Iklan Nuffnang

Cerita Hari Raya Qurban 2014...

alriana5604@gmail.com - AL The One

Salam sejahtera dan selamat berkunjung kembali bagi menikmati celoteh di blog saya ini.

Hari Raya Aidil Adha atau pun Hari Raya Qurban baru2 ini memberikan 1001 makna kepada saya, isteri dan juga anak saya, Zarif.


Inilah pertama kali Zarif menaiki kapalterbang untuk pulang ke kampung kami di Kelantan.Penerbangan yang kami bertiga naiki ini ialah penerbangan pergi dan balik.Sengaja saya ingin memberikan kegembiraan kepada Zarif setelah lama saya berjanji untuk membawanya menaiki kapalterbang.


Kini, Zarif telah pun berusia 3 tahun lebih, barulah hasrat ingin membawanya menaiki kapalterbang dikabulkan oleh Allah. Apabila dalam perjalanan pergi, Zarif merasai pengalaman tersebut dengan agak ketakutan setelah pesawat berada tinggi di udara.Dia mendakap Mamanya dan berkelubung di bawah tudung Mamanya.Standard lah, first time, kan…


Di kampung pula, saya menumpang 1 bahagian lembu yang diqurbankan oleh keluarga di sana untuk melaksanakan Aqiqah buat Zarif.Sempurnalah sudah tanggungjawab saya sebagai Bapa untuk mengAqiqahkan Zarif walaupun ibadah Aqiqah hanyalah Sunat hukumnya.Selepas ini tidak perlulah fikir lagi untuk Aqiqah buat masa ini, Inshaa Allah ditambahkan rezeki oleh Allah, kami boleh pula melakukan ibadah Qurban pula untuk masa akan datang.

Di kampung juga, aktiviti biasa buat saya, tidak sah dan kurang seronok rasanya jika pulang ke kampung tidak pergi mengunjungi dan berehat-rehat di tepian Pantai Irama, Bachok, Kelantan.Saya selamba saja membawa Zarif menaiki motosikal Ayah Mertua dan menghabiskan kira-kira sejam juga melayani Zarif di tepian pantai.Memang seronok sangat, terasa damai dan hilang ‘stress’ seketika.

Cerita mengenai sembelihan Qurban pula, agak menarik juga.Lembu dimiliki oleh Ayah Mertua memang sihat, gemuk dan comel sebab macam lembu di New Zealand.Siap ada tompok2 hitam putih.Kalau keluarga saya di Pahang, ‘telo’ atau loghat/dialek’ menggelarkan lembu seperti ini ‘lembu capa’.Iaitu merujuk kepada lembu seperti lembu susu bertompok2 hitam putih seperti lembu di New Zealand tu.



Sambutan Hari Raya Qurban pada tahun ini saya raikan secara bersederhana sahaja.Seawal pagi jam 8.10 saya dan Zarif sudah pergi ke Balai Saf untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha.Kemudian bertakbir dan bertahmid.

Hasil sembelihan qurban dan aqiqah pula, keluarga memberikan daging kepada jiran2 terdekat dan jamuan juga diadakan.Jamuan Aqiqah Zarif dibuat pada hari raya kedua.Masakan paling saya sukai ialah daging gulai kari dan juga sup daging.Memang tidak menghampakan, Ibu Mertua saya sanggup memasakkan gulai kari daging yang saya sukai.Itulah nikmatnya merasai daging sembelihan yang segar terasa dagingnya empuk, kemanis2an dan juga lazat.

Jadi, saya suka mengakhiri entri kali ini dengan menasihati dan mengingatkan kita semua, juga kepada diri saya sendiri agar sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.Sentiasalah bersyukur kepada Allah dan manafaatkanlah rezeki yang diperolehi dengan sebaik2nya.

Sebagai mengambil iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Ismail bersama ayahnya Nabi Ibrahim, maka konsep Syukur dan Qurban itu sebenarnya berkait rapat.Jika kita diberikan limpahan rezeki oleh Allah, maka kita juga perlu berkorban (mensedekahkan) sebahagian rezeki yang berlebih itu kepada orang lain yang lebih memerlukan.Kemudian, mudah2an Allah menambahkan lagi rezekiNya kepada kita di masa2 akan datang.



End of the story, Zarif ketika pulang semula ke Subang, menaiki kapalterbang sudah tidak takut lagi, bahkan aktif dan riang walaupun ketika pesawat terbang tinggi di udara…


Alhamdulillah…

Sekian.

Tiada ulasan: