ia berada dalam kawasan Litar Lumba Sepang (Sepang International Circuit) itu sendiri.Bahkan untuk memasukinya memerlukan akses dan kebenaran daripada pengawal di situ.Masuk adalah percuma.



Apa yang menariknya di muzium ini, ia mempunyai 2 tingkat dan mempamerkan jenis-jenis kenderaan lumba dan antik serta pernah menjadi terkenal suatu ketika dahulu.Ada yang berjenama Ford, MGTD, Austin Healey,Alvis Firefly Tourer,Jaguar D-Type,Brushmobile,MG TC/TD/TF dan Bufori.Ada juga beberapa model awal kenderaan/kereta/motosikal dari Modenas, Proton dan Perodua.Contohnya seperti Kancil, Kenari, Gen2, Waja, motosikal Jaguh dan Skuter Modenas.



Saya juga ‘excited’ dan suka kepada kereta-kereta yang dipamerkan di situ khususnya kereta model Alvis Firefly Tourer ,Austin Healey, Bufori dan Jaguar D-Type.Memang bentuknya menarik, antik dan kelihatan begitu bergaya serta mewah.




Anak saya, Zarif juga begitu teruja dan memberikan ‘pose’ yang menarik untuk bergambar.


Seronok juga lah berkunjung ke sini dan bagi anda yang belum mengunjungi muzium ini, silalah datang berkunjung ya !

Jangan lupa Tagline saya : SANTAI KITA, CARA KITA.

1 ulasan:

Hayalan berkata...


Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
http://www.sciencepark.upm.edu.my/public/edupark-6222